Apabila Semanis Kurma Berbicara Tentang Cinta Cyber: Bahagia Atau Bahana?


Siapa tengok Semanis Kurma kat TV9 semalam? Erk..!! Semanis Kurma pun tak tau? Ala, yang dihostkan oleh Ustazah Siti Nurbahiyah dan suaminya tu. Tajuk topik perbincangan diorang semalam adalah pasal Cinta Cyber: Bahagia atau Bahana?

Dalam rancangan ni, sepasang suami isteri dan seorang pakar motivasi dijemput khas. Si suami isteri ni pun ceritakan la macam mana proses perkenalan diorang kat alam cyber, sampailah dibawa ke jinjang pelamin. Wah, sweet gitu.

Pastu, ada segmen tanya pendapat orang ramai. Ada yang kata cinta cyber ni bagus. Sebab kita dapat kenal hati budi pasangan walaupun jauh.

Mana yang tak sokong cinta cyber, diorang berpendapat orang kat alam maya ni banyak tak boleh dipercayai. Letak gambar, profil palsu dan sebagainya.


Apabila Jejaka Terhangat terkesima..

Berdasarkan pemerhatian aku selama 20 minit (pasal aku tengok pon 20 minit pertama je. =p), perbincangan diorang lebih kepada menghalalkan cinta cyber.

Aku bukan nak kondem Ustazah Nurbahiyah ke apa. Cuma aku macam agak tersentak bila dia kata "Bercinta secara cyber ni tak kenal macam mana diri dan keluarga orang tu. Kalau bercinta mak ayah tahu tak pe la lagi"

Hah..!! Shock.!! Kat sini, ucapan dia sepertinya membenarkann cinta yang diketahui oleh mak ayah. Dan bercinta kat sini bermaksud, hubungan sebelum kahwin.

Walaupun aku tak tengok sampai habis. Tapi aku tahu, konklusinya takkan kata bercinta secara online ni haram. Sebabnya, diorang takkan sampai hati nak kata camtu depan suami isteri yang dijemput khas tadi. Kalau cakap pasal zina hati walaupun tak berjumpa. Rasanya mau tetamu yang dijemput tu tacing, terasa hati.

Mungkin kat sini betul la kata The Crow. Islam tak sekat perasan kita. Cinta itu fitrah, dah perasaan yang hadir dalam diri kita bukanlah haram. Tapi, yang jadi haram bila kita mendekatinya gunakan cara yang salah.

Warghh..!! Tak sangka aku pun blur gak pasal cintan-cintun ni. Adehh, kena menuntut ilmu lebih lagi ni. Ahaks..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

25 comments:

  • no komen but nk komen :p

  • bcinta mak ayah tau..bagoslaa..

  • bercinta x salah selagi x langgar hukum2 yang haram..tapi selalu nya pasangan akan langgar...

  • tina tak tengok tapi tina dgar dari seseorang pasal topik semalam. menarik. rugi tak tengok :)

  • @qasehraihan
    tapi dalam islam bercinta (couple) sebelum kawen tu tak boleh, walaupun mak bapak tau.

  • Salam...mungkin dia tersasul kot? maafkan aje lah..

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara-part-2.html

  • Kawan aida sendiri pun. cinta cyber, alhamdulilah bahagia...

    semua ni terpulang dari diri masing2x..

  • memang fitrah tentang cinta tu.. tak dinafikan pun.. tp kalau dah declare.. itu yg membisakan keadaan.. ahakz..

  • btul tu..kalo nk thu baca entri liya nie http://leeyagemini.blogspot.com/2011/05/haram-bercouple.htm..siap rujuk kt blog islam tu..hehe

  • sebab tu islam mengharamkan...cara matlamat menghalalkan cara...ada kaitan tak..hehe

  • Komen saya lak..

    Islam tak sekat perasan kita. Cinta itu fitrah, dah perasaan yang hadir dalam diri kita bukanlah haram. Tapi, yang jadi haram bila kita mendekatinya gunakan cara yang salah.

    Samalah pula cara pemikran kita nih..

