Perempuan versus Lelaki. Isu yang tak kan pernah selesai sampai bila-bila. Mesti ada je benda yang perempuan tak puas hati kat lelaki, dan jugak sebaliknya. Lelaki dan perempuan masing-masing cari kesalahan sesama sendiri.
So, kat sini aku keluarkan dari perspektif lelaki dan perempuan. Alasan-alasan yang biasa digunakan kedua-dua belah pihak. Kenapa perempuan benci lelaki, dan kenapa lelaki benci perempuan?
Sebab-sebab perempuan benci lelaki..
1. Kecewa dengan lelaki
Dikecewakan ni skop paling luas. Biasala, perempuan yang terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam perhubungan pasti akan frust menonggeng bila dia ditinggalkan, lebih teruk lagi dipermainkan. Masa ni la ayat standard perempuan "lelaki semua sama, teruk".
2. Lelaki pemarah
Lelaki ni masa awal-awal kenal tak nak tunjukkan perangai sebenar. Bila dah ada ikatan, baru nak tunjukkan yang dia cepat naik angin, suka maki hamun, dan kaki pukul. Perempuan memang benci lelaki yang pemarah (walaupun dirinya pun suka marah-marah =p).
3. Lelaki tak matang
Biasanya, lelaki lambat capai kematangan berbanding perempuan. Perangai lelaki yang macam budak-budak membuatkan perempuan jelik, dan menyampah pada lelaki.
5. Lelaki tak faham perempuan.
Sebagai perempuan, mesti la nak tumpuan daripada yang tersayang. Tapi, lelaki ni selalu buat tak endah. Masa mengorat dulu bukan main caring. Sekarang, contact seminggu sekali je. Benci la dengan lelaki ni (Eh, menjiwai betol aku ni. Ahaks..)
6. Lelaki ego
Kalau berbincang satu hal, asyik lelaki je nak menang. Ego, tak nak kalah. Perasaan perempuan selalu diketepikan. Asyik perempuan je kena mengalah. Eee, mencik..!!
Jarang jumpa lelaki yang betul-betul anti dengan perempuan. Kalau ada pun, alasannya tak banyak. Alih-alih, alasan yang macam ni jugak lelaki bagi:
Sebab-sebab lelaki benci perempuan..
1. Perempuan obses
Perempuan ni, bila dah minat kat satu-satu benda mesti obses. Contohnya minat kat Aaron Aziz. Asyik Aaron Aziz je yang keluar dari mulut dia. Lelaki dah la tak suka bila perempuan puji lelaki lain depan dia. Menyampah..!!
2. Perempuan tak faham lelaki
Lelaki rasa dikongkong. Tak bebas. Asyik kena mesej, kol selalu. Tau la nak perhatian. Tapi tak kan orang nak keluar dengan kawan-kawan pun kena sambil mesej jugak. Rimas..
3. Perempuan cepat tacing
Bila ada salah faham sikit, merajuk, nangis. Ini la perempuan. Asyik nak kena pujuk. Lama-lama lelaki boleh rasa bosan dan jelik. Sekali-sekala tak pe la lagi. Bila dah selalu, selamat tinggal la Juliet. (Hal ni jadi alasan biasa lelaki tinggalkan perempuan).
4. Lelaki benci perempuan sebab..
Sebab perempuan tu minat lelaki yang sama dia minat. Euwww, geli gay..!!! Haha..
Harapan dalam perhubungan..
Entri ni bukan dibuat untuk melaga-lagakan antara lelaki dan perempuan. Tapi, realiti dunia. Lelaki dan perempuan masing-masing cari kesalahan sesama sendiri.
Sepatutnya, dalam perhubungan, jangan terlalu mencari kesalahan. Tapi, bila kita rasa ada kekurangan, cubalah sedaya upaya untuk perbaiki diri kita. Pada masa yang sama cuba belajar untuk terima kelemahan pasangan kita.
