Review Paling Kreatif AzzaFirza

Wahhh, dah lama Jejaka Terhangat tak buat Follower BloG Review. Ada sebab-sebab tertentu yg tak dapat nak elak. Kalau ada kesempatan nanti, Follower BloG Review oleh Jejaka Terhangat akan disambung balik..

Okey, untuk entri ni. Blog review khas akan dibuat untuk beri laluan kepada contest "Review Paling Kreatif AzzaFirza" yg dianjurkan oleh AzzaFirza. Hadiah yg ditawarkan sangat berbaloi-baloi. Meh tengok sini:



Taraa.. Hadiah Utama = RM50 Topup + Hati Penganjur Sekali. ahaks..


Sebab join contest ni:

Aku join cntest ni sebab nak support contest yang dianjurkan oleh blogger lain. Secara tak langsung dapat merapatkan ukhwah sesama blogger. Haha, yo yo'o je. Of course la main event untuk menang RM50 tu kan. Ngehh..=p

Sebelum memulakan sesi review, jom aku ajak korang berlari-lari menggapai awan sambil berkenalan dengan tuan punya blog, AzzaFirza.


Nampak tak yg aku highlight tu? 4teen. Maksudnya fourteen, 14 tahun. Hah, terkejut??

Memang salute la kat cik Azza. Baru form 2 dah ada blog sendiri yg mantap. Aku dulu masa form 2 baru belajar pegang pc. Dok main game kat cc. Kadang2 terkedek2 chatting kat MIRC. Ahaks..

Tamat sudah mukadimah. Masa dah time utk aku mulakan sesi review blog cik Azza.




URL BloG - http://zaza96.blogspot.com/
Tagline - Single But Available (to Jejaka Terhangat only) haha..

Lepas dah go through blog cik Azza selama lebih sejam. Jejaka Terhangat klasifikasikan blog ni dalam kategori SUPERB..!!

Sebabnya, baca points ni:

1. Theme blog yang simple dan comel. Header pon comel. Tuan punya blog pon comel. Dengan kata lainnya, semuanya comel. Ngehh..!!

2. Blog tak berat. Best nak datang selalu. Takde sangat widget yang mengarut yg boleh buatkan blog lambat load. Bagus2..

3. Takde shoutbox kat blog ni. TAPI, korang still bleh mengayat tuan punya blog dengan add beliau kat facebook, twitter. Formspring pon disediakan bagi sesiapa yg berminat nak mengisi borang cari jodoh dengan cik Azza..=p

4. Bagi sesiapa yg tengah tangkap cintan pon sangat sesuai datang blog ni. Ada lagu romantik disediakan. Waahh, sangat sweet..!!




Klik "PLAY" utk Dengarkan OST BloG AzzaFirza


5. Berita baik utk beginner blog. Banyak tutorial blog yg sangat berguna yg cik Azza kongsi kat blog dia. Klik je kat "tutorial". Fuuhh, aku pon tak reti nak buat sume tu. Respek2..

6. Gaya penulisan cik Azza sangat mantap. Macam blogger otai dah. Bahasa SMS pun tak banyak. Senang nak paham. Pembaca tak lost fokus pon masa baca entri blog ni. Best2..!!

7. Ooo, cik Azza minat kat Ben Ashaari ek. Boleh kata semua segmen terbaru yg pakcik Ben buat cik Azza participate. Trafik mesti tinggi ni kan. =p

8. Jangan jeles dengan ranking blog cik Azza. Blog dia dah Page Rank 1 woah. Alexa Rank pulak pada kedudukan 3,477,813. Amacam, bleh tahan kan bagi blogger yg baru form 2..

9. AWAS utk copy cat dan kaki plagiat. No Right Click on this bloG OK..!! Padan muka korang. Haha..

Amacam, 9 points atas tu dah cukup kan nak membuktikan blog cik Azza memang SUPERB..!!


Tak percaya lagi? Meh tengok bukti survey bawah ni pulak.

Survey dibuat ke atas 1000 orang mengenai pandangan mereka terhadap blog AzzaFirza:



Keputusan survey:

100 peratus daripada 1000 orang pemaklum balas memberikan jawapan blog AzzaFirza "Sangat SUPERB".

Ha, nampak tak bukti kukuh tu. Tula, orang dah cakap tadi tak percaya. (hope ada la yang tertipu dgn survey ni). Ahaks..


Ucapan kepada cik Azza:

Tahniah kepada cik Azza kerana telah membuktikan pelajar sekolah rendah, eh sekolah menengah juga mampu utk berblogging. Usia bukanlah batu penghalang utk berjaya dalam dunia blog ni. Ye tak?

Tahniah lagi sekali dan teruskan usaha cik Azza. Semoga blog AzzaFirza akan lebih maju dari semasa ke semasa. Owh, tak lupa jugak, Selamat Menyambut Hari Lahir ye. Semoga dipanjangkan umur dan ceria-ceria selalu di Astro Ceria. Amin..!!


TAG 5 bloggers:

1. cik Iszmasz
2. Miela Tahril
3. Ina Haslina
4. cik Allya
5. Puan Maliana


DONE..!! Untuk maklumat lanjut pasal contest ni. Sila TERJAHH blog AzzaFirza yek. Sekian..!!


p/s: Ada sesiapa yg nak blog dia direview camni? Bagitau la kat komen yek. Ngehh..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

35 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...