Sebenarnya, Tak Mudah Menjadi Blogger..


Ada orang kata jadi blogger ni senang je. Taip je ikut suka hati. Tak kisah ilmiah ataupun tak. Tak pun plagiat je, copy paste artikel surat khabar atau hasil kerja orang lain pastu publish. dONe, blogger lah anda..

Bagi aku, blogging tak semudah tu. Menulis blog ni antara kita buat pahala ataupun dosa. Ada blogger yang tak kisah tentang dosa pahala. Trafik lebih penting, asalkan post dia boleh diterima pembaca..

Contoh, gosip artis. Gambar perempuan yang tak tutup aurat ditayangkan kat blog. Sebenarnya kita dapat saham dosa sebab buka aib orang dan tayangkan aurat orang lain. Tapi, adakah kita pernah ambil kira pasal hal ni?

Ada jugak blogger otai yang kata, "letak gambar perlu utk menarik pembaca". Ada betul apa dia kata. Tapi tu tak bermaksud kita perlu letak gambar aurat orang lain bagi nak meriahkan blog kita..


Cuba korang perhatikan blog-blog islamik. Ada tak dia letakkan gambar perempuan tak bertudung, lelaki pakai seluar pendek? Jawapannya takde. Sebab diorang masih jaga adab dalam berblogging. Buka aib orang, tayang gambar seksi, tu bukan cara Islam..

Mungkin tu membuatkan blog diorang nampak skema. Tapi, sekurang-kurangnya diorang tak buat dosa masa berblogging. Malah, tambah pahala lagi tu. Kita pulak macam mana?

Tak dinafikan, blog ni pon kadang-kadang tak terlepas jugak drpd semua tu. Tapi, hope masa depan aku akan lebih hati-hati dalam pemilihan perkataan dan jugak gambar-gambar mahupun video yg nak ditayangkan kat blog Jejaka Terhangat ni..


Aku tak kisah kalau blog aku tak popular sebab takde gosip artis, takde gambar-gambar orang bukak aurat. Tapi yang penting, aku nak hasil penulisan aku diterima ramai. Ni adalah cabaran yg aku bagi kat diri aku sendiri..

Hope ada antara korang yg terpsiko dengan entri ni, dan renung-renungkanlah berapa banyak pahala dan dosa yg kita buat, cuma daripada berblogging. Sekian..!!!



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

53 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...