Orang mandul tu apa? Mandul tu orang yang tak boleh mendapatkan anak. Tak kira suami atau isteri. Jika salah seorang mandul, maka anak pun dah boleh dihasilkan.
Itu pemahaman kita semua tentang mandul kan?
Tapi, istilah mandul yang ditafsirkan oleh Rasulullah lain pula definisinya. Perkongsian ni dibuat oleh khatib dalam khutbah Jumaat semalam.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda:
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?
Berkata para sahabat:
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata:
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
Ada anak tapi mandul
Kau bermegah ada anak ramai. Bangga anak kau artis terkenal. Kau tak peduli dia buka aurat, tayang badan sini sana. Anak kau tak tau apa-apa pasal agama bukanlah urusan kau. Kau puas hati, asalkan anak kau dah cukup berjaya di dunia.
Iya, memang kau ada anak. Tapi, hakikatnya kau mandul. Mandul sebab anak-anak kau langsung tak bagi faedah kat kau pada hari akhirat kelak.
Ingat, selain ilmu yang bermanfaaat dan amal jariah, doa anak-anak yang soleh juga adalah tiket untuk kita masuk syurga.
Tapi, kegagalan kita dalam bimbing anak ke jalan yang diredhai jugak boleh membuatkan kita dicampakkan ke dalam neraka. Tak takut ke?
Anak amanah Allah
Anak adalah amanah Allah bagi kat kita. Yang tak semua orang dapat. Sebab tu kita kena hargai dan syukur bila dikurniakan anak. Anak harus dibentuk melalui garis panduan yang Allah dah tetapkan.
Tahu tak korang. Anak-anak harus diajar solat ketika dia berumur 7 tahun. Dan kalau dia mencecah 10 tahun, tapi masih berdegil tak nak solat. Anak tu haruslah dipukul. Tapi dengan tujuan untuk mengajar, bukan untuk mencederakan.
Sayangkan anak di tangan-tangankan. Garang sikit takpe. Jangan bila dia dah besar baru nak suruh solat, pakai tudung. Dah liat. Takdenya diorang nak ikut. Melentur buluh kan lebih baik dari rebungnya. Begitu jugak manusia.
Hm, agak-agak korang la kan. Adakah korang nanti akan termasuk dalam kategori 'mandul' yang dikatakan oleh Rasulullah? Harap-harap tak la ye..
Pautan entri:
http://masjidannursaujanautama.webs.com/komunitimasjidannur.htm
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
sindiran paling mndalam.btul, skrg ni bkn stkt bangga anak2 jadi artis, mak bpak nenek dah bcucu pun sebok nak naik pentas
ouh. baru tahu apa maksud mandul yg sebenar.
citer pasal ni. teringat biology.
tgh study sal reproductive system.
fuh. tak habis2 dari semalam bace. :babai
nak sambung baca balik. :(
Kalau anak angkat yang sentiasa doa kan kita lepas kita pergi pun kira tak mandul, kan.? :apa
anak lelaki pon kena tau aurat mereka.. :-)
istilah mandul tu tak jaga anak betul betul ke? anak yang mandul hmm
tak tau plak pasal nih. hope tak tergolong dalam kalangan yang mandul nih, doa anak soleh tetap ada untuk ibu bapa diorang.
harapnye sy tak mandul dr dua2 kefahaman..
dano pun harap juga.....
betul2... MCJ doa2 lah semoga tatkala ada anak nanti doakan bile mcj dah tak de nanti.. huhu
hmmmmm... memang betul cakap bro hangat ni... (hehe hangat kepanasan)
anak itu adalah rezeki kita... bukan nya membebankan kite...
sayangkan anak tangan-tangankan lah mereka...
aku kadang-kadang sedih bila tengok sesetengah ibu bapa maki-maki cikgu sekolah sebab cikgu tangan-tangan kan anak mereka... sebab anak mereka suka wat hal/nakal kat sekolah... dah anak buat salah mmg patut la kene tangan-tangan...
jangan dimanja-manja sangat... nanti jadi anak ku sazali pulak... bila dah besar lawan bapak... cerita anakku sazali tu mmg banyak pengajarannya...
p/s: harap2 bila aku kawin nnt aku dapat anak lelaki sebab anak perempuan susah umpama menjaga lembu 10 ekor... baik ternak lembu.. hehe... tapi kalau dapat nak wat camna kene terima dah rezeki kan... huhu
Nauzubillah,ada anak tapi mandul .tu lagi sedih.
Assalam...nie 1st time aku tahu ada jugak keadaan mcm nie...rugi jerlaa buat anak ramai2 klo sorg pun x de nk berdoa utk kita...baik buat anak lembu dan kambing...boleh gak jual...kih3
izin copy...^^
Kali pertama dengar ni. Ada anak tapi mandul. hmm... tapi bab harta rasanya x de yang mandul??