Kita bukan mengharapkan 100% kesempurnaan dalam perhubungan. Tapi, sekurang-kurangnya kita sama-sama berusaha menuju kearah kesempurnaan. Itu lebih baik..=)
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
Persefahaman tu penting kn... kita kena faham dia... dan dia pun kena faham kita... kena terima keburukan atau kelemahan dia seadanya sbb dia gak yg akn teman hidup kita...
Kekurangan dan kelebihan pasangan adalah pelengkap hubungan.
Persefahaman dan keserasian juga sangat perlu.
Terima dia seadanya,tiada manusia yang perfect..!
rasanya point lain dlm pempuan tu bley masukkan skali dekat "Kecewa dengan lelaki"
kalau kite tgk semua tu, semua ade link dgn sikap, mcm jt ckp "perempuan yang terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam perhubungan", so bile die dpt tau laki tu bersikap mcm tu, die mula la rasa kecewa.
kalo sebut psl sikap, lelaki pon tak suka pempuan bersikap seperti diatas. tetapi lelaki dia ade mindset sendiri, sbb tu laki hanya mlyn je kekadang, tapi ade antara lelaki yg dok melayan kerenah pempuan ni sbnrnya die nak cari yg betul2 serasi dgn diri die,so jgn heran kalo lelaki byk pasang cwgn, tu bukan sebab die tak setia, tapi die nak cari yg betul2 die bley buat teman. btw. pempuan pon ade yg gini gak, cuma kurg dpt jumpa..
just my thought..
biasa la tu jt oi..sudah lumrah manusia suka sgt bnci mmbnci..ada org ckp bnci tnda sayang btol ke tu?..klau spanar bnci jt,adakah itu tndanya spanar syg jt :syg :lari :hihi..
lelaki adkalanya tak blh mmhami wanita dan mcm tu gak sbliknya..tpi jika bcinta,setiap orang perlu memahami dan mnrima kekurangan seadanya,jgnla bnci mmbnci..tpi klau blh dlm sesuatu prhubungan prshbatan,jgnla bnci mmbnci sbb klau kita bnci,takkan bwa kita ke mana..
peliknya semua perkara Nagatif diatas akan bertukar Positif apa bila seseorang itu bertemu dgn CINTAnya .... waaaaaaaa hebat betul ciptaan tuhan kan ....
SMTI...( Saya membaca tampalan ini.)
:angguk
sume ade perspektif masing2..so try la faham ape yang disukai n tak disukai oleh pasangan masing
cewahh~
kelebihan sseorang melengkapi kekurangan yang dimiliki pasangannya xD
lelaki benci lelaki or perempuan benci perempuan lak??hoho
tak ada benci2 lah tak kira lelaki ke perempuan..sama je..salah satunya kenangan silam dan kecewa dalam hidup atau kenangan pahit..dah gaduh2 dalam perhubungan tu biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit ni pulak antara manusia..hahaa blog ni dah putih balik..sebab? review la keputusan mana terbaik,putih ke hitam..d
lelaki gay????!!
muahahahaha
btw dalam perhubungan tu kenalah saling memahami ^^
sebab2 leleaki benci perempuan~~ yg no 4 tuh..hehe adakah...
seperti yg sedia maklum..
lelaki = 9 akal dan 1 nafsu
perempuan = 1 akal dan 9 nafsu
point aku kat atas tentang 9 berbalas 1 kat sini bukanlah nak kata yg lelaki itu lebih bijak..tetapi ini lah cara mudah untuk menggambarkan perbezaan lelaki dan perempuan..
dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang..
-Cara berkomunikasi
-Cara berfikir
-Tahap kepekaan dan perasaan
-Tanggapan
-Tindakan dan perbuatan
-cara mempamerkan kasih sayang
-Kehendak mempamerkan kasih sayang
-Kehendak dan pengharapan
-Cara mempamerkan penghargaan
-Cara dan tahap pengorbanan
-Cara dan daya khayalan
-Daya pengamatan dan konsentrasi
-Cara dan pengisian doa
dr. Hm Tuah Iskandar cakap: Emosi lelaki ibarat getah,manakala emosi perempuan ibarat ombak.
ni bererti lelaki lg senang bawak berunding dari perempuan..
patutla kat kolej aku dulu ramai je perempuan berpuak-puak, geng ni ngata geng tu la mcm2 la..
mungkinla sebab lelaki ni xde proses datang bulan..
