Kau kata masalah itu berpunca disebabkan kesilapan kau. Kau akui kau silap. Bagus. Sekurang-kurangnya kau tak ego. Kau tahu salah sendiri.
Tapi, aku nak kau tahu. Ramai orang yang mengaku salah, tapi tak cuba untuk berubah. Tak cuba untuk jadi lebih baik. "Tiada manusia sempurna" dijadikan alasan untuk dia terus khilaf.
"Yela, aku salah. Maklumla, mana ada manusia sempurna kan?"
Aku tak nak kau jadi seperti itu. Harapan aku cuma kecil. Kenal kesilapan kau. Teguran orang kau ambil. Gunakannya untuk terus perbaiki diri.
"Tiada manusia sempurna". Iya, lagi sekali kau betul. Tiada manusia sempurna. Namun begitu, berusahalah. Perbaiki diri.
Bukankah mendekati kesempurnaan itu lebih baik daripada kau jadikan "tiada manusia sempurna" sebagai alasan untuk terus buat kesilapan yang sama?
p/s: Kelakar bila ditegur untuk tutup aurat, tapi dia tak nak berubah sebab katanya tiada manusia sempurna.
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
setuju dgn JT.
kita dah tau kita tak sempurna tapi kenapa kita taknak berubah? adakah kita sekadar tau sebut saja tanpa dalami betul2 maksud tu sebenarnya?
fikir2kanlah...
betul.
memang kita tak pernah sempurna tapi kita disuruh untuk perbaiki diri agar jadi lebih baik. :)
paginye makanan rohani JT..:)
Assalam JT, betul2..ramai yg ngaku tpi sekadar ngaku...
byk benor setan duk gayut kt hati ye, sampai susah nk berubah ke arah kebaikkan...:)
ayat tu memang selalu guna..... hueee.....
manusia tak sempurna, tapi manusia adalah sebaik-baik kejadian. jadi sila jangan gunakan alasan ni.
sekian.
huhu btol .tp kalau x di sengajakan boleh la d terima kn JT??? kalau sj2 buat silap nk ckp semua manusia buat kesilapan mmg omg la .... tp ada gk kadang tu kesalahan dia lakukan melampau2, bole cakap dgn sng setiap manusia buat silap. kau tahu benda tu mmg sah2 silap.. emo btol... geram mnusia cmtuh ! patut ke d maafkn??
as salam..
▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
yeah.
tiada alasan sebaik alasan untuk berubah ke jalan-Nya. hanya mereka yang takut melihat gambaran diri yang tak indah akan berdolak dalik..wallahu'alam..
Blogger Ter-buta Dari Nama Pena Sendiri
Berubat Dengan Minyak Wangi Ka'abah
Dan ada juga bila di tanya,
" Bila lau nak bertudung ni."
" Ehm, tunggu aku buat solat istiqarah dahulu."
Ler, apa punya bengong tah. Benda yg memang wajib, tak perlulah nak tunggu petunjuk hatta hidayah. Cam kes artikel ni juga, memang betul tiada manusia yg sempurna tapi sampai bila kau nak terus jadi tak sempurna? Sila fikir yer.
setuju sgt2 smpai tk boleh nak cakap ape dahh..
sangat setuju dengan entry ni..
dan jangan gunakan pelbagai alasan untuk tak bayar hutang orang mcm pendekar berkuda..
JT..
entry panas hati lagi..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/07/entry-sangat-sakit-hati-kau-memang.html
insyallah sy cuba perbaiki..
alsn nie lbeh baik :idea
ape punye jawapan daa... kalau berubah tutup aurat pun belum sempurna lagi...banyak lagi yang boleh di perbaiki
mmg kite tau yg kite bukan manusia sempurna. and disebabkn tu lah kite kena perbaiki diri kita. kan.. untuk menjadi yg lebih baik..:)
tapi kalau bab hukum kena patuh la..memang manusia ni banyak kesilapan dan tidak sempurna..oleh itu perbaiki sikit2 tak boleh berubah mengejut dan mendadak..sikit2 dia berubah inshaallah dia akan berubah kepada yang lebih baik,
nice one bro,
tapi sebenarnya manusia ni ego. masih nak menang walaupun ternyata berbuat salah. selalu kata tak apa. aku sendiri pun macam tu. bila kakak aku tego cakap shawl aku jarang aku balas ala sikit je jarang. bila akak aku diam aku pun dalam hati mmg rasa dia betul mmg aku salah, tapi ego jugak haishh!
memang pun ada manusia tak sempurna dan banyak kali melakukan kesilapan yang serupa..kita boleh je nk elak dari cakap semua manusia pernah melakukan kesilapan..
cuba hindarkan diri dari melakukan kesilapan,bila nak buat suatu perkara tu mungkin boleh fikir banyak kali sebelum buat jdi nanti tak de la melakukan kesilapan kan?..pe spanar cakap ni?..
spanar pun ada juga buat salah tapi tak pernah terlintas di fikiran pun nk cakap semua manusia pernah melakukan kesilapan..spanar cuba perbaiki balik kesilapan tu,dengan mengkaji balik salah yang telah spanar lakukan..
dan dengan itu,selepas ni cuba untuk tidak melakukan kesilapan sama lagi..
ayat standard ho? aku bukanlah manusia yang sempurna.. dan xda manusia yg xdak melakukan kesilapan.. tp satu kesilapan kalau mnusia itu tidak brubah, dan lawan bg ksmpurnaan adalah cacat cela.. dan yg kurang itulah hendak diperbaiki ^_^
Tanda-tanda kehidupan akhir zaman, banyak yang tertipu dengan lisannya sendiri..apa yg diucap hanya di lisan,dan tidak pernah sampai ke hati apa yang di ucapkan...
Asal ada lidah,semua boleh berkata manis..tapi jarang orang yg berkata bersama akhlak dan cuba muhasabah diri...
kita selalu cari alasan dan selalu tidak berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik...
Frasa "tidak semua manusia sempurna" tidak wajar dijadikn kekangan untuk manusia terus melangkah ke arah kesempurnaan itu.. :)
every1 is perfect in their own impefection. tak salah utk mnjadi smpurna wlupun kita tak pernah akn smpurna. skurng2nya kita brusha utk mgurangkn ketidak smpurnaan lnsung itu.
entry neh sesuai tok Tought Friday (^_^)
nanti Jumaat depan,join la..same2 meriahkan
dah tau tak sempurna, tp xnk berusaha menghampiri kesempurnaan..
kenapa nk trus kekal mcm tu..
alasan.. alasan.. alasan..
aisehh.. trasa jugak aku.. :D
manusia tak sempurna tu betul...tapi jangan kerana ketidaksempurnaan tu menyebabkan kita sentiasa buat salah dan tak pernah nak mengaku..mmg silap
aku tak faham, kenapa entri kita banyak yang lebih kurang sama.. adakah kita adalah kembar yang telah lama terpisah.?? o.O