Contest ni dianjurkan oleh http://syuwaistory.blogspot.com. Untuk maklumat lanjut pasal contest ni sila klik kat banner JoZan kat atas tu ek..=p
Lawak yang aku pertandingkan:
Kategori: Lawak Serius (Berita)
Idea: Sepenuhnya oleh Jejaka Terhangat.
Tajuk: [Berita Hangat] Lebih 10 Ribu Gadis Negara Frust Menonggeng.
(Berita ni dipost sehari selepas perkahwinan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muzaffar Shukor)
KUALA LUMPUR: Pernikahan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos hari ini telah menyebabkan lebih 10 ribu anak gadis Malaysia frust menonggeng.
Ini berikutan mereka kecewa jejaka tampan idaman mereka tidak lagi berstatus bujang. Ada di antara anak-anak gadis ini yang berlinang air mata semasa menyaksikan majlis akad nikah buah hati mereka ini secara langsung di kaca tv.
Menurut Mak Peah, anak perempuannya menangis teresak-esak tak berhenti selepas mendengar berita bahawa angkasawan kacak negara akan berkahwin pada tarikh keramat 10 Oktober 2010. Dia bertekad tidak mahu makan walaupun puas dipujuk oleh Mak Peah.
Usaha memujuk anaknya untuk mengalas perut hanya membuahkan hasil selepas dia memesan set Pizza Hut delivery yang paling mahal.
Selain itu, terdapat juga kes di mana seorang remaja 18 tahun memecahkan televisyen yang baru dibeli ayahnya kerana tidak dapat menerima berita pernikahan itu.
Akibatnya remaja tersebut dirotan ayahnya di kepala sehingga menyebabkan dia hilang ingatan.
Justeru itu Perdana Menteri menyarankan agar semua gadis tanah air bertenang dan tidak terlalu mengikut emosi. Pihak polis juga diarahkan supaya berjaga-jaga sekiranya terdapat pertubuhan anak-anak gadis ini yang melancarkan mogok lapar secara besar-besaran.
* Ini adalah entri repost, dan diupgrade sket, khas untuk masuk contest ni. Post ni dipilih sebab dapat hit yg tinggi drpd pembaca2. Post asal kat [sini].
* Aku ada post entri ni kat forum. Yang lawak gilernya, ada forumer yg ingat berita ni betul2. Diorang siap menyumpah2 lagi pompuan yg frust menonggeng tu. Wakaka, tergelak guling-guling aku baca komen diorang..
Tag 5 BloGGers:
1. Cik S!L4H
2. Miz PiKoK
3. Onde-onde Hijau
4. the COnfuseMe
5. MoMo-ChaN
Hadiah supprise daripada:
Contest DeadLine: 11/01/2011
Contest DeadLine: 11/01/2011
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
syuwai dah baca yer.. mimang si0k >.<
best berita nih !
aduss..Pikok manela kretip. lawak jauh skali..
papepun time kacehh sebab tag..
perghhh..ni contest tercabar minda nie..
anyway thanks 4 tagging me :)
hohoho,, bro,,
semoga berjaya,,,
ade chance ni,,
waaa!! macam tu sekali ye respon anak2 dara frust menonggeng tgk dr muzapa kawen??? (wat2 muka kagum)
wardah takde feel pape pon tgk die kawen ngn dr haslina.. :D
neway, gud luck ye incik.. :D
ade chancee :)
klu la tul meme sengal pmpuan2 tu..huhu...
woahh... gud luck... huhu!~^_^
thanks sume..tak sangka ada gak kawan2 blog yg drop komen utk entri ni..uwaa..terharu bangat..hehe..
sape2 yg berkenan nak masuk tu pon jum la kita meramaikan majlis..
uishhh..smpai gtu skali..haha
jt..cmane nk wt lawak ni....idok nye reti.......
huwaaaa
adoiii sengal abis ni, adehhh :P
Terkini : Rumah Berbentuk Telur
lol ? apa masalahnya ?
belum sempat tulis sampai habis dah submit ... jap wat lain
lol ?apa masalahnya ? aku kan ada ? lalalalala
haha touya..aku ingatkan ko nak carik masalah ngn aku tadi. hehe..
mmg ar sedih tgk die kawin..haha.. tapi gelak kaw2 tgk kek kawin die.. hahahhahaha..