Entri Batu Api: Apabila Blogger The Crow Dan Solihin Zubir Berbeza Pendapat Tentang Isu Couple. Hujah Siapa Lebih Kukuh?


Blog The Crow Empire dan Solihin Zubir. Kedua-dua blog ni aku suka baca. Sebab, pendapat diorang biasanya "out of the box". Diorang ni sebenarnya agak rapat. Aku pun mula kenal blog Solihin disebabkan baca blog The Crow.

Alkisahnya, aku perhatikan diorang ni selalu berkongsi pendapat yang sama. Tapi, untuk isu "couple" ni, diorang berlainan pendapat pulak. Fuhh..!!!

Apa akan terjadi bila dua blogger hebat ni berbeza pemikiran?


Topik: Isu Couple Di Dalam Islam


Solihin Zubir: Couple Itu Tetap Haram

Entri yang dipertaruhkan:

1. Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak!

2. Islamic Couple vs Babi Islam?


The Crow Empire: Couple Itu Tak Haram, Jika..

Entri yang dipertaruhkan:

1. Hujah 'Couple' Dah Basi!

2. Hujah 'Couple' Dah Basi! (Part II)


Betul ke Islam mengharamkan couple macam apa yang Solihir Zubir ketengahkan dalam entrinya. Ataupun, sebenarnya boleh ke kita bercouple seperti yang dinyatakan dalam hujah-hujah The Crow?

Apapun, korang kena terjahh kedua-dua blog mereka. Baca point-point yang mereka bagi. Perhalusi pendapat mereka. Kedua-duanya pon bagi hujah yang meyakinkan. Fuuh, takde siapa yang nak mengaku kalah ke? Ahaks..

Korang pulak macam mana? Apa pandangan korang terhadap isu ni?


p/s: Sila jangan drop komen sekiranya korang belum baca entri dari kedua-dua belah pihak.=p

p/s/s: Ini bukan entri gado. Tapi hanya sekadar berbahas secara sihat sesama kita. Koh3 =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

29 comments:

  • :fuh rasanya da pun ada wat gak pasai isu nih

    lebih kurang same je, tapi fa tak letak hukum ape2ape. suh orang yg baca conclude sendiri.

    http://aufafaqihah.blogspot.com/2011/04/ape-hukum-couple-nih.html

  • aku dah baca kedua2 entry dulu.. ya mmg kedua2 blogger ni gempak dalam bagi pendapat yg meyakinkan..

    bagi aku,first istilah kapel tu sendiri yg perlu diterjemahkan..

    kalau orng terjemah couple tu sebagai keluar berdua2 an, bf n gf,g tengok wayang dan macam2,tanpa ada ikatan,tu mmg HARAM..

    kalau dua pasangan tunang ni,sekadar bertunang tapi langsung x bersua muka dan keluar berduaan,tapi bagi diorang,itulah 'couple',so tak HARAM pun.

    jika nak sangat kepada perempuan tu,tapi xnak buat zina yakni keluar berduaan atau apa,maybe umur masih muda,maka buat lah Bai'ah dengan keluargan si wanita :D

    sekadar pendapat aku :D

  • Wah hebat lah SZ ni... bagus awak jenis pegang pada prinsip biarlah orang nak kata apa. Ni semua ktiviti sihat. Sape yg tak mau dikritik tak payah masuk alam blog ni kan?

  • erk!bru ku tahu entry ku sma gla ngn entry solihin..sob3!kalo den tau den xbuat pon xpa..uhh!tidakk!terasa malu sbb buat entry yg org laen dh buat..aiyrkk!awt la CG xbca entry solihin neyh..

    p/s : kna dlete entry neyh,fuhh!memalukan lak.. :kecewa :hampa

  • @CIK GADIS buat apa nk delete? tak semua pembaca blog awk adalah pembaca blog sy.. usah malu menyebarkan sesuatu yg berilmu dan bermanfaat utk org lain..

    lgpun sy tgok entry tu bkn 100% sama.. sbb sy olah dan smpaikan dgn cara sy sindri.. awk dgn cara awk.. tak payah delete ok.. =)

  • uik! JT jd batu api.. dush2.. haha.. apa2 pun, smoga memberi manfaat la kan.. smoga dpt conclusionnya nnt..

  • Kedua-dua blog mempunyai satu matlamat yang sama iaitu jangan melakukan perkara yang diharamkan dalam islam ketika anda bercouple.

    Konsep kahwin dahulu baru bercinta, erk!! rasanya dah tak releven lagi sekarang ni. Sebab zaman sekarang tidak sama dengan zaman makayah kita.

