Showing posts with label harian metrosexual. Show all posts
Showing posts with label harian metrosexual. Show all posts

Wordiness Wednesday: Publisiti Murahan Metroseksual

20 comments 13 July 2011
Kehkeh, orang semua buat Wordless Wednesday pada hari rabu ni. Aku buat wordiness pulak. Wordiness asalnya dari wordy. Maklumla, aku ni rasa tak sedap je kalau entri bergambar aku takde penerangannya. Oleh tu, aku guna la wordiness ni. Kehkeh..

Publisiti Murahan Akhbar Metroseksual


Nampak tak? Bukan main bangga lagi akhbar Metroseksual dengan "biar betul" diorang tu. Publisiti murahan ni aku tangkap masa dalam bas, menuju ke perhentian putra, PWTC.

Bukan satu ni je. Tapi ada beberapa lagi poster "biar betul" yang diorang iklankan kat tiang-tiang sepanjang jalan tu. Tapi satu ni je yg dapat aku tangkap. Haish..

Biar betul #1: 6 GRO nenek
Biar betul #2: Janda bersuami 3
Biar betul #3: Jiran terlampau

Lebih kurang macam tu la iklan-iklan yang diorang pasang. Sangat murahan. Metroseksual, tolongla. Engko memang nak tanamkan benih seks kat pemikiran kami, rakyat Malaysia ni ke?

Kasi buang la iklan-iklan murahan tu kat tepi-tepi jalan. Memalukan Malaysia betol. Grrr..
Read On

Media Tak Semestinya Betul

21 comments 11 July 2011
Kesian. Ada sorang kawan aku ni pemikiran dia terlalu suci. Aku bagitau dia, berita kat tv tak semestinya betul. Pastu dia balas camni:

"Laa, dah benda tu keluar kat berita TV. Mestila benda betul. Takkan berita nak tipu pulak kot"

Okey, tu bukan suci sebenarnya. Tapi naif. Fakta diputarbelitkan pun dok terima je.

Dulu, masa aku kecik-kecik. Aku pun berfikiran yang sama macam dia. Tak kan la berita kat tv dan surat khabar nak tipu rakyat. Fakta yang media keluarkan mestila daripada sumber yang sahih. Apa la. Ada jugak nak pertikaikan berita kat TV. Ish-ish..

Tapi tu dulu. Sekarang, bila meningkat usia. Aku dapat fikir sendiri. Media adalah business. Diorang akan buat macam-macam cara untuk tarik penonton, pembaca dan hits. Sehingga ada yang sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan sendiri.

Contoh paling senang adalah Harian Metroseksual. Setiap hari mesti nak jadikan seks sebagai muka hadapan. Taktik murahan untuk tarik pembaca. Itu semua business. Untuk kepentingan media tu sendiri. Korang tak ragu ke, asyik berita seks je hari-hari. Sohih ke sumber yang diorang dapat tu?

Dalam politik pulak. Tak kira la korang pro kerajaan ke, pro pembangkang ke. Kedua-dua media korang kena dengar dan nilai sendiri mana satu yang lebih bernas dan berasas.

Kalau media kerajaan, mesti la asyik menangkan kerajaan je. Kebaikan kerajaan diangkat-angkat. Pembaca berita tu pulak dok tersengih je masa bacakan berita tu.

Bila baca pasal keburukan pembangkang pulak, mula la buat muka toya. Haish, rasa macam nak tujah-tujah je muka pembaca berita tu. Bikin panas betol..!!

Kesimpulannya, apa yang korang dengar daripada berita, jangan terlalu cepat percaya. Buat research dulu. Kalau tak, hidup-hidup je korang diperbodohkan. Ngerti?
Read On

Blog Jejaka Dah Jarang Update. Apa Ke Halnya?

18 comments 19 April 2011
Sori lori stroberi kepada pembaca setia blog Jejaka Terhangat (bajet ada pembaca setia je). Baru-baru ni aku kurang produktif sket. Erkk, bukan produktif menghasilkan zuriat tu. Tapi, kurang produktif menghasilkan entri.

Kalau nak kasi alasan sebab sibuk. Standard sangat tu. Lagipun, semua orang pon ada kebiziannya tersendiri kan. So, dengan jujurnya. Aku mengaku. Entri kurang dihasilkan sebab semakin hari aku semakin kurang idea. Ahaks..

