Tak lama dah. Kurang 24 jam je lagi perhimpunan Bersih yang dah lama dirancang akan sampai kemuncaknya. Agak mendebarkan juga. Adakah perhimpunan tu tetap akan diteruskan walaupun dah diberi amaran keras, sekeras-kerasnya oleh polis?
Jalan menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur pun akan disekat esok. So, kepada siapa-siapa yang rasa nak masuk ke Kuala Lumpur esok, hati-hati la ye. Tak cukup dengan polis. Dengarnya, askar pun akan dikerah bagi mengawal keadaan pada hari perhimpunan tu nanti.
Okey, kita recall. Apa yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 ni sebenarnya?
- Menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih.
- Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai.
- Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya.
- SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi.
- Menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil.
- Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.
Dalam 8 point kat atas ni, aku paling setuju yang dibold tu. Media memang sistem paling utama kerajaan kita sekarang ni mengekalkan kekuasaan mereka. Kelemahan pembangkang asyik ditonjol-tonjolkan. Haish..
Lawak-lawak menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai 2011:
Lawak 1: Beribu laporan polis terhadap perhimpunan Bersih.
Orang yang takde kena mengena pun nak jugak berkumpul. Pastu berarak ke balai polis untuk buat laporan. Polis dah pun alert pasa hal ni. Apa kes nak tambah-tambah lagi laporan sampai beribu? Aduii, mencapap nak masuk TV ke?
Lawak 2: Patriot the Hero
Patriot ni terdiri daripada pemuda UMNO yang nak jadi HERO, menggesa perhimpunan Bersih ni dibatalkan. Sebelum Bersih berkumpul, diorang dah berkumpul dulu buat kecoh. Siap dengan t-shirt sendirian berhad lagi (tak pulak kena tangkap ek?). Pastu sekarang, berebut dengan Bersih. Nak dapatkan Stadium Merdeka masa hari perhimpunan nanti..!!
Tiada sebarang permit akan dikeluarkn.
Penganjur Bersih menolak cadangan Menteri Besar Selangor untuk berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam. Tapi, mereka tetap bergesa untuk berhimpun di Stadium Merdeka. Polis pun dah tekankan, bahawa tiada sebarang permit akan dikeluarkan atas nama Bersih.
Agaknya, lepas ni adakah sistem politik negara kita akan berubah? Atau masih akan ditakuk yang sama? Beats me. Tiada perubahan akan terjadi. All hail to barisan. Grr..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
Bila semua orang sibuk dengan hal politik, siapa pula yang hendak ambil kisah dengan masalah pencemaran udara yang kritikal di Pulau Pinang? Katanya rakyat di dahulukan...
tadi kawan btau ada gimik polis tangkap orang dG..warna kuningkan...macam-macam...
still blur~
negara kita mengikut acuan kita sendiri,jt. ape perlu bbuat demontrasi seperti ini semata2 nk mengkritik? bila dh sume nk berhimpun,kita tgok je la nti ape akn jadi...
nk tnya dgn jt,korg mmg dh xnk ke kerajaan yg handle negara kita ni..btul2 nk pembangkang jgk ke? even kemajuan kita x sedrastik negara lain,tp kita ade perancangan kn? lau selepas ni kerajaan x amik alih,adekah pihak pembangkang yg akn amik alih? so,sape yg akn jdi pemimpin kita pas ni?
adekah org cina? adekah org india? nk suruh anuar ibrahim ke? OMG!..
lau kaum lain yg amik alih tapuk pimpinan,agak2 melayu x ditindas ke?
korg x rasa ke disebalik perhimpunan bersih ni agenda lain? x rasa emlayu ni dpermainkn ke jt?
lau berita yg noona baca selama ini,tidak betul so berita mana lgi yg boleh dipercayai? berita yg jt baca tu boleh dipercayai ke?
noona xtau negara kita nk jdi apa lgi pas ni,x sudah2 dgn masalah.. ade je yg nak digembar gemburkan..
harap2 x jdi pe2 la nti..amin.
jangan memperbodoh dan menakotkan rakyat dengan anasir yang tak betul...mmg media semua pro kerajaan...tapi kenapa rakyat masih memilih pembangkang?
tepuk dada tanya iman :)
sudah terang lg bersuluh..haha
bile gov buat cmni mnampakkan kbodohn mreka sndr..
na kte bdoh da jd pmpin pon..
nmpak sgt tkt,, =='
bile manusai da jd buta oleh kuasa n kekeyaan,cmni la jd nye ==;
mungkinkah akn berulang pristiwa 13 mei ??
muhahahaha XD
klau kerajaan betul2 ok, knp kne propa sangat nk halang bersih? nampak sangat berat sebelah.
erm takutnye semua pasal bersih bersih bersih....
http://rosmimarazak.blogspot.com/2011/07/support-fantastic-moment-studio-new.html
@noonaQQ
komen noonaQQ persis spt apa yg disampaikan oleh TV3..jgn kata tak tgk drpd sumber lain selain tv3 yek. =p
tak kisah la lepas ni sape pn yg pegang. masih barisan ke. asalkan sistem politik lepas ni lebih adil. tak berat sebelah.
kan tu yg dituntut oleh Bersih. bukannya perjuangan bersih tu suruh gulingkan PM, jatuhkan kerajaan skrg pn. haish..
assalam....siap ada jam countdown.hehehe...Bersih nie mula2 org2 peguam bukan melayu kan yg mulakan...
Wakaka.. jam countdown tu canggih. hehe..
Tapi care ngo patriot di tubuhkan mmg bijak tuk counter attack bersih. keh3..
Blh bg pendapat tak? (nak jgk kan? koh3..)
Pendapat crow, perhimpunan bersih wajar di adakan. Ini bg melihat demokrasi dalam dua pihak. Iaitu pihak rakyat dan pihak berkuasa. Rakyat berhak untuk berhimpun sesama rakyat. Pihak berkuasa hanya di tugaskan untuk mengawal.
Jadi jika rakyat mencemar akhlak di luar kawalan barulah tindakan blh di ambil. Bukan dengan cara menggunakan kuasa polis atau tentera untuk menerjah kumpulan rakyat berhimpun.
Sesetengah membuat laporan polis. Sedangkan bersih belum lagi berhimpun. Ini dah kira tuduhan palsu yg melulu. Kat sini kewajaran hak tu dah di cemar.
Ah. pendek kate. Polis tak beri permit pada bersih, sebab mereka pro kerajaan. wakaka. Larik!!
(^___^)
arrayah.info - Demonstrasi Khilafah 2.0 berjaya bukan Bersih 2.0
Ramai yang konfius ngan Bersih 2.0 . Tujuan dia untuk dapatkan Pilihanraya yang lebih adil bukan mengguling kerajaan .
"Eh ! Kenapa kau merokok ?"
"Aku merokok supaya anak aku tak merokok"
yup2 setuju ngan touya.. orang nak pilihan raya yg bersih dan telus je.. bukan nak suruh tukar kerajaan ke ape.. tapi kalo nak tukar pe salahnya. wakakaka.. aku nak jadi pm.. agaknya baru noonaQ boleh duk diam kot.. :D