Ni aku nak tanya sikit. Apa yang korang faham dengan "islam agama yang mudah"? Bukan apa, aku perhatikan ramai antara kita ni pandai ungkapkan, tapi tak faham maksud sebenar ayat tu.
Contohnya isu bertudung. Ramai yang beranggapan, asal pakai tudung, tutup aurat dah cukup. Islam kan agama yang mudah. So, pakai je la apape pun, asalkan ianya tutup aurat.
Memang ada kebenarannya, tapi tak berapa tepat. Sebab dalam bab berfesyen, selain tutup aurat, kita jugak kena elakkan tabarruj. Jangan pulak pakai shawl pelik-pelik, tudung jadi macam serban macam Yuna tu. Sebab beranggapan ianya tak salah. Mempermudahkan islam.
Habis tu salah ke islam tu agama yang mudah?
Tak kawan ku. Sangat betul tu. Islam memang mudah. Tapi, hanya bagi mereka yang berilmu. Diulangi, islam hanya jadi mudah jika kita berilmu. Hukum islam bukan kita boleh agak-agak guna logik akal je. Macam kebanyakan orang kita buat.
Mudahnya islam ditunjukkan dalam rukhsah. Terlalu banyak kemudahan yang Islam bagi dalan hidup kita. Contohnya kalau kita sakit, tak boleh bangun. Allah tak menyusahkan kita. DIA bagi kita solat secara duduk, jika tak mampu lagi, boleh solat sambil berbaring.
Bagi musafir, rukhsah bagi diorang adalah boleh buat solat jamak dan qasar. Bagi orang berpuasa yang sakit tenat, maka mereka tak diwajibkan berpuasa.
Nampak tak kemudahan yang Islam bagi? Kalau kita tak berilmu, dapat ke kita tau segala kemudahan islam tu?
Aku paling menyampah bila orang gunakan "Islam agama yang mudah" bagi mempermudahkan ideologi dia, dan mencampakkan hukum sebenar islam ke tepi. Hukum islam bukan kita boleh agak-agak. Kena belajar. Bila ada ilmu, baru kita boleh kata sesuatu benda tu senang.
10 bahagi 2 = 5, 5 x 5=25. Senang tak? Memang la senang sebab kita dah belajar dari kecik.
Sebab tu kita semua dituntut untuk belajar hukum Islam. Imu perlu dicari. Jangan hanya tunggu ianya datang dengan sendiri. Bila kita berilmu, segala pasal Islam akan jadi mudah. Ingat tu..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
lagi satu, Islam tu mudah sebab selari dengan fitrah manusia. cuma manusia je yg suka menyimpang. dan Islam tu mudah kalau kita amalkan Islam secara menyeluruh. bukan amik separuh-separuh. ;P
sekadar berkongsi ilmu.
Assalamualaikum retiss jejaka terhangat dipasaran...betul tu..islam akan jadi agama g mudah kalau berilmu,,kalau xde ilmupasal islam mmg xpasal2 jadi sesat..xsemua bnda semua kat dunia ni senang,,sebab tu kta disuruh tuntut ilmu...menuntut ilmu bia sampai ke negera cina :)
Islam itu sebenarnya mudah untuk kita pelajari dan terlalu banyak kemudahan Tuhan dah bagi untuk kita ni untuk kita lakukan..cuma terlatak pada diri kita sahaja untuk melakukannya..macam2 kelonggaran agama Islam itu sendiri telah bagi pada kita sebagai umatnya tapi ada segelintir je yang tak faham2 lgi..
ye, saya setuju... pakai shawl yang menampakkan sisi leher, dll, mereka memperalatkan ayat islam itu mudah. amalan tanpa ilmu juga adalah sia2... :)
ada 2 ayat yang seakan sama tapi mempunyai beza yang ketara jauhnya..
1.islam itu mudah (firman)
2."mempermudahkan" islam (pandai2)
kalo ramai yg mencontohi no 2 tu.. aku rasa lepas ni ulama'-ulama' fiqh dan mufti2 boleh la lepak bersantai dengan family, sambil minum teh kat rumah..
kitab2 fiqh hasilan dari pendapat ulama' pun dah boleh simpan dalam almari..
kelas2 fardhu ain (pafa) pun boleh tutup dah..
paling sadis rancangan imam muda pun dah takde makna..
sebab apa perkara macamni boleh berlaku? sebab ramai yg dah pandai2..tertipu dengan lisan sendiri.. nauzubillah..
nice entry and thanks sharring.. terbaik jt..