Jadi Ilmu islam tu memang cantik..dalam bab munakahat(nikah) kuasa lafaz cerai hanya ada pada suami..kalau la letak pada kuasa perempuan..mesti ramai menduda..ha ha ha
xyah tunggu kawin..tgk time kapel cukup, selalunya awek yg mintak putus kalo gaduh..dah terbukti..
tapi lelaki pun bila dah sampai 9 akal..banyak pulak akal nak auta kan.. baik lelaki baik perempuan sama2 kena tolak ansur.. peace!
hahhaa..terbaik entry nih..apapun, aku single sekarang dan aku betul2 benci gurl yg macam gf lama aku..hahahaha
rasanya sebab lelaki bencu perempuan sebab perempuan cepat tacing tu betul..kadang2 kita tak tau pon salah kita tapi diorang je yang terasa lebey....huhu
Suka statement last tu.. Hahaha.. Lelaki benci perempuan sebab lelaki tu pun minat kat lelaki yang perempuan tu minat! Jyeah! Memang betul..
:angguk
p/s word 'mencik' tu yg xley bla..ahahhaha
Fuyyoh!! Aku dah jumpa doc love baru! Boleh lah kongsi saham aku, papehal, aku serah costomer aku kat ko je, Jejaka Terhangat. Boleh.?
Fuh~ memang bernas gituh ulasan n pandangan.
:bagus
x suka benci membenci..lebih2 lagi kalau melibatkan pasangan kita..terimalah apa saja kelemahan dia..terima dia sedanya diri dia..kan? :)
x da benci membenci pun.. sume boleh dibawa berbincang...^^
tp, bile dia ckp dia nak ruang kita dah bagi... nanti dia ckp kita x bagi perhatian kat dia pulak -____-"
terbaik haha
setuju!!!
sbb laki tu playboy>??
hahahaha
alasan last tu suka i..haha
ada betul ny jgk..
masing2 kena ada persefahaman..
anyway, sy x obses ya? hehehe..
lelaki dan perempuan saling melengkapi.tak perlu nmpak kekurangan pasangan. ada baik kalau saling memperbaiki kelemahan diri. :)
Takder pulak aku dengar perempuan benci perempuan atau lelaki benci lelaki .
HAHA , lawak gila yang " Sebab perempuan tu minat lelaki yang sama dia minat. Euwww, geli gay..!!! Haha.. " tak boleh blah weyh ! LOL xD
aceceh..sejak ade aweks ni...da pandai yerk... :malu
saling membenci tp hakikatnya saling memerlukan each other.. org kata benci lama2 bleh bertukar jd syg.. hihi ^^
hehehe..lawak la JT..saye tersenyum sorang2 depan komputer ni..nak gelak kang opismate kata saye gile..dah la curik tulang jap ni..hoho..
biase la tu kan..lelaki seteru dia pompuan..gaduh2 pun tetap saling memerlukan..ye dak?
err..kalau lesbo dgn gay tu tak tau la nk cakap ape..@_@
lol..
serius xleh blah tapi masuk akal..
hmm, ak skang nih tengah baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus.. Serius buku nih wajar di baca oleh semua orang sebab penting ntk kita memahami orang yg berlainan jantina dengan kita x semestinya ntk berpasangan dgn dia, tp dalam bisnes pon boleh juga guna teknik dalam buku tuh..
haha.. terfikir jugak nk buat entry lebih kurg mcm ni sbelum ni..
hhmm.. buat apalah nk saling membenci antara lelaki dan perempuan sedangkan sepatutnya kita saling melengkapi.. kan..
tak perlu nak benci sangat kan;) dah memang lelaki dengan perempuan:) dan sebaliknya..heee~
Salam.. Persefahaman n tolak ansur plg penting.. Trus trang pon sama.. X puas ati trus trang n perbaiki ap y ptt.. InsyaAllah okay
Eeee, kenapa lelaki nak benci perempuan sebab perempuan cepat tacing? X setuju okay =_____=''
kalau tak tacing, dia nak buat apa? mengamuk ke? Haha, manangislah melambangkan dia seorang perempuan. Airmata perempuan bukan bermaksud dia perlu dibenci.
