Showing posts with label kesan plkn. Show all posts
Showing posts with label kesan plkn. Show all posts

Kesan Buruk PLKN Terhadap Remaja

39 comments 02 January 2011

Wahh, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2011 dah bermula rupanya. Teringat dulu aku pon kena PLKN. 1st batch of PLKN ever. Siri pertama aka pioneer. Budak yg lahir tahun 86 memang selalu dieksperimentasi je. Haish..

Masa batch aku, PLKN ada 2 tempat. 2 bulan pertama kat kem. Bulan seterusnya kat IPTA. Sekarang 3 bulan kat kem je. Kalau ditanya budak2 bekas PLKN ni, semuanya akan kata PLKN best..

Tapi dalam best tu, adakah target kerajaan dalam mendisiplinkan remaja tercapai?

Kat sini aku senaraikan kesan buruk PLKN terhadap remaja:

1. Kejadian curi berleluasa.

Benda ni samada kat kem, kat ipt memang susah nak cegah. Baik lelaki atau perempuan, dalam sehari kalau takde henpon yg hilang memang tak sah. Jam tangan aku yg mahal pon kena curi. Adess..


2. Masalah sosial meningkat.

PLKN dan sosial tak dapat dielakkan. Lelaki dan perempuan bebas bergaul. Sampai lewat malam pon bleh berdating lagi wa cakap lu. Diorang hanya kapel sepanjang PLKN. Bila abis, pasangannya pon dilupakan. Fenomena ni la yg dinamakan "couple contract". Dan ianya hanya di PLKN..


3. Pengaruh negatif lebih kuat.

Ada kawan aku yg mulanya baik. Tapi bila hujung2 PLKN, dia jadi offensive. Cakap kasar dan suka mencarut. Ye la kan, peserta kan diambil random. Mana yg baik dan jahat dicampurkan..

Harapan kerajaan supaya yg jahat tu berubah jadi baik bila bergaul dengan budak baik. Tapi hakikatnya terbalik. In real life, pengaruh yg jahat tu memang lebih kuat berbanding yg baik kan?


Aku senaraikan kesan buruk sebab memang style aku suka pandang dari perspektif yg berbeza. Kehkeh.. So, kalau nak tau apa yg positif tentang PLKN sila terjah blog2 ni ye..

1. http://fyezrahman.blogspot.com
2. http://asriblog.blogspot.com
3. http://alienelliz.blogspot.com
4. http://affanruslan.com

Dapat PLKN untung. Tapi yg tak dapat pon tak rugi. Sebab masa yg terluang tu boleh dapatkan pengalaman dengan bekerja part time sementara tunggu result SPM..

So, kepada sesiapa yg pernah join PLKN ni. Tolong jawab ni ye. Adakah PLKN dah mengubah diri anda? (hope ada wakil kerajaan baca komen korang. Kehkeh)
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...