Ilmu dan kefahaman perlu seiring baru islam sebenar boleh dipraktikkan. kdg2 org byk ilmu, tp x ada kefahaman. =)
memang Islam itu mudah..tapi kita kena la mantapkan ilmu islam dalam diri kita setiap masa..
sampai kita mati pun kita still kena belajar tentang agama Islam sebab kita bukan insan yg sempurna..sekali belajar terus assume diri dah pandai bab agama?salah tu..
ustaz2 pun still terus belajar tentang Islam..apatah lagi kita yg masih cetek ilmu tentang Islam..kan JT?
manusia yg mencari dunia, akan dapat dunia, tp sape yg cari akhirat, dia pasti akan dapat akhirat.
*terasa dengan komen sapik*
betul jejaka terhangat..
orang yang tutup aurat semestinya bertundung tapi orang yang bertudung tak semestinya menutup aurat.....
Jangan mempermudahkan Islam mengikut garis dan panduan akal sendiri hatta akal kawan-kawan.
assalam...aik tukar template baru lagi...hi3
Yups...betul tuu, islam mudah bertempat...
Makin ramai yg tdk memahami maksud mudah yg sebenarnya akibat drpd kurang berilmu dan menjadi pak turut je
nice jt.... :terharu seketika.... bagus entry ni....
Assalamualaikum...
entry yg bgs..berinformasi dan ada pengajaran.risau sgt2 bila nak wat entry bila ada hukum agama.. takut tersalah bg maklunat... sblm kita nak kongsi ilmu agama dgn org lain, kita harus ada ilmu agama yg secukupnya..
*tahniah kembali ke template putih
@Haryz Khairuddin
nice bro..btol tu. amalkan islam tak bleh sparuh2..patutnya menyeluruh. baru la tak bercampur ideologi modern dgn hukum sbr apa yg Islam tetapkan..
@TheSyafiq Mokhtar
owh, macam biasa. komen sapik mmg bsrisi dan bernas. mempermudahkan dgn erti kata lainnya pandai2. mmg ramai cmtu.mgkn kdg2 kita pn tak lari kan. tu la pentingnya muhasabah diri. hope kita jadi lebih baik dari lepas ni. amin..
@PEAH
a'ah kan. thanks tambah. dah ada ilmu, kena faham jgk. sbb kenyataannya, mmg ramai masyarakat kita berilmu. tp perlaksanaannya tak buat sbb kurang kefahaman, ataupn kurang penghayatan. kan?
@diana
haha..kalo camtu kesnya camni. islam tu dah mudah. tapi dia ambil jalan nak menyusahkan diri. okey tak?=p
islam itu mudah tp kita x blh amik mudah ... kena belajar ilmu agama ni, x blh pakai hentam ikut rasa hati sendiri je!
Kalau kita faham sesuatu perkara tu tak kira benda tu susah macam mana sekali pun pasti kita rasa mudah...Islam tu mudah kalau kita faham dengan apa yang disampaikan... ^_^
Mati itu mudah, masuk shurga itu mudah dan masuk neraka juga mudah, dan mudahnya semua itu tertakluk kepada apa yang kita mudahkan dan apa yang kita mujahadah, kan mudah tu?... (Kereta Mayat)
Islam itu mudah sekali, semua golongan boleh buat dan telah ada syarat2 yg simple lg mudah.. yg mudah disalahertikan adalah mereka yg anggap benda tu simple, jd buat sesimplenya, sedangkan islam dalam mudahnya adalah sempurna.. mudah tak nak faham ayat aku ni? hehe..
contoh mudah, islam suruh tutup aurat depan bukan muhrim, kalau muhrim its ok yg pntg jaga batas.. mudah kan?
contoh mudah lagi, islam tak suruh zina, tapi kalau nak kahwin 4 boleh, tapi kerana tak mudah buat wanita untuk terima kahwin 4, maka ada syarat untuk lelaki supaya mudah mereka menanggung anak bini lain hari.. mudah ho.. ahakz..
Islam itu mudah kerana semua orang boleh ikut, yang menyusahkan adalah orang yang tak nak ikut, yang memudahkan dia masuk ke neraka.. seram~
kat padang mahsyar nti xde nye makhluk tu ckp aq xtau ttg islam..sume tau cuma dia je y xnk terima...ajaran islam telah sampai ke seluruh dunia cuma manusia yang angkuh je y xnk trma islam coz xnk mengaku yang dia diciptakan..lau y beragama kristian n yahudi lagi r meka tau islam 2 aper...tp i2 xbermaksud kita y islam ni diam xbt peper..tgs berdakwah itu wajib spy orang belum islam y tau ckt2 ttg islam 2 mkn yakin ngn islam..