Jangan sebar hadis palsu kelebihan terawih
Bulan Ramadhan dah dekat. Tiap-tiap tahun pun mesti ramai bloggers yang share tentang kelebihan solat terawih kat blog masing-masing. Tapi, dalam korang main share tu, tau tak korang yang hadis tu sebenarnya PALSU?
Ni adalah maklumat kepalsuan hadis tersebut di ruangan Portal Jakim, Mufti negeri Terengganu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.
Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :
"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :
"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
- Baca lebih lanjut di [ sini ] -
Amaran Rasulullah:
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang2 yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :
"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka." (Bukhori, Muslim)
So, kat sini aku nak bagi amaran awal-awal kat semua bloggers. Jangan sesekali korang sebarkan hadis palsu ni. Kat "facebook note" pon sama jugak. Jangan share.
Walaupun niat korang baik untuk sebarkan agama, tapi hadis ni palsu. Tak dapat dipastikan kesahihannya. Daripada nak berbuat baik, mengharapkan syurga. Alih-alih neraka yang menanti. Tak ke sia-sia je?
Aku jugak aku nak ajak korang semua untuk sebarkan amaran ni kat blog masing-masing. Ingat, sebar AMARAN tentang hadis palsu, bukannya sebarkan hadis palsu tu. Amaran ni penting sebagai peringatan untuk kita dan kawan sesama muslim kita daripada terus buat khilaf.
Solat terawih tetap perlu ditunaikan
Owh, jangan ingat sebab hadis tu palsu. Korang tak payah solat terawih pulak ye. Jangan memandai. Kita masih ada hadis yang sohih:
"Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Al-Bukhari)
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Selamat berpuasa. Solat terawih jangan lupa. Semoga Ramadhan ni lebih diberkahi-Nya. InsyaAllah..=)
p/s: Dalam bab agama ni jangan main copy paste je. Pastikan korang selidik dulu, pastikan sahih baru share kat blog ataupun kat mana-mana. Orait?
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
tq jt... :)
assalamualaikum JT...pergh sbb tu la lynn takut skit kalau nak cakap sal hadis2 ni...sekarang da banyak hadis2 palsu...gile lah dorang ni..xde kje lain ke.=="..anyways thanxx :)
waalaikumsalam..hadis palsu dibuat konon2 utk tarik orang lebih buat kebaikan. tp Allah tak tetapkan kelebihan tu, kita mana boleh memandai2 walaupn bnda tu baik. ye tak?
dah banyak receive benda sal hadis ni kat email... penuh inbox.. :fuh
inilah dia ulamak2 yang ada hari ini tau nak komen saja bukanya nak bagi cara jalan supaya pra jemaah bertambah kuat beribadah tetapi sebaliknya yang diarah bukankah lebih baik tegur dengan berdalil barulah orang2 yang jahil murakab boleh berfikir dengan akal dan hati nurani mereka bukannya beri pada orang yang macam ini berfikir dengan lojik akal ,cuba lihat apa dah terjadi dengan dakwaan pengganas dan wahabi tau bercakap tetapi bila dicabar untuk berdailog takut dan dengan bersyarat pula bagitu jugalah dengan pemimpin hari ini kalau kita tak bersalah apa nak ditakutkan Allah sentiasa berada dijalan orang2 benar Amin!!!!
kesimpulannya hendaklah kita mengawasi dari mengatakan sesuatu terhadap agama dan menyampaikannya kepada manusia melainkan yang telah terbukti sahih dan diyakini selamat dan benar.. :)
kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah.. namun, dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu..
E2 la ..mcm2 la org wat skrg
@Bulan Purnama
sangat setuju dengan Bulan Purnama..tiada yang nafikan keistimewaan solat terawih. sangat dituntut, sbb Rasulullah sendiri ada lakukan. tp kelebihan yg dibuat2 tu, tak pernah baginda sabdakan.
ohh mmg da lame bce psl bnd nih..tipu rupanya..xie xie ni :)
Bila aku nak komen, rasa janggal lak.. ahakz..
yup.. bnyak yg main copy paste tnpa mnyelidikinya.. sal tu bila ada hadis xletak perawi.. xbrani den melainkan yg bgthu sal hadis tu dari ustaz2 mahupun ulama2 yg diyakini.. hehe..
Jika hendak solat terawih pun biarlah ikhlas, tanpa mengharapkan ganjaran tertuntu seperti yg tertera pada hadis palsu tersebut. Ganjarannya, Allahwst lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Bersihkan hati kita, solat biar ikhlas kerana Allah bukan kerana ganjarannya.
kesimpulannya, pergilah terawih kerana ingin beribadat kepada Allah dan mendapatkan keredhaanNya..jangan pergi semata-mata untuk mendapatkan kelebihan tapi tidak ikhlas..
