Usah Ceritakan Keburukan Keluarga Sendiri Di Blog Dan Facebook


Aku teringat masa aku form 2 dulu. Ada sorang akak senior aku nasihat, jangan sesekali dedahkan atau ceritakan keburukan keluarga sendiri kat orang lain.

Kecuali kalau kita nak dapatkan nasihat daripada orang yang tertentu atau yang betul-betul kita percaya. Sampai sekarang aku ingat lagi pesanan dia.

Tapi, yang sedih. Aku perhatikan kat kebanyakan blog ramai blogger yang tanpa segan silu dedahkan apa yang tak baik pasal keluarga sendiri. Emak gaduh dengan ayah la, abang lembab, akak jahat dan sebagainya.

Ops, tak lupa yang lebih menyedihkan. Si suami atau isteri yang dedahkan sikap buruk pasangan masing-masing kat blog. Astaghfirullahalazim.

Lelaki mungkin jarang ceritakan bab peribadi camni kat blog. Aku bukan nak kondem perempuan. Tapi realiti, memang kebiasaannya yang dedahkan sifat buruk keluarga sendiri kat blog adalah perempuan.


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)

Aku tau, ramai antara korang yang tulis entri untuk luahkan apa yang terpendam kat hati. Tapi sepatutnya korang kena tau batas-batas, apa yang boleh ditulis dan apa yang tak boleh. Keburukan keluarga sendiri TAK BOLEH DIDEDAHKAN. Ape tah lagi tulis kat blog dan facebook.


"Mak aku suka bebel. Ayah aku ni garang macam harimau. Suami aku asyik nak marah aku je"


Kalau korang selalu tulis benda yang tak baik pasal keluarga sendiri, nasihat aku hentikanlah. Korang suka ke bila orang lain pandang jelik kat keluarga korang disebabkan penulisan korang? Fikir-fikirkanlah sendiri ye..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

36 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...