Media Tak Semestinya Betul

Kesian. Ada sorang kawan aku ni pemikiran dia terlalu suci. Aku bagitau dia, berita kat tv tak semestinya betul. Pastu dia balas camni:

"Laa, dah benda tu keluar kat berita TV. Mestila benda betul. Takkan berita nak tipu pulak kot"

Okey, tu bukan suci sebenarnya. Tapi naif. Fakta diputarbelitkan pun dok terima je.

Dulu, masa aku kecik-kecik. Aku pun berfikiran yang sama macam dia. Tak kan la berita kat tv dan surat khabar nak tipu rakyat. Fakta yang media keluarkan mestila daripada sumber yang sahih. Apa la. Ada jugak nak pertikaikan berita kat TV. Ish-ish..

Tapi tu dulu. Sekarang, bila meningkat usia. Aku dapat fikir sendiri. Media adalah business. Diorang akan buat macam-macam cara untuk tarik penonton, pembaca dan hits. Sehingga ada yang sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan sendiri.

Contoh paling senang adalah Harian Metroseksual. Setiap hari mesti nak jadikan seks sebagai muka hadapan. Taktik murahan untuk tarik pembaca. Itu semua business. Untuk kepentingan media tu sendiri. Korang tak ragu ke, asyik berita seks je hari-hari. Sohih ke sumber yang diorang dapat tu?

Dalam politik pulak. Tak kira la korang pro kerajaan ke, pro pembangkang ke. Kedua-dua media korang kena dengar dan nilai sendiri mana satu yang lebih bernas dan berasas.

Kalau media kerajaan, mesti la asyik menangkan kerajaan je. Kebaikan kerajaan diangkat-angkat. Pembaca berita tu pulak dok tersengih je masa bacakan berita tu.

Bila baca pasal keburukan pembangkang pulak, mula la buat muka toya. Haish, rasa macam nak tujah-tujah je muka pembaca berita tu. Bikin panas betol..!!

Kesimpulannya, apa yang korang dengar daripada berita, jangan terlalu cepat percaya. Buat research dulu. Kalau tak, hidup-hidup je korang diperbodohkan. Ngerti?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

21 comments:

  • memnag media skang banyak yang tak betul kalau nak diikut kan. tapi tu la. kita ni sebagai pembca kena tahu beza la. jangan main hentam je baca. pandangan mata tidak selalunya betul. sekian :syg

  • stju :angguk
    media skung xbleh pkai..
    pro gov

  • benar... media sekarang sgt susah nak percaya... kena buat research kat tenet baru tahu berita yang disampaikan tu sahih ke tak... like this entri...=)

  • haah... kdg2 semuanya putar belit je... pernah jugak ahli keluarga masuk surat khabar... Amal pun penah :malu..

    tapi ape yang kita tak cakap pun dia tulis jugak.. kalau setakat edit mana yng patut takpe.. ni pegi tambah2 lak. ape la

  • dulu hana pun macam tu senang je pecaya berita kat tv n paper..
    tp sejak dah tau teknologi ni mula la cari sumber lain...
    jgn mudah percaya bulat2...
    kalau pasal keburukan kerajaan mmg xde sape akan dapat lihat kat tv..
    semua nye baik2 belaka aje..
    so rerajin wat research tuk wat comparison..
    =D

  • Yer. saya ngerti JT. Waaa, cool ler background hitam ni. Tak sakit mata membaca. I like.

  • media kalau dah ada propaganda tok sah percaya la...semua ada kepentingan..tak kira pihak belah mana?

  • ohhhh lupa macam dah bertukar template je..azam baru ke jt?

  • :angguk

  • hehehhe orang yang ada akal & fikiran dia bole tau semua berita2 dalam tv tu banyak yg tak betol dari btol kan

  • tp hairan.. masih ramai yg percaya bulat2 dgn media2 kaki fitnah tu..

    kita yg muda2 ni, kena la bijak gunakan internet dan sumber lain..

  • bro JT : itu sebab lah sebarang berita x kira lah dari paper ke online ke apa pun ai sekadar baca, amek tahu dan x percaya bulat²...sekadar pengetahuan dan tahu isu semasa...('',)

  • berita ni tgk bahagian sukan bley la.. :D


    erk.. tadi bley lak komen gune akaun kak diana.. wakakaka.. :D

  • solihin zubir!! okay fine.. betol 2 jt.. asek dyorg je btol.. waaagghh

  • trbaik bro..betul tu..kalau asyik percaya je media, lama2 diri leh jadi bodoh..sbb yg bagi info tu pun bodoh, nak tipu rakyat

  • kwn aku ckp, sedara dia wartawan. sedara dia tu dibayar untuk sampaikan berita yang tak betul. eh, bila blog jt bertukar hitam??? heee

  • wahh..sampai ada yg dibayar utk buat cerita yek. bahaya jugak media skrg ni..

    err, blog ni baru je bertukar ke hitam. dlm tempoh percubaan lagi ni. hehe..

  • tak suruh percaya mane2 pihak, baca dua2 dan nilaikan sendiri. jgn baca 1 je, lepastu terus amek bulat2. tu bodo namenye

  • Aku sokong!! mentor aku pun selalu dok pesan, "kau percaya.? buat research dulu. kalau dua dua fakta match, baru lah percaya".

  • uuh.. setiap brita kna selidik.. ^_^

    kawan aku ckp, dua brita jak yg korg boleh pecaya dekat newspaper.. satu sukan, satu lg, TOTO SPORT, itu konfom btul punya.. har3x~

    aku stakat ni msih rsa kehangatan tema ko yg dulu bro.. huhu..

  • semua tu provokasi je..kita sebagai rakyat yg bijak boleh berfikir yg mana betul dan yg mane tak betul kan?


    tapi tu la..ade je yg naif..ramai sgt..mudah terima bulat2 tnpa selidik dulu..tak kesah la tentang pembangkang ke kerajaan ke..kalau kite boleh berfikir bijak kite akan siasat dulu..tak terima bulat2 maklumat yg diberi..


    pasal media tu, rasanye kat mane2 negara pun memang akan lebih side ke belah kerajaan..kalau nak tahu tentang kedua-dua belah pihak dan nilai yg mana betul @ salah, pembangkang pun ade keluarkan paper mereka sendiri kan?macam harakah..tak pun cari je kat internet..berlambak..pastu baca dan nilai le..


    saye sendiri tak gemor baca paper dan dgr berita sgt..sebab saye tahu semua tu lebih kepada provok je..so cari maklumat sendiri..


    pasal politik memang terus terang saye kurang ambil tahu..sebab pada saye, kerajaan ke pembangkang ke masing2 ade agenda tersendiri dalam bidang politik ni..bagi saye politik sangat licik..takkan pernah bersih kot..heee..;p

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...