Klik header untuk ke segmen TheSyafiqMokhtar, blogger retis.
Hadis perkahwinan daripada Rasulullah
Untuk segmen ni. Aku akan kongsikan hadis, yang berkaitan dengan jodoh dan pernikahan. Panduan yang diberikan direct daripada Rasulullah sendiri.
1. Tak diizinkan hidup membujang
Dari Sain bin Abu Waqas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. menolok permintaan Usman bin Madh'un untuk tidak berkahwin buat selama-lamanya. Kalau beliau s.a.w. mengizinkannya , tentu kami akan melakukan pengebirian." - Hadis sahih riwayat Muslim
Penjelasan: Kita dilarang untuk sengaja hidup membujang sepanjang hayat. Kalau dah berkemampuan, jangan tunggu lagi. Segeralah menikah.
2. Pemilihan calon suami/isteri
"Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat" - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Penjelasan: Carilah pasangan yang taat kepada perintah agama. Pasti banyak kelebihan, dan manfaatnya. Hadis ni jugak boleh digunapakai untuk perempuan dalam memilih calon suami.
3. Setia kepada isteri
"Sesungguhnya orang perempuan itu datang dalam bentuk syaitan (merayu) dan pergi (membelakang) dalam bentuk syaitan (merayu). Sebab itu apabila seseorang melihat perempuan, hendaklah dia pulang kepada isterinya, kerana dengan itu terhalang nafsunya (kepada perempuan yang dilihatnya) - Hadis sahih riwayat Muslim
Penjelasan: Rasulullah sendiri tuntut supaya suami setia pada isteri. Oleh tu para lelaki sekalian, jagalah pandangan anda supaya tak ternoda dengan fitnah wanita.
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)
Banyak lagi hadis pasal perkahwinan sebenarnya. Kalau bagi banyak sangat nanti korang tak dapat hadam pulak kan. Tapi, kalau korang nak jugak baca koleksi hadis berkenaan nikah, kahwin, jodoh. Bolehla ke sini: Bab nikah kahwin
Rujukan:
1. http://www.freewebs.com/alhadith/bab_nikah.htm
2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2536.0
Glosari: kebiri - buang alat kelamin
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
haha. nampak sangat ko sangap nak kawen lalalala :lari
@Red
nak kawen tu bukan sangap..tp tuntutan..kat hadis tu pon dah dinyatakan kan. jaga2 dgn pemilihan ayat anda. ngehh..
dan dan jejaka hangett ini memilih topik kawen. hhhmmmm... (",)
*kembiri & kebiri itu lain yek?
@blog-tips-kurus
dan dan ngape? kena ngn cik ke? hehe..rasana sama je. dah search makna dua2 tu kat google. hasilnya sama jugak..
wahh bagusnye segmen sapik ni.. banyak jugak hadis2 yg baru pestaim dengar.. kene menuntut lagi ni.. hehe
keh keh keh.. wa nak kembali dari bercuti bloging nmpk segmen ni.. tp cra yg lain dari yg lain.. keh keh keh..
namun.. topik yg ko pilih menimbulkan suspek dalam diri.. jeng3x~
ok, nak mndi sblum wat segmen dgn cara beta.. haha..
@Aretikz
wahh, aretikz yg kreatif nak masuk segmen ni. sure best la entrinya nanti. takpe2, dah siap nanti aku terjah. hehe..
Wee! Pasal kawin! suka suka! muahaha! :D JT duk cerita pasal kawin ja? jemput makan nasi minyak nnti :rokok
urmm...uhuk2...BL kurng sikit kepastian bab2 kahwin ni...hehe ingat2 lupa je...
alang2 JT dah buat pasal ni, BL nak tnye klu kita sendiri tak usaha dan harapkan jodoh tu dtg hingga ke tua, camna plak tu ye?? [boleh dikatakan memilih gakla...any komen??]
mana tau kot2 JT terbaca kat mana2, or ade opinion sendiri kan...huhu, its ok klu jt tade komen pasal ni...
bagus-bagus,,belajar jugak dalam munakahat dulu. ingat nak join jugak lah klau berkesempatan nih.
Assalamualaikum.. amboi jt nak kawen dah ke? xsangka jt join, suatu penghargaan yg sgt besar.. banyakla semenjak bila tah aku jadi retis.. btw terima kasih sebab menyertai..semoga kita sama2 dapat manfaat dari segmen ni.. amin :)
secara rasminya segmen dah tutup jam 11.00 tadi :)
bagus segmen ni..berkongsi menda2 ilmiah macam ni la yg lebih baik kan..thanx JT dengan perkongsian ilmu hadis ni..^_^