Assalamualaikum..
risau sbnrnya bila nak kupas ttg hadis bila ilmu agama tidak cukup sempurna..
hurm,, ni lha. kpd kwn2 sumer, hadis2 gugel, tlog jgn maen copy paste. . . cek dl dgn yg pakar. sedih lha islam cmni. dpermaenkan. bdose :(
ooh,,macam tuh. kena hati-hati nih. btw, suka kotak komen nih berbanding popup, senang.
Kebanyakan yg melakukan penyebaran spt ini ialah org2 yg menganggap agamanya sebagai warisan nenek-moyang atau ikut-ikutan...mrk tidak ambil berat ttg agama mrk sendiri, menjauhi majlis ilmu,melalaikan solat dan ibadah,mengutamakan perkara2 yg sunat dan mengutamakan dunia,puji-pujian dan apa yg org kata itulah yg lbh penting,dsb.Mrk berbangga dan menunjuk-nunjuk apabila bertarawikh ttp yg fardhu ditinggalkan.Sifat munafik yg menular dan berjangkit.Nauzubillah
Kurang kefahaman atau jahil krn tiada didikan asas tidaklah mrk dipersalahkan.
yup..sebab tu syerah xbrani sangat nak wat entry pasal agama kcuali klu ade dalil2 sahih..
bnyak yang tak bleh dipakai..tapi ramai je orang gne..sebab selalu disebarkan..
yang lebih bahaye..beramal ngn hadis palsu... =(
pertama kali puasa sebagai blogger..kalau tak tau bab hukum ni yang payah..takut salah sumber, kita yang kena..hmm selamat menyambut jt dah nak puasa dah,
Salam, bro.
Den kreditkan entri bro ni kat blog.
Thanks for sharing! :)
http://alieff.com/hadis-palsu-kelebihan-solat-tarawikh
tak sabar nak tunaikan solat terawih , barulah dapat rasa hidupnya ramadhan itu
Ramadhan ; 1 malam kebaikannya menyamai 1000 bulan
Rasulullah bersabda " Sekiranya umatku tahu apa yang terkandung dalam bulan Ramadhan , pasti mereka mahukan sepanjang tahun itu bulan Ramadhan "
nasib baik ada blog ni.. saya pun dah terpost hadis PALSU ni.. nasib ada rakan yang tegur.. dan bagi link blog ni.. :)
tHANX 4 SHARING =)
ambillah dari dalam al quran ...kenapa ambil hadis...
baru tahu, nice sharing bro :)
mohon share. terima kasih
“Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untukKu dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Terima kasih.. Info yg sangat bergun
trimakasih krn info yg amat bguna .
Assalamualaikum wbt, salam Ramadhan kepada semua.
Izinkan saya membuatkan sedikit penjelasan tentang isu Hadis Palsu fadhilat Tarawih dalam bulan Ramadhan. Pada pendapat saya,
1) Hadis ini bukan hadis palsu.
2) Pihak JAIS,MAIT dan JAKIM telah mengeluarkan hukum tanpa merujuk prosedur dan kaedah yang tertib.
3) Masyarakat kita tidak memahami kekhilafiahan dalam ilmu hadis.
1) Hadis ini boleh ditemui dalam kitab karya karya Syaikh ‘Utsman bin Hasan bin Ahmad Syakir al-Khubari yang hidup pada abad ke-9 hijriah yang berjudul Durratun Nashihin Fil Wa’zhi wal Irsyad. Selama beberapa abad dan kurun tiada didengari hadis-hadis dalam kitab ini dibantah oleh para ulama muhaddis dan imam-imam mazhab yang besar. Bahkan ulama yang keras dan pedas kritikannya sperti Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayim pun tidak pernah mengeluarkan sebarang kritikan terhadap kitab ini. Hanya dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini sahaja timbul kritikan daripada ulama-ulama moden, terutamanya yang beraliran Wahabi yang mengatakan hadis-hadis dari kitab ini banyak yang palsu. Orang yang paling kuat menghukum kitab ini haram dibaca ialah ulama Wahabi yang bernama Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan murid-muridnya yang kononnya "ulama" hadis.Pengikut Bin Baz pula banyak mengeluarkan hukum bahawa semua isi kitab ini haram diamalkan atas dakwaan "hadis palsu".Bagi saya, sebagai orang awam, kita tidak layak mengatakan hadis ini palsu kerana para muhaddisin tidak pernah menghukum hadis ini sebagai palsu.
bersambung di bawah..
