Drama Pecah Panggung: Ceritera Couple Budak Sekolah..

Drama Lagenda Budak Setan kita letak tepi dulu ek. Sekali lagi JT Brilliant Production mempersembahkan slot drama pecah panggung baru yg bertajuk, "Ceritera Couple Budak Sekolah". Jum kita layan..


Play OST drama ceritera ini..

Mak saya selalu pesan, blaja rajin-rajin sampai pandai. Jangan nak berkapel macam orang lain. Saya dengar nasihat mak. Saya anak yang baik..


Tapi kehadiran awak telah merubah segalanya. Walaupun awak kelas paling curut, tapi kecantikan dan keayuan awak selalu jadi perhatian saya.


Kadang-kadang saya gunakan alasan nak ke tandas untuk lalu sebelah kelas awak. Saya tau, awak perasan yg saya selalu curi-curi pandang awak kan?


Saya dengar cerita daripada kawan kelas awak yg awak suka lelaki macho. Tak suka budak skema macam saya. Hampa hati saya dengar penyataan awak tu tau..


Saya ketepikan segala kesedihan. Saya cuba beranikan diri untuk bercakap dengan awak. Tapi awak kejam, awak tampar saya sebelum saya sempat cakap apa-apa..


Awak marah saya kuat-kuat. Awak suruh saya cermin diri dulu sebelum cuba nak ngorat awak. Awak kata awak alergik dgn budak skema cam saya.


Saya tersentak. Awak tau tak, 3 hari 8 malam saya terpaku lepas dengar awak cakap camtu. Saya tak sangka awak akan marah saya macam beruk betina hilang anak.


Masa tu baru saya sedar. Kalau kapel dengan awak pon mesti hari-hari saya kena maki camtu. Saya pon terus amik buku dan study utk exam esok. Lagi paedah.


Pagi esok tu saya nampak awak kat pintu pagar sekolah. Penjaga pagar exam kata awak tak boleh masuk sebab takde slip exam. Masa tu awak menangis teresak-esak sebab slip awak hilang.


Saya terus masuk dalam sekolah tanpa pedulikan awak. Sambil senyum sinis saya kata dalam hati:
"Semalam aku belum sempat bagitau slip exam kau jatuh, kau terus tampar aku. Sekarang, padan muka sama kau. Kehkeh"


~TaMMaT~




PELAKON:
Sekema Boy - beruk jantan.
Perasan Gurl - beruk betina.

PENGARAH:
Jejaka Terhangat.

TERBITAN:
JT Brilliant Sdn Bhd.


Pengajaran:

Masa sekolah better focus kat belajar je ye adik-adik semua. Say no to couple. Orait? =)


Jom TERJAHH drama lain terbitan JT Brilliant Sdn. Bhd:

1. Drama Lagenda Budak Setan Versi Jejaka Terhangat.
2. Drama Lagenda Budak Setan Version 2.0 by Jejaka Terhangat.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

48 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...