Andai kata lelaki benci perempuan kerana cepat tacing, well hey guys, jangan cari perempuan okay :)
K, thanks, bye, assalamualaikum.
*awal2 x bg salam lak, lupa la JT :)
*sory ter-Emo :)
*lama x singgah blog JT, peace ^___^
fuhhh mantopp suma point2 tuh kan...CG pon dlu pnah wt entry psl girl vs boy gak..mcm xsudah ada ja yg nk prtikaikn..best entry neyh,.. wlcome back JT :bagus
p/s : blogger itu dh kmbali ke identitinya..haha! :idea
p/s/s : komen sapik mmg best n CG agak setuju dgn pndpt sapik.. :mop
nice info!:)
Panasss gila isu nii uui. Tp kan pereempuan kan mmg sensitip sbbtu dia cepat tacing :D
OH btw ada entri baru, do visit http://lullabyspecialdia.blogspot.com/2011/07/lelaki-pilihan-perempuan-jeng-jeng-jeng.html
salam Jumaat. terimakasih follow ai. ai follow u2. Nak komen jugak!
Jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang.
“You complete me” – itulah realiti hubungan..
Bantuan diperlukan.
LIKE & paste referral http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/aku-mahu-menjadi-ratu.html
kalau semua perempuan dan lelaki dalam dunia ni saling membenci, alamatnya takdelah istilah percintaan dan perkahwinan..kan? :)
hahaha..
setuju jgk la..
tp gay ?
wakakakaka ~
haha betul2 setuju2 dua2 sama je sebenarnya..hihi
nice entry...(^_^)
im read! haha.. segala-galanya benar belaka.. tapi bukan semua.sila percaya.. ahaha
Lelaki benci perempuan sebab dia gay? hahahaha.yg tu bleh disangkal tu..haha.geli ah dgrnya..
sikit2 merajuk ...hmm biarlah
nak tambah2
laki meluat sebab pompuan material sgt
pempuan mmg cepat tacing , tapi tak semua . EHEHEHEHE
haha :)
artikelnya bagus :D
Haha.sokong artikel ni. :D
agreed with some facts..hehe:)
nombor satu, tiga dan lima...sebab kenapa saya benci boyfriend saya =.=''
that's why pompuan kn belajar faham lelaki dan sebaliknye..perbezaan lelaki dan perempuan (mars vs venus ) -p
@khairul akmal azman
Aku setuju... dulu mula belajar mengurat... susah nak dapat sebab jalan kaki tapi bila beli motor dah ada dah yang pandai menjeling... bila beli keta.. tak tahan pula diurat... JEJAKA PERASAN.. ha ha ha
Kalau nak bercinta, kena lah berani amek risiko. kan?
kena sama sama memahami pasangan lah. orang kata time sayang kentut bau wangi, time benci nampak bayang bayang pun tak hengen. hikhik manusia -.-'
hah, lelaki pun asyik nk mesej je tetiap masa, pe kes?
risau takut awek lari ke?
hairan jgak aku!
-curious-
hehe . setuju3 :)
Tapi kan bf saya ni sorang lembik tak cergas dia sebenar atittude os hanging loose asyik saya bilang baru ikut asyik saya guide dia mcm dia saya ni mak dia atau kakak nya. Dia ni mcm tak ada ideas saya bynk msin peranan kadang kala saya pun silap dan mengaku kesalah i mean human not perfect in d world. Dia lambat tapi iklhas dgn saya baik. Dia bukan gay. Susah tapi saya bersabar selama 4 tahun kenali di. Kalau bole mcm nak give up cari yg lain aje.