Gathering Blogger Time Square + KL Gangster = Penat

Gathering Blogger, Time Square..

Waahh, lenguhnya kaki. Sengal masih terasa. Mana taknya, siang tadi aku usha-usha gathering blogger kat Time Square. Tempat tu dah la besar.

Wehh, aku pon join gathering la. Ada yang tak percaya pulak. Tapi, aku pergi sana jadi kawan Suffer8zine je la. Bukan datang sebagai blogger. Kehkeh..

Aku ingat, brader Ben Ashaari tak promote pasal gath ni. Tak ramai la yang datang. Fuhh, ternyata aku silap. Ramai woah kat sana. Dalam 50 orang join. Kesian aku tengok si penganjur, ke sana-sini uruskan gath ni supaya berjalan dengan lancar. Tahniah aku ucapkan atas berjayanya gath yang besar ni.

Time diorang memecahkan ais (ice breaking), aku pun membelahkan diri ke Low Yat. Takpela, aku kan blogger picisan je. Takde orang nak kenal pon. Kehkeh..


- Para bloggers berkumpul di bowling -

Pergh, smart la baju Suffer8zine. Limited Edition ni.
Maap, kamera gua murah punya. Kaler dia habes. Ni je yang mampu.=p


KL Gangster..

Pastu, dalam pukul 5 aku, SYAF, theSyafikmokthar, Suffer8zine pergi terjah KL Gangster. Storyline filem ni sangat simple. Budak-budak pun boleh faham.

Tapi, kalau boleh jangan la kasi budak-budak tengok cerita ni. Banyak perkataan kesat. Lainla kalau nak ajar anak korang jadi taiko besar kat KL. Silakan la bawak dia tengok filem ni sampai 10 kali. Ahaks..

Adegan gaduh dalam filem ni aku puji. Skill diorang bertumbuk nampak real. Cuma ada part, tiba-tiba pergerakan diorang jadi slow. So, aku terfikir. Adakah part lawan yang laju, sebenarnya adalah fast forward? Errk..!!!

Apapun, rating aku kasi untuk filem ni 3/5. Lain kali ending kalau boleh kasi clearkan semua ye Syamsul Yusof. Tak kan nak biarkan je adik perempuan Malek tu rosak sampai habis cerita kot. Aduiiyaii...!!

p/s: Fuhh, hari ahad yang memenatkan..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

34 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...