Tu la akibatnya, ikut cakap blogger otai. Setiap hari 3-4 entri. Sekarang ni, idea dah kering. Tak tau nak buat topik apa. Padan muka dengan diri sendiri. Ngehh..


"Alah, update je la apapepon. Merapu pon takpe"


Kehkeh, sori lori stroberi lagi skali. Aku selagi mungkin nak jaga kualiti penulisan aku (aiceh, bajet blog berkualiti letew). Setakat merapu, update blog macam update status twitter or facebook. Terima kasih je la. Bukan cara aku kot.

Lagipun, aku agak menyampah orang update blog mcm update status. So, takkan aku nak buat benda yang aku sendiri menyampah kan?

Orang kata, banyakkan membaca membolehkan kita dapat banyak idea dalam menulis. Sangat betol. Mungkin sebab tu aku kekurangan idea dah sekarang ni kot. Sebab dah kurang membaca. =(

Nak membaca pon kena berhati-hati ye kawan-kawan semua. Pastikan benda yg kita baca tu sedikit sebanyak dapat kasi kita ilmiah. Jangan benda yang menjahanamkan kita. Contoh terdekat, muka depan Harian Metroseksual.

Oleh tu semua. Marilah kita rajin-rajinkan membaca. Kerana membaca itu amalan mulia. (Pesanan khidmat masyarakat).
Read On

Akhbar Harian Metrosexual Terus Berleluasa.

35 comments 12 February 2011
Cikgu: Apa akhbar nombor satu negara kegemaran semua murid2?
Murid2: Harian Metro cikgu..!!
Cikgu: Nama penuhnya apa?
Murid2: Harian Metrosexual cikgu..!!
Cikgu: Bagus semua. Mari kita mulakan kelas..
Ok2, aku admit. Lame introduction. Haha.. Bukan ape. Semakin hari semakin menyampah aku dengan Harian Metro ni. Asal weekend je, mula la punchline dia pasal seks..

Apakah akan jadi kalau kita bukak Metro online?..TARAAA..!!!




Ya, seperti biasa. Kita akan disajikan dengan berita seks. Satu kebudusan di situ. Banyak lagi berita yang meletop. Contohnya Hosni Mubarak letak jawatan ke. Ini, benda harem camni gak dia ke depankan..




Suara sumbang:

Wei, Jejaka Terhangat. Kau apa kecoh2. Lantak pi la diorang nak tayangkan berita apa pon. Pembaca pon suka apa baca berita macam ni..


Jejaka Terhangat jawab:

Woiit..!! Kalau nak pikir tu biar sampai 2-3 kali. Itu pon kat gambar berita tu aku dah HITAMKAN. Metro buat apa? Dia kasi blur je gambar tu. But still orang akan terbayangkan apa disebalik blurr tu..

Kalau orang mula terbayang, pastu sedikit sebanyak nafsu mula bergolak. Hari kita dimulakan dengan nafsu. Ini ke yang media kita nak kan? Aduiiyaii..

Sebenarnya, media jugak boleh mengawal tahap sosial negara kita melalui penulisan dan berita yang disampaikan. Tapi bila diorang meletakkan keuntungan melebihi nasib bangsa. Camnila yang terjadi. Sedih sekali..=(
Read On

Nafsu Abang Ipar Miang | Apa Kata Jejaka Terhangat?

20 comments 16 January 2011
Tajuk Berita: Nafsu Abang Ipar Miang.

Sumber: Harian Metrosexual (macam biasa ler).


Ringkasan berita:

Berita mengenai abang ipar yang "geram" dengan adik ipar dia. Dia berusaha menggoda adik ipar dia masa isteri dia pergi bekerja. Sampailah kemuncak, si abang ipar dah geram sangat, dia cuba utk merogol adik iparnya tu..


Ulasan Jejaka Terhangat:

Astaghfirullahalazim (istighfar dulu ye semua). Dalam kes ni nak salahkakn sapa? Abang ipar yang tak tahan? Atau salah adik ipar sebab tak report kat akak dia?

Benda macam ni sampai bila2 pun akan berulang. Patutnya manusia ni amik iktibar daripada kejadian2 lepas. Abang ipar dan adik ipar jangan dicampurkan sekali dalam satu rumah..

Dalam Islam, abang dan adik ipar (perempuan) haram bersentuh kulit. Tak boleh bersalaman. Aurat jugak kena jaga betul-betul. Aurat dengan abang ipar sama macam dengan lelaki ajnabi (yang boleh kawen). Takkan tak tau kot?

