Lelaki Gedik, Menyusahkan Aku.

Adoii, bengang. Semalam aku pergi plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Ada barang keperluan komputer yang hendak dibeli. Memang aku bajet tak nak lama kat sana. So, aku parking motor kat sebelah plaza tu je.

Pusing punya pusing, aku jumpa juga barang yang aku cari.

"Bos, barang baik ni kasi kurang lagi la. Mahal sangat ni", tawar aku.

"Tak buleh maa, ini best price already", balas si apek yang degil tu.

Adeh, tak dapat kurang, nak buat macam mana. Oleh sebab aku nak cepat, malas nak survey kedai lain. Aku pun ambil barang tu dengan harga tetap, RM79.

Selesai buat pembayaran, barang pun aku dah dapat. Apa lagi, sepantas kilat aku angkat kaki. Risau tinggalkan motor kat tepi jalan lama-lama.

Aku kat aras 3. Arah tuju aku sekarang nak keluar, ke aras G. Aku dah biasa, turun naik guna escalator je. Tapi, dalam kesibukan aku nak cepat. Ada pulak sekumpulan lelaki block jalan aku. Pergerakan diorang cukup slow motion, kalah siput laut. Oleh sebab diorang ramai, aku tak dapat nak pintas diorang.

Diorang bergurau senda sesama sendiri. Megah menghalang jalan aku. Adoii, aku dah la nak cepat ni. Boleh pulak diorang tergedik-gedik depan aku. Saje mintak kaki ke apa. Ahaks..

Sabor je la. Aku dengan panas hati, ikut jugak diorang dari belakang. Sekali-sekala aku cuba nak pintas. Tapi tak dapat. Grrr.. Sampai aras G, aku pun segera menghala pintu keluar. Dan cuba teka siapa yang aku nampak kat motor aku?

Ya, ada sorang mamat berbaju putih tengah pegang resit parking. Nice timing, aku keluar je dari plaza Low Yat tu, tangan dia pun baru selesai letakkan resit tersebut kat motor aku.

"Adoii, apa ni bro. Saya baru je letak. Pergi kejap je. Takkan dah kena saman kot", sound aku tak puas hati.

"Ala, Dah terlajak. Tak boleh nak tarik balik. Kalau abang jerit dari jauh tadi saya boleh berenti. Saya buat kerja saya je", balas polis trafik tersebut.

"Warrghh, tak guna. Ni semua sebab laki-laki gedik tadi la. Lembab..!!" Jerit aku dalam hati. Kalau aku sampai cepat 5 saat je. Gerenti pak polisi tu tak sempat nak bagi surat cinta dia. Grrrr, lagi sekali..

Haihs, nak buat macam mana. Dah nasib. Aku pun tak boleh nak salahkan lelaki gedik tadi sepenuhnya. Salah aku jugak, dah tau kat situ tak boleh parking. Aku letak jugak. Sekarang, padan muka aku. Ahaks..


- TAMMAT -


Ni kali kedua aku dapat saman parking motor untuk dua tempat yang berlainan. Hope, ni jugak adalah yang terakhir. Melayang duit aku. Sob sobb..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

36 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...