    Bercouple ini ada pantang larangnya dan isyaallah jika di ikui cinta itu akan kekal hingga ke syurga.

  • kah kah kah.. i like.. ni yg boleh aku cite panjang2.. haha.. dun wury, dah bca dua2 pihak.. crow dgn solihin.. kang aku wat en3.. lg panjang.. maka.. biarlah aku komen panjang2.. hehe..

    Sepanjang aku membaca buku ilmu, sepanjang aku membca pndapt2 mreka yg lain, dan apabila ku tafsirkan diri ini.. maka aku telah pun punya pndpt trsndiri.. apakah itu?

    couple, mcm crow ckp, harus.. ya.. aku stuju ianya harus.. tapi....... benda harus ini ada simpang siurnya.. mcm ubat.. kita makan itu harus, untuk mnyembuhkan sakit.. tapi jadi wajib kalau kita sakit kita makin teruk, hnya mkan ubat jd smbuh dngan izin-Nya, dan jd haram kalau disalahgunakan..

    couple.. utk apa? utk menjalinkan hubungan yang diantara bukan muhrim? setahu diri ini, hanya nikah yang menghalalkannya.. Tunang pula? tunang adalah tempoh masa antara selepas peminagan mnjelang prnikahan.. tujuannya?

    untuk membiasakan diri dgn pasangan srta keluarganya.. tapi ada syarat.. smuanya berkaitan.. skadar perlu.. tak leh suka-suki kuar biarpun ada muhrim.. sbabnya, kalau skadar jumpa bual kosong.. xda maknanya..

    kalau bab kapel.. ada tak yg datang jumpa mak bapa pempuan minta izin nak kapel dgn anaknya? rsanya xda.. konfom declare dulu dgn gadis trsebut..

    bila declare dulu dgn gdis trsbut, maka masing2 layan prasan msing2.. melalaikan..

    kita snang jak ckp, couple kna ikut syariat.. err.. boleh bg nas2 yg mensyariatkan kapel? Yusuf qardawi pun xbg fatwa kapel.. nikah ada kot? hehe..

    skali sudah declare.. maka prasaan dibuai oleh cinta.. dari situ syaitan akan cuba mencucuk hati untuk mlakukan prkara lain..

    boleh nak berkapel.. tp yakinkah diri itu mmpu mncegah dari lalai? rsanya nak bg sayang tu cukup berlebihan.. sms pun smua sayang2.. lum lg jd laki mahupun istri..

    Pernah baca cerita Saidina Ali dan Fatimah? Oh, mungkin Siti Khadijah dan Rasulullah pun boleh jd panduan kot?

    Aargghh ~ panjang gila.. xkan perlu wat en3? huhu.. apapapun.. kalau tak jelas.. bgtahu jak yek? haha..

    Mak.. aku nak nikah! keh keh keh..

  • JT, mmg la dlm Islam xdiharamkan kapel.. sbb pe?? sbb xde sitilah kapel dlm islam.. istilah ni timbul drp org2 barat.. dan 'ulama bg fatwa kapel tu haram sbb lebih byk keburukan drp kebaikan..

    so, klu xbleh berkapel, camne nk kenali psgn kita?? xkn nak kawen terus?? klu jd pape, bercerai.. senang je nk cerai.. *mesti ramai yg tanya camni kan??*

    dlm islam mmg xde istilah kapel.. tp ada istilah tunang.. time tempoh pertunangan tu la, kita berkenalan ngan psgn kita.. tp tetap ada batas2 tau sbb pertunangan bukan tiket menghalalkan hbgn antara lelaki ngan perempuan.. dan sbb tu juga la islam suruh kita merahsiakan pertunangan sbb bila putus, xrasa malu..

    xpe la.. nanti, klu ada masa, keen buat entry sal ni..

  • @cik AF
    dah tengok. entri yg baik. aufa selitkan sekali taaruf dan bertunang dala islam kan..nice points..=)

  • Ngahaha.. bagus2. Ramai tak mengambil endah tentang kapel. Tapi jangan kite cuba terjemahkan dalam blogging je. harap di manfaatkan dalam dunia sebenar. koh3..

    Tentang perbezaan pendapat. Ini pendapat crow dan solihin. Sedangkan mazhab juga assunnah ada berbeza pendapat. Jadi pendapat yang berbeza adalah baik bagi mengekalkan kebijaksanaan firman dan hadis. Kemudian di terangkan mengikut riwayat dam ahlil kitab.

