Bersyukurlah. Sesungguhnya Kau Tetap Beruntung

Siapa di dunia ni yang tiada masalah? Masalah. Setiap daripada kita pasti akan hadapinya. Samada kecil atau besar, ianya terpulang pada pencipta kita.

Bagi kau, masalah kaulah paling besar. Sepertinya di dunia ini, dugaan yang paling berat diberikan kepada kau. Kau maki hamun, mencarut, dan macam-macam lagi perkara tak elok kau luahkan, semata-mata untuk menzahirkan perasaan marah itu.

Kau mengeluh. Kau kata bosan dengan hidup ini. Kau juga kata, orang lain tak kan pernah faham apa yang kau rasa. Mereka tak dapat dugaan seperti kau.

Ketahuilah wahai sahabat. Sejauh mana pun dugaan, masalah yang kau hadapi. Pasti akan ada orang lain yang diuji, jauh lebih besar berbanding kau.

Kau kata berat dugaannya kematian ibu atau ayah. Tapi, tahukah kau ada orang yang langsung tak pernah jumpa ibu dan ayah kandung mereka sejak dilahirkan?

Kau kata, nasib kau malang sebab tak dapat lanjutkan pengajian ke menara gading. Tapi, tahukah kau ada orang yang seumur hidupnya tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan? Kemiskinannya menjadi halangan.

Walau seberat mana pun dugaan yang menimpa kau. Bersyukurlah kawanku. Sesungguhnya kau tetap beruntung..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

14 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...