Pasangan Pilihan Anda Sebaya, Lebih Tua Atau Lebih Muda..?


Anda sedang bercinta atau sudah berkahwin? Berapa beza umur pasangan anda. Adakah sebaya? Lebih tua? Atau lebih muda?

Kebanyakan pasangan di sekeliling kita, perempuan lebih muda daripada lelaki. Kenapa hal ini berlaku? Adakah lelaki muda tidak begitu digemari oleh wanita?

Meskipun begitu, masih terdapat segolongan wanita yang berfikiran positif. Mereka tidak kisah perbezaan umur pasangannya, dia akan terima seadanya. Bergantung pada jodoh. Umur bukanlah kayu ukuran, tapi cuma sekadar angka baginya..

Sebenarnya, umur bukanlah sekadar nombor. Tapi umur juga menentukan tahap kematangan seseorang itu. Biasanya umur yang lebih, tahap kematangannya juga turut bertambah. Tapi tak dinafikan, ada juga individu yang tahap kematangannya lebih awal daripada kebanyakan orang..


Kematangan Lelaki dan Perempuan Berbeza..

Walaupun umur sama, tapi tahap pemikiran lelaki dan wanita adalah berbeza. Ini kerana kematangan wanita lebih awal daripada lelaki. Sebagai contoh, wanita yang berumur 20 tahun sudah serius dalam perhubungan dan bersedia untuk berumahtangga. Tapi lelaki yang seusia dengannya masih memikirkan tentang keseronokan bersama kawan-kawan..

Perempuan sudah pasti inginkan pasangannya seorang yang matang boleh menjaganya dengan serius. Sebab inilah dalam tidak sedar, wanita biasanya lebih gemar mendekati lelaki yang lebih tua daripadanya. Termasuklah lelaki yang sudah berumahtangga..


Bagaimana pula kalau perempuan lebih tua daripada lelaki?

Wanita yang lebih tua biasanya bersifat "menjaga" pasangannya. Maksudnya, pasangannya itu lebih dikawal dan diperhatikan pergerakannya. Fenomena ini juga dinamakan "Queen Control"..

Namun ada juga wanita lebih tua yang bersifat lebih penyayang dan memahami pasangannya yang lebih muda. Contohnya, Saidatina Khadijah yang menjadi pembakar semangat kepada Rasulullah s.a.w dalam misi baginda menyebarkan dakwah..


Keistimewaan Wanita Memilih Pasangan Lelaki Lebih Tua:

1. Pasangannya lebih matang, dan serius dalam hubungan.
2. Lebih bekerjaya dan memiliki asas kewangan yang lebih kukuh.
3. Tidak banyak membuang masa untuk aktiviti yang tidak berfaedah.

Lebih tua yang dimaksudkan adalah perbezaan umur sekurang-kurangnya ENAM tahun..


Artikel ditulis sepenuhnya oleh: Jejaka Terhangat.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

38 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...