    Ape pun pendapat. Kite paham bahwa, tiada satu firman dan hadis jelas mengatakan "haram kapel". Jadi beranikah kite mereka-reka hukum pada sesuatu yg tidak pernah di firman dan di hadiskan dengan jelas?

    Yang jelas, haram bagi berlainan jantina yg bukan mahram itu bersentuhan act. Jadi apa yang kita lakukan dan ceritakan adalah tentang hukum yg menegah perbuatan haram, yg di larang diantara dua mahram. Bukan tentang kapel/bercinta/berpasangan.

    Paling jelas sekali hukum bercinta di antara dua jantina ketika belum ijab qabul tidak haram. Syariat itu menyusun agar dua jantina yg saling mencintai supaya ikut saluran yg betul. Dan Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah dan lain-lain"

    Siapa pernah baca tentang perbezaan pendapat mazhad al maliki (mantik) dan assunnah (sunnah waljamaah)? sehingga datangnya imam muhammad bin idris (imam syafie) menggabungkan 2 perbezaan pendapat menjadi satu. Juga tidak melarang cinta antara dua pasangan.

    (^_____^)

  • @Farhan AJ
    woah, Farhan pon ada pendapat sendiri. dan aku nilai, pendapat ko lebih kepada The Crow. kan. hehe..

  • @Chempaka Sari
    haha, btol tu Chempaka. sape taknak dikritik. hentikan je la berblog.=p

  • @CIK GADIS
    Cik Gadis dah bca apa Solihin kata. tak perlu delete entri tu. sbb point2 tak sama sangat. lagipon, buat apa nak malu pulak. masing2 punya blog. kita berhak utarakan pendapat, selagi ianya tak datangkan rasa tak puas hati orang lain..

  • @Solihin Zubir
    nama pon hangat. kena la menghangatkan sket suasana. hehe..lagipun ada 2 pendapat yang baik. aku mmg suka blogger berbahas bnda yg berfaedah. jadi, tak salah kot aku mengapi2kan hal ni. ngehh..=p

  • @GreenAppleKu.com
    woah, mksd cik greeen apple. couple tu pon dibolehkan sekiranya ia tak lakukan apa yang dilarang la ye. means, sama mcm pendapat Crow?

  • @aReTikZ
    WOW, panjang penerangannya. terbaek aretikz..bleh buat entri terus pasni utk lebih meyakinkan orang. nak jugak baca pendapat penuh aretikz dalam hal ni. ngehh..

  • @NuSaNa NoSa 91
    owh, sama jugak dgn merokok. ada pendapat kata haram sebab ianya datangkan mudarat. tp ada jugak pendapat kata ianya tak haram.

    rasanya mmg elok keen buat entri,, utk bagi semua lebih jelas dan faham. =)

  • @The Crow
    woah, tu dia point2 yg panjang drpd The Crow..tp, mcm cik NuSaNa NoSa 91 kata. islam tak kata kapel tu haram, sebab tiada istilah kapel dalam islam. so, camne tu. hmm..mksdnya, istilah kapel ni yg kita mula2 kena fahamkan dengan jelas. apa yg dimaksudkan dengan "couple" sebenarnya..hmm..

  • Bismillahirrahmanirrahiim..

    * Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin :

    ketika ditanya tentang hubungan cinta sebelum menikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya".


    * Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin:

    ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berhubung dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana hubungan seperti itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbualan melalui telefon, dan sebagainya, demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.


    * Syeikh Jibrin:
    juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; {Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.} (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu dibolehkan selagi tidak mendatangkn fitnah.

    **********************************

    Saya bukanlah insan yg mampu mngeluarkan fatwa.. keh keh keh.. tp.. melalui pembacaan saya stakat ini mngenai imam abu hanifah dan imam maliki, kedua-duanya mengeluarkan fatwa berdasrkan al-quran dan hadis, jika tiada, mereka akan melihat para sahabat nabi, dan jika xda lg, mgunakan ijtihad dan qias..

    context couple zaman skarang, telah dipengaruhi budaya barat.. dan kalau kita nak kapel yg menepati syariat.. bak kata Ustaz Hasrizal, umpama mencari cinta yang susah..

    kita smua ingin mncegah kpada kemungkaran.. kalaulah kita mngatakan dibolehkan couple yg pntg menepati syariat, rsanya amat sukar utk mncri cinta yg susah.. hati sudah mngatakan cinta dan sayang.. trutama remaja skolah.. yg belum berkemampuan utk nikah..

    oh ya.. utk crow.. err mngkin boleh trangkan percanggahan antra mazhab maliki dan sunnah wal jamaah? sebab smua mazhab yg sya thu adalah brdasarkan sunnah al jammah.. anyway.. imam maliki itu adalh guru kpada imam syafie ^_^ jd xheranlah connection antra mreka brdua.. hehe..

    ada beza bercinta sebelum kahwin dengan kapel.. couple semestinya bercinta sblum kahwin, tp bcinta sblum kahwin xsemstinya berkapel..
    jeng3x~ apakah mksdnya? hehe..

