Lolz, Sepah Juara? Kenapa Bukan Jozan?


Akhirnya berakhir sudah gelanggang Maharaja Lawak yang dah berlangsung selama 13 minggu. Siapa juaranya? Pastilah SEPAH. Thumbs up. Masa diumumkan Sepah sebagai juara, tanpa aku sedar. Aku bersorak kegembiraan. Kehkeh..

"Aku suka Jozan, Kenapa Sepah pulak yang menang. Huwaa"

Mesti punya ada kipas susah mati Jozan yang cakap camtu. Sori to say der. Ini bukan pertandingan siapa kau minat. Ini pertandingan siapa lagi lawak.

Dan terbukti, tiap-tiap minggu pun Sepah maintain lawak. Berbanding Jozan, walaupun ada minggu yang dia pegang. Tapi lawak dia tak sekata. Kejap lawak, kejap hampes.

Kehkeh, Jozan mungkin best. Tapi tak sebest Sepah. Tolong terima kenyataan ni ek wahai peminat Jozan.

Tapi, walaupun Sepah dan Jozan yang menang tempat pertama dan kedua. Nabil jugak yang lagi kaya. Mana taknya, korang pikir la sendiri.

Juara Maharajalawak = RM350,000
Tempat Kedua = RM250,000
Tempat Ketiga = RM150,000
Tempat Keempat = RM50,000

Nampak tak? Hadiah dia tak payah nak share dengan siapa-siapa. Cayalah nabil. "Single man army" pun boleh sampai ke final. Tempat ke 3 pulak tu. Terbaik.


Papepon, meh layan vids Sepah yang bagi aku paling best kat Maharaja Lawak. Tak tau la ni dah brape kali aku ulang. Kehkeh.. Layanz..





*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

21 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...