2)Pihak Jabatan Agama Islam (Selangor?) Terengganu pula begitu semborono mempromosikan bahawa hadis ini hadis palsu tanpa menerangkan kepada masyarakat tentang kaedah fatwa ini dikeluarkan. Apa yang saya lihat kaedah yang digunakan oleh Jabatan ini lemah dan terburu, antaranya,
a)Tidak ditemui dalam Sunan Sittah - Memang benar hadis ini tidak ditemui dalam Sunan Sittah, tetapi mereka harus merujuk kepada kitab-kitab hadis lain seperti Al-Muwatta', Al-Mustadrak dan banyak lagi kitab hadis yang lain. Bagi saya tidak salah jika kita merujuk kitab hadis yang bukan sunan sittah kerana perkara ini hanya bersangkutan dalam soal fadail amal. Malah Imam Ahmad r.h. lebih menyukai menggunakan hadis yang daif berbanding pendapat peribadi. Dalam ilmu usul hadis, selagi tidak ditemui bukti yang menunjukkan hadis ini palsu, adalah HARAM mengeluarkan fatwa bahawa hadis ini palsu.
b) Pihak Jabatan Agama ada mengatakan bahawa mereka telah merujuk kepada tokoh-tokoh dalam bidang ini. Siapakah tokoh-tokoh tersebut? Adakah mereka sekadar pensyarah Ph.D di Jabatan Hadis? Bagi saya pensyarah bidang hadis belum lagi layak untuk mengeluarkan hukum kerana sebahagian besar mereka bukan ulama Muhaddis. Mereka hanya pengkaji hadis dan bukannya ulama hadis seperti ulama-ulama hadis yang banyak menetap di Yaman dan Jordan. Jadi, pihak Jabatan Agama Islam tidak mengikut prosedur yang betul.
c) Setakat ini hanya didengari JAIS dan JAIT sahaja yang mewartakan fatwa ini. Jabatan Agama dari negeri lain tidak mewartakan sebarang keputusan. Oleh itu, dapatlah kita lihat bahawa tiada kesinambungan dalam fatwa ini, malah nampaknya fatwa ini bersifat setempat dan mengikut selera negeri masing-masing.
bersambung..
d) Artikel yang menerangkan tentang isu ini bersifat umum, antaranya, ia tidak menjelaskan langsung tentang kedudukan “palsu”-nya hadis ini. Hanya yang disentuh ialah amaran-amaran Rasullullah s.a.w tentang orang yang berbohong atas nama baginda.
e) Lebih menjanggalkan ialah artikel yang mendakwa bahawa fatwa ini dibuat oleh JAIS dan MAIT bukannya datang dari Jabatan-jabatan berkenaan, tetapi datangnya dari Kelantan. Jika benar dari Kelantan, sepatutnya bukan JAIS dan MAIT yang mewartakannya, ia patut diwartakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan! Di sini saya sudah nampak adanya unsur gharor dan syak di sini. Dari sudut ilmu hadis, setiap perkhabaran yang mengandungi unsur syak wajib ditolak!
f) Jika benar fatwa tentang hadis ini dibuat oleh jabatan yang terbabit, saya mengandaikan bahawa besar kemungkinannya fatwa ini dibuat berdasarkan oleh fatwa yang bersifat ahad (tunggal /seorang – lemah) yang dikeluarkan oleh Sheikh Abd Aziz bin Baz. Bagi saya fatwa seperti ini boleh ditolak mentah-mentah kerana tiada kesepakatan dan ijma’ daripada ulama hadis langsung. Dalam erti kata yang lain, fatwa yang mengatakan hadis fadhilat Ramadan ini palsu, adalah TIDAK SAH. Bahkan hadis ini benar. Bahkan saya dapat menerka bahawa ahli panel yang mengeluarkan fatwa ini merupakan golongan yang cenderung ke arah fatwa-fatwa Wahabi dan Salafi.
bersambung...
3) Perlu diketahui oleh semua sidang pelayar, seperti ilmu Feqah dan Ilmu Tauhid, perbezaan pendapat dan mazhab juga wujud dalam ilmu hadis. Ada sesetengah hadis yang dihukum palsu, dihukumkan sahih oleh ulama lain. Ini dapat dilihat dalam banyak isu hadis, antaranya hadis seperi “Barang siapa kenal dirinya, maka kenallah tuhan-nya”. Hadis ini dianggap palsu oleh Ibnu Taimiyah dan beberapa ulama. Namun, Imam As-Sayuti, malah anak murid Ibnu Taimiyah iaitu Ibnu Qayyim menganggap bahawa hadis ini adalah sahih. Untuk penerangan lanjut sila rujuk, kitab-kitab karya Tuan Guru Wan Saghir.
Kesimpulannya, saya menyeru kepada semua sidang pelayar.. Janganlah kita terburu-buru mengeluarkan hukum semata-mata mendengar perkara itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu tanpa merujuk kepada mereka yang benar-benar ahli dalam hal ini. Wallahu a’lam.
Salam Ramadhan daripada,
Tablighster