Err, nak tanye sket. Betul ke "budi bahasa adalah budaya kita"? Bukan apa. Aku selalu perasan, orang kita ni kalau berborak, mesti nak guna bahasa kesat..
Lagi-lagi kalau dok lepak borak-borak dengan kawan-kawan. Setiap kali penghabis ayat je WAJIB disertakan dengan "bodoh". Tengah-tengah perbualan, sesedap rasa je selitkan "bangang". Kalau tak puas ati sket, mula la sebut binatang kesayangan diorang, "ba alif ba ya"..
Fuuhh, bertambah panas kalau yg cakap benda camni sekarang kebanyakannya perempuan. Tak caye try usha kat facebook. Asal gadoh rebut balak je guna bahasa lucah. Pastu siap sebut "benda" sendiri pulak tu. Adess..
Budak-budak pon tak terkecuali. Time tengah main guli dengan kawan-kawan, kalau tak sebut "bodoh" sekuat hati memang tak sah. Yang aku pelik, mak bapak diorang tak marah ke anak diorang suka mencarut. Kalau aku kecik2 dulu, confirm dah kena sumbat cili dalam mulut woah..!!
Vulgar language dah meresap masuk dalam setiap daripada kita. Malah dah jadi sebahagian daripada percakapan harian kita pun. Tu yang aku agak musykil sket, betul ke "budi bahasa adalah budaya kita?"
Atau slogan tu hanyalah target atau harapan kerajaan, supaya kita jadi masyarakat yg lebih sopan pada masa akan datang?
ATAU, adakah slogan tu hanya boleh digunapakai masa zaman dulu je. Tidak lagi boleh diaplikasikan sekarang..
Ada sesiapa yang dapat bagi buah fikiran tentang topik ni? Sila la dropkan komen korang kat bawah ni ye..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
hurm,, memang nyata benda tu...
nak nafikan pun memang x blh...sesetengah pemimpin kita pun terang2 menggunakan bahasa2 macam tu...apalagi ibubapa yang kerap memarahi anak2 dengan bahasa yang kurang elok,, jadi dengan itu anak2 secara x langsung terdedah dengan penggunaan perkataan tu...
and Me pun kadang2 terlepas cakap juga...apalagi masa marah...semua perkataan x baek blh kuar...huhuhu...
susah nak ckp,,
bnde ni dari dulu gamaknye,,
ni nak kate xblaja agama, kcik2 mak bpk dh ajar/anta,, so xtau cmne nak solve bnde cmni,, suruh diorg balik pada Quran dan hadith balik,,
yep..anda betul..
perempuan sekarang da pandai nk mencarut..xdinafikan..
lelaki pn sma juga ske cakap "lancau"..hmm..ntah la..budak2 sekarang dah len sangat..
@mOoN
rasanya susah nak jmpa orang yg tak mncarut skrg ni..tapi kalau ada kesedaran..kita boleh kurangkan..hope anak2 kita bukanlah kaki carut kan..
hope sangat2 JT...so,, kena improve diri dari skang....huhuhu...
@Fariq
dari dulu la kot..kat movie p.ramlee po bnyk guna bahasa cmtu kan..
@Miss Farah.
lelaki mmg daj sinonim dgn KASAR..perempuan pon nak jadi sama mcm lelaki, tu yg byk rosak tu. hope kita semua dijauhkan la drpd suka carut2 ni. tak paedah pon kn..
bukan kah melayu itu kaya dgn bahasanya?
Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom
ha tu baru filem,,
realiti ntah cmne la org2 time tu,
andai aku
huhu... tgk aje lah filem melayu macam mane... bkn ke skg ni digembar-gemburkan di sluruh negara artis adalah idol.. artis adalah role-model..... :D
itu slh satu cabang pengaruh yg mempengaruhi muda-mudi zaman sekarang kan...
itu la bila kita dah biasa amalkan benda2 macaam tu nanti dalam perbualan formal kita akan terbiasa plak..so kena berhati-hati!
latest entry : takutkan orang lebih dari takutkan Pencipta
budaya nenek moyang kita lah der
Assalamualaikum,budi bahasa budaya kita,sebenarnya budi bahasa dipupuk dari rumah,kalau elok percakapan mak ayah kepada anak-anak,insyallah eloklah percakap anak-anak kepada orang lain pulak,bercakap bodoh dan tidak sedap didengari bukan terjadi pada kanak-kanak,remaja bahkan lebih teruk kepada orang lebih dewasa,tidak matang dari segi berkata-kata,niat asal memang nak mendidik,tetapi didiklah dengan penggunakan ayat yang sedap didengari :),apa yang ayieblog tulis perkara yang terjadi pada diri sendiri :),bukan melihat pada orang lain,dimanakan sopan santun keadaban masyarakat timur dan uagama islam :).Walhal dalam agama mengejar kita bertutur kata yang elok,yang mana tidak menyinggung hati orang lain..
@suffer8zine
itu yg jadi kemusykilan aku..
@waRDah @ QiQi
haha..tu la..kadang2 malu je ngn family tengok cerita yg ckp "BODOH" kuat2 takde cover langsung..budak2 pon blajar drpd filem..
@Nur Areefah
yg paling penting budak2...dari kecik jgn la biarkan diorg suka ckp bnda kesat, carut2..kalau dibiarkan, bila dah besar, cnfirm jadi tukang carut..
@ohujan
hehe, ye ke..dulu2 je la bleh digunapakai ek..skrg tidak lagi?=p
@AyieBlog
ye..stuju sgt ngn bro ayieblog..adat ketimuran dengan keagamaan sumber kita utk jadi kesopanan dan kesusilaan..tp yg sedihnya, semua tu mula hilang selari dengan peredaran zaman.
Assalamualaikum,bro jejakaterhangit zaman tidak mengajar kita untuk menjadi seorang yang sopan,pokok pangkal tepuk dada tanya sama diri kita contoh sekolah,sekolah tidak mengajar seorang murid untuk menjadi nakal dan buat perkara tak ada faedah,tetapi manteliti masyarakat kita akan menyalahkan sekolah,begitu jugak pelajar ipt buat silap menyalahkan pihak ipt :),ingat pokok pangkal semua pada diri kita dan ianya dimulakan dari rumah,kerana proses pendidik juga berlaku dirumah :),rumahku syurgaku.. :).
yes,, i totally agree.. budi bahasa is not our budaya anymore... bahase terojak la pulak
bukan bahasa je.. budi pun da takde.. baru pg tadi sorang pompuan bertudung yg lengan baju siap ade cuff dgn kaki pakai stokin pompuan yg x nampak kulit dan muka xde calit mekap merah menyala MEMOTONG BARISAN lrt yg time tu ade 3 org je kot termasuk dia. jaga penampilan diri da ikut islam.. tp adab??? ceittt.. non-muslim pun reti queue la.. ke sbb tanak jd macam non-muslim maka perlu berlagak biadab? (mana tau terlebih kaji hadis yg pasal kita akan ikut kaum lain sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.. or pasal keperluan membezakan umat islam dgn bkn islam dlm pakaian etc. maka bila org lain beradab maka kita kena jadi sebaliknya?)