BloG Aku, Suka Hati Aku La..!!

Blogger Gurlz: Err mat, macam mana nak tarik orang masuk ke blog kita ek? Kesian aku, trafik takde la tinggi pon. Follower pon ciput je. Camne ek? Huhu..

Blogger Guyz: Hm, biasanya kalau nak trafik tinggi, blog pon kena berkualiti. Kena tulis yg best-best, baru ramai orang datang blog kita.

Blogger Gurlz: Oo, camtu ek. Kualiti blog tu camne plak?

Blogger Guyz: Yang ni payah nak terangkan. aku just bleh kata, entri kita kena penuh pengisian. Katakan nak ulas isu semasa, kena la sertakan pendapat peribadi yg bernas. Baru orang suka baca.

Blogger Gurlz: Hm, tapi aku lagi suka tulis blog catatan harian aku. Ala, macam diari tu..

Blogger Guyz: Eh, tak boleh camtu. Nanti kalau selalu sangat camtu, pembaca jadi bosan tau.

Blogger Gurlz: Nape tak boleh plak. Blog aku, suka hati aku la nak tulis ape kan?

Blogger Guyz: Errr, iyo lah makcik...

................................................................................................................

Ha, situasi kat atas tu la yg dinamakan, "blog aku, suka hati aku la". Bila trafik blog orang lain tinggi, dia jeles, nak trafik tinggi jugak. Tapi still tak nak ubah cara penyampaian blog dia..

Kalau nak pembaca datang blog kita, kita kena ikut kehendak diorang. Bukan ikut suka hati sendiri. Memang tak dinafikan, nak menulis blog ni kena syncronize dgn keselesaan diri..

Tapi kalau tulis blog just untuk suka,-suka, rasanya tak payah la terlalu mengharapkan blog meletop macam blogger otai yg lain..

Sebab tu semalam aku ada baca entri oleh Ben Ashaari: Jangan mengarut kalau takde idea.. Maksudnya, kalau dah buntu sangat pon, jangan merapu kat blog. Sebab ianya boleh jatuhkan kualiti blog kita..


Nasihat Jejaka Terhangat:

Menulis blog ni kena ada target, matlamat dan strategi. Utamakan kualiti, just matter of time, populariti tu pon akan datang dengan sendiri..=)


Baca kat sini sedikit tips nak tingkatkan kualiti blog:
ENTRI BERKUALITI ATAU TAK??



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

25 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...