  • yang haram bukan cintanya tapi aplikasinya dengan cara bagaimana. kalau yang dilakukan itu aplikasinya mendekati ke arah zina dan maksiat, caranya sudah salah maka berdosalah kerana yang dilarang itu bermula daripada "mendekati" bukan pada takat "melakukan".

    cinta tak mungkin dapat dihalang. yand dapat dihalang itu adalah perlakuannya.

  • mgkin panel tu tersalah cakap kot. xkan lah dia xtahu yg bercinta ni mmg haram? tp 2lah zmn skrg ni mmg biasa mak ayah xlarang pun bercinta. siap suruh kenal2 dulu. sy dgn bkl tng pun knl di alam cyber,knl tak lama pun terus decide nk btng n kahwin.krn pndpt kami sama,utk mhalalkan yg haram.stkt ni masih serasi dn smoga niat kami diberkati.

  • bab cintan cintun ni mmg susah la nk di bincangkan..
    pe yg pasti saya sokong gak hujah yg the crow tu tulis..
    =D

  • as salam..

    ▂ ▃ ▅ ▆ 80%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    oh..JT nak menuntut ilmu~
    hehe.pendapat pakcik,
    matlamat tak menghalalkan cara. tanya diri nak buat apa. dengan niat je kan bila dah kata nak maksiat, maka dosa bakal dicatit oleh pencatat amal bila kita mula lakukan.

    kalau nak cari Isteri demi menjaga redha-Nya, tak salah.ala..lebih kurang ler macam entri pakcik dulu-dulu-dulu. menyembah angan-angan dalam ibadah.. kompem la kan umat Islam sekarang pun bila solat, mesti ada terlintas sikit je hal duniawi dalam solatnya..
    maksudnya,bila bertujuan untuk ibadah, buat cara ibadah. insya'Allah selamat.

    terima kasih berkongsi pendapat,cerita dan teguran~

    Entri Terbaru Pakcik :

    WIDGET TRAFIK PERCUMA..

  • topik ni, memang banyak isunya. saya pernah jugak beberapa kali pening dan keliru. so, here's my point.

    cinta, tak salah. bercinta? depends on your definition. kalau pada korang, bercinta tu maksudnya keluar berdua, pegang tangan, merenung mata ke mata, bergurau mesra, maka haramlah hukumnya. kan?

    tak guna jugak kalau tak 'bercinta', sekadar teman tapi mesra...tapi tak jaga batas. kesimpulannya, apa definisi cinta pada korang. selari atau tidak dengan syariat. :)

  • emm susahlah klu nak cerita dr pandangan islam.sy dan suami titik permulaan perkenalan adalah dr dunia cyber jugak..

  • lau bcakap pasal "zina hati" mmg tak mampu nak ulas lebih lanjut, kene tuntut ilmu lagi . :)

    jt, pinjam tajuk entry tau tau ! heee

  • actually ble msk topik cpel nie haram,ad skit confuse..
    ustad pena kte becinta dlm islam xsalh..
    mnyesal gile xtye ustad lbey lnjut @__@

  • bercinta tak salah tapi pandai2 la bawa diri...ikut landasan agama.kalau dah suka nikah jer...

  • Semanis kurma. Ustazah tu comel. Suami die nerd. koh3.. erk..

    Takpe2. JT bercinta dengan crow je. nanti crow terangkan tentang cinta ye. Alahai, JT jangan malu2. kite boleh date dan pegang2 tangan nye. tak haram. wakaka...

    euuww.. (^_____^)

  • senyummm je lah...definasi cinta berbeda taip-tiap pd kita..

  • follow u back ;)

  • hurm btul gak tu .. tapi cinta ni bnyk definisi la JT.. dan pasal halal haram tu .. banyak yang harus dikaji lagi ;)

  • btol gak..bukan dlm islam `couple' tu haram kan..apatah lagi bercinta sblm kawin..itu dh wat zina hati tanpa kita sedari..klu btol2 nak kawin n jadikan dia calon,bina kerjaya dulu..dh lengkap sume jdkan lah dia psgn kita yg sah..baru lah sronok klu family tau...sbb byk psgn yg xkawin lagi wat benda merapu rapu..
    p/s:info berdasarkan pengalaman..cukup2lah wat dosa waktu dulu..insaf2lah...maaf klu terasa

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...