Tips Memanfaatkan Pakwe Korang Secara Maksimum

Korang sedang bercinta? Pakwe korang sangat sayangkan korang? Bagus-bagus. Dah namanya berkapel. Kena la manfaatkan pakwe tu semaksimum yang mungkin. Kalau tak, rugi je la berkapel. Ye tak?

So, kat sini aku ada tips yang baek punya, untuk perempuan. Baca ni:


Tips Memanfaatkan Pakwe Korang Secara Maksimum


1. Dapatkan kredit percuma

Cara ni senang je. Bagitau kat pakwe korang yang korang nak berubah. Nak jadi seorang makwe yang lebih romantik. Yang lebih kerap wish selamat pagi dan malam kat dia.

Bagitau dia jugak, tapi malangnya bulan ni korang sengkek. Takde duit untuk topup. Jadi, perubahan tu mungkin korang tak dapat dibuat.

Lepas tu tunggu je. Tak lama lepas tu, mesti topup sekurang-kurangnya RM10 masuk kat henfon korang. Nice..


2. Dapatkan hadiah kegemaran pada hari lahir.

Korang suka beg tangan mahal, jam, atau kasut berjenama? Owh, jangan risau. Masa besday, korang akan dapat semua tu. Caranya, pastikan seminggu sebelum besday korang sebut2 barang yang korang nak tu setiap hari.

Contohnya, ckp camni:

"Tadi ai jalan tengok ada gurl pakai kasut hush puppies, suka sangat. Kan bagus kalau ai pun ada".

Esoknya, mention lagi barang yang korang nak tu masa berborak dengan pakwe korang. Tapi, pastikan guna ayat lain pulak.

Hadiah besday korang dah jelas. Korang bakal dapat barang yang korang sebut-sebutkan tu. Kalau nasib korang baik. Dengan anak anjing (puppies) sekali dia hadiahkan. Terbaek..


3. Makan percuma.

Cara ni pun sama juga macam yang pertama tadi. Bagitau padanya, bulan ni korang sengkek. Nak makan untuk diri sendiri pun kena berjimat. Kena selalu ikat perut. Bagitau jugak yang "mee sedap" jadi makanan kegemaran korang setiap malam.

Bila dah bagitau macam tu, korang tak payah risau kena keluar duit bila dating dengan dia. Confirm dapat full sponsor. Makan dia bayar. Lebih untung, tengok wayang pon free. Sape tak nak weh..


4. Free transportation

Korang malas nak drive, atau tak nak naik transport awam untuk pergi dan balik kerja? No worries. Sms je pakwe korang, bagitau yang korang tak sihat. Kalau drive sendiri takut boleh eksiden. Pakwe korang mesti offer penghantaran percuma untuk korang punya la.

Bagi sesiapa yang kapel satu kolej lagi best. Gunakan alasan sama. Free-free pakwe korang jadi drebar pergi dan hantar korang balik kelas. No sweat at all. Best kan?


Orait, tu je tips yang aku boleh share setakat ni. Kalau rajin, nanti aku post lagi yek. Jangan risau la. Kaedah-kaedah atas ni dah terbukti berkesan secara saintifik.

Tapi, kalau pakwe korang mintak clash lepas korang amalkan tips ni jangan salahkan aku pulak. Nanti aku padankan muka korang lagi. Kehkeh.. Selamat mencoba. Larikkk..!!! =p


p/s: Sape takde pakwe, tak payah sedih2. Dosa korang (zina mata, zina hati, dan lain-lain) 'mungkin' kurang sedikit berbanding yg berkapel. Tahniah2..=)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

35 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...