Tapi orang kita sekarang ada kisah pasal benda ni? Aurat ke tak, abang ipar diangap sama seperti abang kandung pulak. Salam tanpa lapik pon selamber je..

Untuk makluman ye, abang ipar boleh kawen dengan adik ipar selepas lelaki tu bercerai dengan isterinya. Sebab tu la abang dan adik ipar jangan disekalikan dalam sebuah rumah. Ngerti semua?

Mana yang Islam tetapkan, mesti ada sebabnya. Jangan salahkan sesiapa. Salahkakn diri sendiri sebab terus-menerus membiarkan diri dalam keadaan jahil. Sekian..


Nafsu abang ipar miang:

KUALA LUMPUR: Seorang abang ipar yang ‘geram’ melihat adik iparnya yang tinggal bersama sejak enam bulan lalu mengambil kesempatan mahu merogol gadis berkenaan ketika isterinya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Lelaki hidung belang berusia lewat 30-an itu dikatakan sudah banyak kali menggoda adik iparnya yang berusia 27 tahun itu termasuk berbogel di depannya, namun usaha itu tidak berjaya.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi di sebuah flat di Cheras di sini, mangsa bernasib baik daripada dirogol abang iparnya itu selepas melarikan diri sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Menurut sumber, cubaan merogol itu adalah pertama kali berlaku kepada mangsa, namun sebelum ini, suspek dikatakan berusaha untuk memikat adik iparnya itu.

“Pelbagai cara digunakan suspek untuk memikat mangsa, antaranya menunjukkan isyarat lucah termasuk berbogel dalam rumah setiap kali isterinya keluar bekerja.

“Mangsa yang bekerja di sebuah kilang berhampiran kawasan berkenaan pada mulanya tidak mempedulikan perbuatan abang iparnya itu dan cuba mengelak daripada bertembung dengan mengurungkan diri dalam bilik setiap kali kakaknya tiada di rumah.

“Bagaimanapun, suspek akan bertindak lebih agresif termasuk cuba memeluk dan mencium mangsa menyebabkan mangsa takut,” katanya.

Difahamkan, mangsa merahsiakan sikap miang abang iparnya itu daripada pengetahuan kakaknya bertujuan menjaga perasaan dan hubungan mereka.

Sumber berkata, sikap kakaknya yang terlalu mempercayai suaminya itu dan sering bercerita mengenai kebaikan suami kepada mangsa menyebabkan wanita berkenaan tidak sampai hati untuk mendedahkan penderitaan sedang ditanggungnya akibat sikap miang abang iparnya itu.

“Namun, dalam kejadian terbaru itu, mangsa tidak dapat menahan perasaan marah apabila suspek cuba merogolnya, tetapi berjaya melarikan diri,” katanya.

Berikutan itu, mangsa yang ditemani rakannya bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk membuat laporan..

Difahamkan, suspek ditahan Rabu lalu kira-kira jam 11 malam berhampiran kawasan rumahnya dan kini sedang direman lima hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


Rujuk sini: HARAM BERSENTUHAN DAN BATAL WUDHU
Read On

Harian Metrosexual: Akhbar Seks Terlaris Di Abad Ini

28 comments 08 January 2011
Apa akhbar harian faveret korang ek? Tettt, tak payah jawab pon takpe. Aku dah tau. Mestila Harian Metro. Ye dak?

Mana taknya, headline berita dia tak pernah cool. "Panas" je sepanjang masa. Tu yang menarik korang beli harian metro kan?

Eh, tak percaya plak korang ek. Cuba perhatikan dalam seminggu. Headline dia takkan terlepas isu seks punya..


1. Budak terlampau - aksi panas dua beradik. (headline dulu)

2. Klip video jiran terlampau - tonton video anak diperkosa. (headline harini)


Sekarang ni harian metro dah dicop sebagai Harian Metrosexual. Agaknya kalo takde isu seks, akhbar ni pon takde orang beli kot?


Nah, tengok screenshot MyMetro online harini:



Bulatan : Unsur seks dikesan.


Perghh, dahsyat kan? Bukan setakat headline je. Yang lain-lain pon ada berkaitan dengan masalah sosial gak, pasal seks. Memang mesra SEO dengan keyword lucah betol la harian metro ni..

So, sekarang ni tak payah la korang susah-susah nak sorok-sorok beli majalah playboy lagi. Harian Metrosexual kan ada. Ahaks..
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...