    Allah 'alam, sila btulkan lg kalau ada yg salah ^_^

  • encik aretikz.. baik tuan hamba suruh kami semua baca buku "aku terima nikahnya" tu je.. lagi senang.. hikhikhik~ ^_^

  • sy pn tak pakar sangat bab2 kapel sebelum kawen ni. nk terangkn pn tak reti. tapi sy banyak gak wt pembacaan. sy cube bagitau pendapat saya pulak.

    pasal kapel, mmg da terang2 salah kalau kuar berdua2an. tapi klau berhubung melalui sms, ym tu pn salah jugak. jadi camne kapel klau tak berhubung?

    lagi 1, kapel tu lebih kurang seperti kite reserve dia. means, kite cakap, eh tu gf aku, ko takleh kacau dia. kenape? belum ada apa2 ikatan yang sah lagi. kenapa kite leh cakap dia kite punye? abes ape makne kapel? kite still takde hak dengan pasangan. ape beza dengan berkawan. kan ke lebih menyakitkan hati bile kite da merasa seolah dia kita punya tapi bila sampai 1 tahap kite tak leh memiliki dia. mgkn family tak suke, or dia beralih hati. kalau berkawanje kan lebih senang. sampai masa, nikah. sudah sah2 dia milik kita.

    lain la bertunang. itu kite dah reserve betul2 ngan family pasangan, dah ada perjanjian. klau nk diikutkan, bertunang tu baru leh declare kapel [itu pun klau istilah tu sesuai] mengikut landas2 agama.

    istilah bercinta selepas nikah masih relevan. sy tak setuju klau org cakap tu sesuai utk zaman mak ayh kite je. kite bercinta sebelum nikah belum tentu menjamin kebahagiaan. kite kenal dia 10 tahun belum tentu kite dah cukup kenal dia. berapa ramai yang breakup lepas bercinta bertahun2? itu belum masuk kadar penceraian. bercinta sebelum nikah tak menjamin kebahagiaan. tapi tak bermaksud bercinta selepas nikah kompem2 akan bahagia. tengok juga cara kite mencari pasangan. jangan main sapu je. bile ade yang merisik, ade yang berkenan, tengok akhlak dia, agama dia, keturunan dia. jgn tengok paras rupa, harta dia, paras romantik dia.

    yang saya belajar, cinta tu wujud, tapi tak berkekalan. yang berkekalan cume kalau kite bercinta kerana Allah. sampai bile2 cinta tu takkan berubah. sb Allah tak pernah berubah. tapi manusia berubah. bile kite ikhlas bercinta kerana Allah, tanggungjawab sebagai suami isteri tu kite akn cube laksanakan sebaik mungkin. takde la masalah macam suami cube cari lain sbb isteri dah tak cantik, isteri pasang skandal lain sebab suami tak mampu puaskn isteri.

    maaf sy bercakap panjang sangat. komen sy mgkn takde hujah yg kuat, tapi sy bercakap berdasar kn pendapat n pengalaman sy.

  • Saya sangat2 sokong Solihin Zubir !!!!! Apepon klu nak jawapan yg lebih pasti , tanyalah staz ustazah atau ulama ..

  • lagipon kita dilarang mendekati zina , bercouple adalah satu langkah untuk mendekati zina , bermula dgn zina hati, mata ..., klu nak couple gak , cepat2 lah masuk meminang , bercintalah kerana Allah , barulah dpt lahirkan zuriat yg soleh solehah

  • nak bace dua2 punya blog dulu..heheh

  • nak bace dua2 punya blog dulu..heheh

  • Macam-macam pendapat. Pening pulak baca. Adoi @_@

  • kalo kita couple sbb niat kita nak jadikan dia sbagai pasangan hidup takpe.tpi kalo sbb suka2 tu mmng lah x boleh.

  • JT~~ baru perasaan entry ni..pe2 pun... crow n SG memng hebat dlm mnhurai kan hujah n pndapat diorg... wat kan org len terfikir.. :)

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...