Apa Yang Perlu Dibuat Jika Hubungan Terputus...

Dalam bercinta tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan kan. Lebih lagi hujung tahun ni, breakup month. Bagi sesiapa yg putus cinta tu, tahniah Jejaka Terhangat ucapkan. Teruskan baca entri ni. Ahaks..


Apa yang perlu dibuat jika hubungan terputus:

1. Cari lagu sedih (break up song) yg sesuai.

2. Terus mengunci bilik dan menangis sampai mata bengkak.

3. Maki hamun kat boiprend yg kejam tinggalkan engko sbb pompuan laen..


Tettt, tipu je tu. Tapi biasanya point kat atas tu la yg biasa lelaki dan perempuan buat kalau putus cinta. Kalau korang memang ada buat camtu, rentikan la. Ikut tips yg ni plak..


Apa yang perlu anda buat jika putus cinta:


1. Nilai kesilapan diri sendiri.

Biasanya kalau putus cinta, manusia ni mesti nak terus salahkan pasangan dia. Kadang-kadang salah sendiri tak tengok plak. Nilai kesilapan, dan berusaha jadi lebih baik. Tu adalah yg terbaek..


2. Jangan terlalu bersedih.

Kalau putus cinta, anggap je takde jodoh dengan dia. Tanamkan dalam diri, anda akan dapat yg lebih baik drpd dia satu masa kelak. Jangan pulak dok layan perasaan dgn dengar lagu jiwang. Tahap despress anda pon akan jadi berganda nanti. Sebaliknya, buat sesuatu yg boleh buatkan anda hepi..


3. Jangan putus asa.

Jangan ingat dia dah takde, dunia anda pon dah berakhir. Banyak lagi bunga dan kumbang kat luar sana. Yang penting, belajar daripada kesilapan lepas. Dan perbaiki diri supaya salah yg sama tak berulang kat hubungan yg akan datang..



Kenapa Putus Cinta?

Biasanya putus cinta ni disebabkan lelaki yg bosan dengan sikap pasangan dia. Aku highlight kan kat sini "LELAKI MEMANG CEPAT BOSAN". Oleh tu, perempuan jangan terlalu mengada-ngada dengan pelbagai karenah jelik yg boleh buatkan pasangan anda berasa muak..

Contoh, cepat merajuk, terlalu meminta, mengongkong. Lelaki sangat tak suka sifat perempuan yg macam ni..

Dari pandangan perempuan pulak, lelaki yg biasa dibreakup kan oleh perempuan adalah lelaki yg terlalu ego. Tak pandai menghargai perasaan mereka. So, lelaki sekalian, control egoist anda kalau nak hubungan jadi lebih kukuh..


Fenomena Lawak Ketika Putus Cinta:

Masa bercinta bukan main lagi tulis kat status facebook. Dia aku punya, dia segala-galanya. Hatiku hanya untukmu sayang. Uwekk, org tengok status dia pon terasa nak muntah hijau..

Bila putus cinta, maki hamun plak lelaki tu. Jantan tak guna, tak cukup satu. Dasar bajingan. Fuhh, macam2 lagi maki hamun. Dah perangai suka mencarut camtu sah-sah la takde laki yg berkenan.

Sebab tu paling penting, nilai kesilapan diri sendiri dulu sebelum terus salahkan pihak yg lagi satu. Berubah utk jadi yg lebih baik utk hubungan akan datang. Tu yg terbaik..

Gud Luck semua.. =)


p/s: Jangan jadi songsang kalau putus cinta. Tanamkan niat cinta seseorang tu atas cintanya pada Allah. Nescaya akidah anda takkan terpesong..


Koleksi Tips Memikat Oleh Jejaka Terhangat:

1. Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1)

2. Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia (chapter 2)

3. Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan (chapter 3)

4. Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan (chapter 4)

5. Cara-cara Menghargai Pasangan (special chapter)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

41 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...