Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique

Task 1: Buat entri bertajuk "Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique"

Woah, dah lama si Jejaka Kacak Terhangat tak join kontest. Tapi, kontest kali ni kena join. Pasal aritu dah terlepas sekali. Kali ni, kontest anjuran Abdul Farique takkan aku lepaskan begitu saje. Kehkeh..


Kontest ni tak susah pon. Apa yang korang perlu buat adalah kutuk dan kritik blog beliau. Macam best kan? Hadiah pon lumayan woah. Meh kita tengok apa yang Abdul Farique tawarkan kalo korang dapat kutuk blog dia dengan jayanya:

Hadiah Tempat Pertama
1) Wang Tunai - RM70
2) Topup Prabayar Maxis,Digi atau Celcom* - RM30
3) Feed Blog Di ruangan Side Bar Selama 15 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda di Entry Terbaru Aku selama 8 Kali


Hadiah Tempat Kedua
1) Wang Tunai - RM30
2) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM10
3) Feed Blog Di Ruangan Side Bar Selama 5 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 4 Kali


Hadiah Tempat Ketiga
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM30
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 2 Kali


Hadiah Saguhati - 2 Pemenang
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM5
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 1 Kali

Amacam? Dah berpinau mata tengok hadiah tu? Apa lagi, jom la join. Ngehh..


Task 2: Search '' abdul farique '' di google image

Inilah hasil google image "Abdul Farique". Mari kita touch up sket kasi nampak menarik:


Header Blog Semasa Abdul Farique



Galeri gambar Abdul Farique hasil "google image". - by Jejaka Terhangat


Okey, simple quiz utk korang. Jawab ni..



...Klik gambar untuk jawapan..


Task 3: Kutuk dan Kritik blog Abdul Farique.

Orait, part ni yang best. Kehkeh.. Sebelum kita kutuk-kutuk, apa kata kira angkat dulu blog brader ni. Pujian ni untuk Abdul Farique (AF)..


1. Template cun

Template blog Abdul Farique cun, smart. Warna template pun agak unik dan menarik. Orang masuk blog AF, akan rasa kelainannya. Bila dah masuk rasa macam tak nak keluar pulak. Kehkeh..


2. Sistem komen yang baik

Sistem komen blogger kat blog ni yang diubah suai, iaitu "reply to comment" memudahkan komentar balas komen dengan lebih efficient. Komen yang dibalas oleh empunya blog pulak berwarna lain. Macam ni lebih senang nak bezakan komen tuan blog dan pengunjung. Good job..



3. Penulisan superb

Dalam blog, ada 2 jenis penulisan. Yang pertama, penulisan yang mudah pembaca nak faham. Kedua, penulisan yang kadang-kadang, penulis sendiri tak faham. Dan, tahniah sebab AF termasuk dalam golongan yang pertama. Entri-entri AF banyak yang menarik.

Antaranya:

a) Mengawal Kemarahan , Kebencian Adalah Amalan Mulia
b) Ubat Tonik Hilangkan Tension / Stress


4. Shoutbox di page lain.


Bila tekan gambar "shoutbox" kat tepi blog AF, akan muncul page baru. Ramai yang komplen, kata cara ni tak bagus, susah orang nak tinggal jejak.

Tapi, sebenarnya cara ni banyak "advantage"nya. Antaranya, spam dan load blog dapat dikurangkan. Pastu, cara ni jugak kita boleh kurangkan orang komen kat shoutbox. Agak annoying bila orang tak komen kat entri, tp komen kat shoutbox. So, sesiapa yang komplen pasal shoutbox kat page lain tu. Abaikan je diorang. Kehkeh (gelak jahat).


Orait, puji sikit-sikit sudah la yek. Nanti kembang, susah pulak. Ahaks.. Tiba masanya untuk kritikan. Terimalah ini wahai Abdul Farique.

Kritikan Jejaka Terhangat terhadap blog Abdul Farique:

1. Header dan konsep blog tak match.

Header blog Abdul Farique (seperti di gambar atas entri) tak dinafikan, memang cun. Header yang ceria. Tapi tak berapa "match" dengan tagline blog AF, iaitu "Riwayat Seorang Insan Hina". Tagline kedengarannya suram. Tapi header dah tutup kesuraman tu. Tak kena kan?


2. Iklan leaderboard tak best.

Kat blog AF ni ada DUA iklan leaderboard (iklan header). Satu kat atas (adverlets), satu lagi kat bawah header. Yang kat atas sekali tu sape nak view? Takde orang pon.

Kedudukan iklan leaderboard yang sesuai adalah kat bawah header. Oleh tu, letak je dua-dua iklan tu kat bawah header secara selari. Contoh, macam kat blog Ben Ashaari. Tak nampak serabut pon. No problemo.

Contohnya macam ni:


Iklan leaderboard disusun selari. Ok je kan?


