Dalam interview tu, dia nyatakan yang pemerintahan perdana menteri kita sekarang ni berat sebelah dan agak kejam. Suara rakyat diketepikan secara mutlak.
Berbeza dengan jepun. Sekiranya berlaku masalah, perdana menteri jepun sendiri jumpa, dan tunduk depan rakyatnya untuk minta maaf. Kenapa Malaysia tak boleh buat macam tu?
Pasal media, aku malas nak ulas dah. Patutla TV3 bukan main lagi, asyik beratkan kerajaan. Rupa-rupanya Dato' Farid, bos besar TV3 adalah Penasihat Komunikasi kepada perdana menteri. Grrr, menyampah aku. - Sumber sini dan sini.
Pemimpin Patut Datang Dari Bawah
A. Samad Said jugak ada nyatakan, Malaysia kita ni sentiasa dipimpin oleh golongan bangsawan. Antara enam perdana menteri kita, cuma Tun Mahathir je yang berasal dari golongan biasa.
Orang yang sentiasa dibesarkan dengan kemewahan, harta melimpah ruah, mungkin tak faham apa yang rakyat biasa hadapi setiap hari. Walaupun diorang acap kali ungkapkan "faham beban rakyat". Kenyataannya, diorang tak pernah rasainya sendiri.
A. Samad Said bukannya calang-calang orang. Dia penuh ilmu di dada. Ramai sasterawan yang menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi.
Orang seperti beliau, yang dah meneliti arus kemerdekaan negara ni selama 50 tahun pun melabelkan status demokrasi kita sekarang semakin ke arah kuku besi.
Kita, golongan belia ni masih tak nampak ke? Atau kita saja butakan mata kita? Fikir-fikirkan la sendiri yek..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
setuju dengan apa yang a samad said ni cakap....pemimpin harus datang dari bawah... dia harap kerajaan sekarang akan kalah pada pru nanti :yes...
JT..bukan beliau memang dah berpangkat DATUK ke? Kalau tak salah saye la..sebab saya suka juga hasil karya puisi beliau..
aku suka entry nih ,betul cakap Jt ,patut la tv3 dok bagitau kabar berita yang manis- manis sahaja ,kerana adanya kepentingan mereka sendiri ,tiadanya keadilan dalam bersuara dalam negara kini ,berlakunya kekejaman dalam melontarkan suara rakyat .Pak samad sememang nya ,orang bijak pandai dalam berkata-kata ,salute :)
sekarng bukan isu politik... tapi isu seluruh rakyat malaysia... sampai bila kita nak di perbodohkan sampai mcm ni... media sekarang dak tak boleh caya... org kg selalu jd mangsa tipu... pak cik2 n mak cik2... kita yang muda2 ni dah celik it... maklumat dah depan mata...kalau tak caya lagi... tak tau nak kata apa...
dalam dunia politik ade 2 golongan... party A. celik agama dan celik it.. party B, pencinta dunia dan buta IT... kita di pihak mana...
@Cik Sha
Dah edit. JT dah perbetolkan. camne bleh tersilap tang situ. adeh..Thanks sbb tegur ye Cik Sha..=)
betul tu boss.. kalau orang yg berilmu seperti dia pun kata macam tu, apatah lagi kita yg xde ilmu langsung neh.
huh..berita tv3 ngan paper dari kecik smpai besar bias
maybe dorang susah nak trime sebab dah lame mcm ni..
xnak selidik betol2..
pemalas...
tehee~
ape2 pon BERSIH memang bersih!
tgk la kalo org camni pon setuju yg pm kita lagu tu,, ape tah lagi rakyat cam kita ni..
patut la tun mahathir jauh lebih bijak dalam tadbir negara,
ye btul pemimpin kne fhm jiwa rkyat..tp tndakan dgn menyetujui Bersih 2.0 tu betul ker?? bknkah impak ke ats negara lbh teruk?? n syabas..nma Malaysia da jdik bualan d media massa krna hal e2...
Apa yg aku tahu, kita lebih disogokkan dengan benda2 material.. mnyebabkan tenggelamnya yg rohanial.. percayalah, hnya sambutan hari2 kebesaran islam dibesar2kan.. bnda lain? tenggelam pak..
sbab itu, kbnyakannya org tertumpu kemajuan material.. memang kita ada hak untuk merasa kemajuan, tetapi dalam kemajuan itulah kebanyakkannya menjahanamkan..
aku rsa, jika nilai2 islam diterapkan, smua rkyat akan mensyukuri nikmat yg dikecapi, malah kemajuan yg sedikit tnpa bgunan yg tinggi pun suda ckup bg kita, krana sikap bersederhana yg diterapkan..
dan pasti tiada yg mempertikaikan PR jika keadaan ini berlaku.. namun.. sejujurnya hakikat Malaysia adalah...
Kita smua berfikirlah dengan berlapang dada.. ^_^
nice entry jt.. minta izin share..