Best jugak Imam Muda semalam. Kali ni diorang ditugaskan untuk menguruskan sesi kaunseling kat mahkamah syariah. Kat sana, macam-macam jenis masalah rumahtangga yang kita dapat lihat.
Ada yang isteri mintak cerai sebab suami homoseksual. Errr..!!! Ada jugak sebab syak suami dia pernah bersama perempuan lain. "I nampak video tu, u dah main dengan perempuan lain", tuduh si isteri. "Video mane u tengok ni, u cepat sangat percaya kat orang", si suami pertahankan dirinya.
Tak lupa perceraian disebabkan masalah ekonomi. Suami hutang dengan along sampai isteri dia turut kena gangguan. Alasan suami dia pinjam duit along sebab nak turuti kehendak isteri. Isteri nak itu, dia bagi. Nak ini, semua dia belikan. Last-last, isteri minta cerai juga sebab tak tahan kena gangguan along. Adeh..!!
Itu masalah yang berpunca drpd pihak lelaki. Bagaimana pulak drpd pihak wanita?
Ada satu kes, pasal masalah penyakit kelamin. Suami dah check doktor, tiada masalah. Tapi bila disuruh si isteri check, dia tak nak pulak. Degil, macam mana nak settle masalah. Adeh!! Tapi mungkin dia sogan agaknya. Maklumla, perempuan.
Kes lain, si isteri berskandal dengan kawan baik suaminya. Suami dia syak yang anak kedua dia bukan anak dia. Si isteri tak mengaku. Tapi, isteri cakap yang kawan suami dia tu lebih baik, menghargai. Kalau suami dia nak lepaskan pun dia redha.
Haihs, tu la kelemahan perempuan. Tak reti nak cover kalau bermain kayu tiga..=p
Itulah, berkahwin ni bukan mudah. Banyak benda yang kita kena konsider. Yang paling penting, jangan sesekali abaikan tanggungjawab antara suami dan isteri.
Dari Abdullah Ibnu Umar; dari Nabi saw bersabda :
"Perbuatan halal yang paling dibenci Allah adalah thalaq (cerai)".
HR. Abu Daud, Ibnu Majah, dan al-Baehaqy
Walau sebesar mana masalah dalaman rumahtangga yang kita hadapi. Janganlah terlalu cepat ambil jalan untuk bercerai. Cuba sedaya-upaya untuk pertahankan hubungan tu dulu. Pergi ke mana-mana kaunseling jika perlu.
Ingatlah, bercerai tu adalah jalan halal yang paling dibenci Allah..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
tak de sefahaman...orang skrg tak mcm org dulu... org dulu semua tahu tanggungjawab masing2...suami kene jadi ketua keluarga....skrg, kalau boleh isteri yg nk jd ketua keluarga n accountant...tu belum kes skandal lg...
-Yok mampir diluk = medium dakwah terbaik dalam siri nurkasih the movie..
bak kata ustaz dzul (pngacara imam muda) amat sukar untuk mendengar kes penceraian dulu, berbanding sekrang sudah menjd kebiasaan masyrakat..
itulah bila syariat agama dipinggirkan, sprti kata imam muda nazrul (kalau xsilap, aku pun lupa, dah xingt nma, haha) smuanya kmbali kpda syariat islam..
pertahankan selagi mampu.. dan skrg, kita tgk ustazah pilihan.. kah kah kah..
bergegar tiang langit jika isteri mintak cerai.... minta dijauhkan.
harap2 perkahwinan ss tak berakhir dgn penceraian. amin. eh ni doa utk masa hadapan. hehe :p
wah! aku tengok gak smalam bro.. paling tak tahan yang suami ada video sex tuh.. nak sex jer.. ades! tak paham tul... tolak ansur penting!
orang yg betul2 sanggup pegang tanggungjawab yg sepatutnya berhak kawin. tapi susah nak tau siapa yg betul2 sanggup pegang tanggungjawab tu.
bila perkahwinan itu bukan lagi atas dasar iman tetapi nafsu semata-mata.. ianya hanya sementara.. penceraian hanya jalan mudah bagi orang yg mahu menutup kelemahan diri..takbur dan bongkak dengan keaiban diri sendiri..
xnak cerai. huhu
huishh!menakutkan lah bila pikir kan..nsib lah CG muda belia lg..kalo dh umo nk kawen rsa takot lak kalo2 jd cmnih..mnx dijaohkan lah kan..
p/s : fuhh!dha lma xbca entry JT.. :yes :mop sbb bersawang
zaman sekarang cerai berai ni macam main2 je...
mintak2 tak jadi pada kita yang ada di sini... amiiinn...
persefahaman dan keserasian tu penting bg menjamin keutuhan rumahtangga..
dan kpd org ketiga tu plak, sedar2 lah sama.. knapa mesti nak runtuhkan masjid..
skrg ni byk konflik yg mnyebabkn rumah tngga runtuh..hal yg remeh diperbesarkan..kita tk boleh jgk salahkn org lain..tengoklh diri kita dulu..prbetulkan apa yg masih kurang..tak perlulah saling tuduh menuduh ^^
saya pon tengok imam muda tu ....betul,bukan senang nak kawen ni,kan....rasa cuak plak bila tengok.rasanya yg agak parah kes isteri ade skandal lain dan suami syak anak ke2 bukan anak dia sendiri..anak dah lahir pon masih ada kekeliruan..,masalah btol,,Moga kita dalam perlindunganNya,Amin.
Kenapa penceraian berlaku? Kerana tidak meletakkan Allah sebagai cinta no.1 dalam kehidupan. Berkahwin kerana nafsu, pangkat dan maruah. Bukan kerana AllahSWT.
CL p0n teng0k jugak episod ni..xsangka...makin ramai yg kawin makin ramai nk bercerai =(
Korang tak pernah kawin senang la ckp,dah kawin baru boleh tahu.