Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Kenapa Aku Terketar Bila Tengok Perempuan Seksi?

36 comments 21 January 2011
Malam tadi aku pergi ke pasar malam dekat area rumah aku. Dah lama aku tak pergi sana. Sebelum sampai, aku ternampak perempuan pakai baju "adik" kat atas motor yg dibawa oleh lelaki. "Fuhh, apa nak jadi la aweks ni". Bisik aku sendirian..

Sesampai kat pasar malam. Terus aku cari kedai yong taufu, kedai yg selalu aku pergi. "Brader, kasi 5 hinggit ek". Aku order kat brader kedai tu. Sambil tunggu yong taufu aku siap. Aku perhatikan sekeliling..


Errkk..!! Dah lama aku tak pergi pasar malam. Malam ni baru aku perasan. Perempuan yg bertudung dan tak bertudung kat pasar malam same je jumlahnya. Yang bertudung pulak macam2 karenah..

Ada yg bertudung tapi ber-tshirt ketat. Bertudung, tshirt nampak tangan. Bertudung, tapi nampak dada. Boleh dikatakan hanya 1/4 drpd yg pakai tudung tu menutup aurat dengan betul. Itu pon makcik-makcik yg dah berusia..


"Ya, Allah". Hati aku mengomel. "Tak ke diorang ni takut dengan azab Engkau?". Terketar badan aku bila tengok keadaan sekeliling..

"Ya Allah, agak-agak berapa banyak la dosa yg Engkau bagi kat aku sebab tengok aurat diorang ni?" Hati aku turut terketar. Dapat je yong taufu, aku terus start motor aku menuju ke rumah..


Banyak betol perempuan seksi kat pasar malam. Jadah menda pergi pasar malam pon nak tayang body. Sebelah rumah je pon. Sampai sekarang aku tertanya2..

Tak takut ke diorang dengan seksa Allah. Aku yg tengok aurat diorang pon terasa terketar bila teringatkan seksaan bagi perempuan yang nampak rambut. Diorang takde perasaan takut ke?


Sekilas, seksaan bagi wanita yang menampakkan rambut:

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan baginda menangis setiap kali mengenangkannya.

Salah satunya, baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Baca seksaan selebihnya kat SINI


Hmm, tak takut ke kepala mendidih? Aku yang lelaki ni pon dah rasa takut bila pikirkan azab tu. Errkk..!!!
Read On

Isu Tudung Takkan Pernah Selesai

53 comments 09 January 2011

Asyik-asyik tulis pasal tudung. Rasanya pembaca pon dah muak dengan isu ni kan? Tapi tu la yg berlaku, isu tudung takkan pernah selesai sampai bila-bila..

Semuanya berpunca sebab pemikiran manusia yg berlainan. Dan menggunakan 1001 alasan untuk menidakbenarkan nasihat orang lain..

Contoh alasan berkenaan isu tudung:


1. Tiada paksaan dalam islam.

"Islam tu sendiri pon tak paksa penganutnya. Jangan la paksa-paksa. Tak suka la i. Nanti keikhlasan tu datang, i pakai la tudung..OK?"


2. Trend masakini:

"Islam tak larang pon kita nak bertudung dengan fesyen. So, salah ke i pakai shawl berkalerfull macam pelangi ni? Pakai tudung salah, tak pakai pon salah. Susah la manusia ni. Ee, mencikk.!!!"


3.  Lambat lagi nak mati:

"I muda lagi. Bila nak sampai seru nanti i insaf la. Lagipun kubur masing-masing kan?"


4. Ditegur tak kena cara:

"Hey, nak tegur tu elok-elok la. Kalau tegur baik-baik i ikut la. U dah tegur paksa-paksa camni, siap aibkan i depan orang ramai. Usah harap i nak ikut nasihat u tauk.!! ?"


Islam tu mudah, tapi jangan kita permudahkan dan ambil mudah. Semua guidline pasal islam dah termeterai dalam al-Quran dan al-Hadith. Tak payah kita pandai-pandai nak ubah..


Contoh pemikiran yg khilaf:

"Tak kisah la orang nak pakai camne pon. Tudung ada tanduk ke, tudung "glow in the dark" ke. Asalkan orang dah pakai tudung. Yang penting niat tu kena btol kan?"


Tu la kesilapan manusia. Suka berfikir dan bagi conclusion ikut suka kepala otak sendiri semata-mata. Kita kan ada agama sebagai rujukan. Dalam bab berfesyen, tolong refer dulu pasal aurat dan tabarruj..

Jangan anggap "tak tau takpe". Sebab tu kita sangat dituntut utk pelajari ilmu agama. Kalo nak biar ilmu tu datang sendiri, sampai kiamat pon takkan dapat. Kalo info pasal artis, sanggup plak kita google search sedalam-dalamnya kan?

Manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Tudung semata-mata tak cukup. Mesti nak dilengkapi dengan berhias, berfesyen dan sebagainya. Dan sebab ni jugaklah isu tudung takkan pernah selesai..


Kunci utk hidup sejahtera:

Islam menuntut kita supaya bersifat bersederhana dalam apa jua keadaan..
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...