3. Like button terlalu rapat dengan entri.


Like button dengan entri takde jarak ke? Guna la line break <br/>, supaya like button dengan entri dapat dijarakkan sikit. Kan lebih kemas gitu. (Cerewet tak aku? Hal kecik ni pun jadi poin. Ahaks)


4. Meter pageview tak relevan

Orait brader. Tak payah kot nak guna blogger pageview letak kat situ. Takde sape nak tengok pon. Kalau nak tau analytic blog, better gunakan Hitstats je. Lagi best, dan tak memberatkan.


Tak relevan. Kasi ganti dengan Hitstats.

Ni pun sama. Kalau meter tu dah diganti dengan hitstat, yang ni tak diperlukan lagi. Kasi campak je jejauh. Ngehh..



5. Blog archive tak efektif

Blog archive (Hasil Karya Ku) kat blog Abdul Farique gunakan "dropdown menu". Cara ni tak bagus sebenarnya. Orang lagi suka klik pada benda yang nampak. Oleh tu, untuk blog archive better gunakan "Hierarchy" supaya visitor lebih senang nak belek-belek entri lama kita.

Kalau hierarchy tu panjang sangat. Boleh pendekkan. Gunakan la scroll box. Tutorialnya boleh tengok kat [ sini ].


Takde punya orang nak klik ni untuk belek entri. Percayalah.!!!


6. Amende ni??


Haha.. Yang ni aku tak tau nak komen apa. Pasal aku tak tau apa motif AF letak banner tu kat sidebar blog. Citcat dot com tu port AF ngorat-ngorat ke. Siapa tahukan. So, agak-agak kalau dah tak pakai. Kasi buang jela banner tu yek. Macam agak menyemak je ada kat situ. Kehkeh..


7. Bloglist tak adil

Ni yang aku nak komplen lebih ni. Cuba tengok kat bloglist Abdul Farique, bawah sekali. Apa ni, bloglist lelaki takde gambar thumbnail kat entri. Kat bloglist perempuan ada pulak. Ini tidak adil. Melebihkan perempuan ni. Kami nak jugak.


Sila jelaskan kenapa ketidakadilan ini berlaku? Grr..

Kehkeh, ni saje je. Terpulang kat Abdul Farique nak buat camne pon. Aku sendiri pon faham. Normal la lelaki melebih-lebihkan perempuan kan? Kehkeh..


8. Entri SEO tak best..!!

Okey, ni aku nak bebel sikit. Sekarang blog Abdul Farique lebih berkonsepkan Search Engine Optimization (SEO). Pandangan peribadi aku, entri SEO adalah bosan. Kita tak kan dapat pembaca tetap kalau asyik guna entri SEO.

Iye, memang SEO penting supaya kita dapat banyak trafik daripada "google search". Tapi, ia tak menjamin jumlah komen kita akan meningkat. Bukankah komen tu yang penting, yang bagi kita semangat untuk terus berblog?

Okey, cuba bandingkan entri Abdul Farique yang bercorak pendapat (macam contoh yang aku nyatakan kat atas tadi) dengan entri SEO. Entri mana yang lebih dapat sambutan? Berdasarkan jumlah komen, pasti la entri AF yang bercorak pendapat tu kan? Entri SEO tak mampu berikan "wow" kepada pembaca. Sebab tu ianya bosan.

Macam aku kata, Abdul Farique ada skill menulis entri yang baik. Agak sia-sia kalau blog hanya tumpukan pada entri SEO. Secara peribadi, aku lebih suka blog Abdul Farique yang dulu. Yang berkongsi pengalaman hidup, dan perkongsian motivasi yang mampu berikan faedah kepada pembaca.


Tambahan dari Jejaka Terhangat..

Okey, kat sini just nak bagi saranan je. Kat ruangan tab menu, tambahkan "SITEMAP". Dan tambahkan search button kat sidebar blog. Kedua-dua ni bertujuan untuk memudahkan kita dan visitor untuk mencari, dan selak balik entri kita yang lepas-lepas.


Task 4: Like Fanpage Abdul Farique

Aku dah LIKE facebook fanpage Abdul Farique. Korang pulak bila lagi? Meh sini meh, Like, Like. Jack Sparrow, jangan lupa like ok? Ahaks..


Like Abdul Farique kat sini. Nak like kat blog dia pun boleh.

Task 5: Tag seorang blogger.

Uiks, sorang blogger je tak cukup bos. Meh aku tag ramai-ramai sikit.

1. The Crow (tag faveret aku. kehkeh)
2. Fariq Scorpio
3. Farhan Al-Jitrawi
4. Pejuang Cinta
5. Datin Berseri

Orait, yang ditag ni sila la rajinkan diri join kontest ni yek. Hehe.. Mana yang tak ditag, korang pun boleh sertai jugak. Klik je kat [ sini ].

Tarikh tutup kontest: 9 OGOS 2011




*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

26 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...