Betul Ke Cik Ju-On Kurang Ajar..?

Perghh, panas.!! Fenomena cik Ju-On mengganas kat dunia blog. Abis semua orang kena maki hamun. Korang tau? Kalau tak tau meh Jejaka Terhangat story sket. Ceritanya bermula camni.

Pada suatu hari, cik Ju-On datang terjah blog Sembang Kosong. Pastu dia drop komen kontroversi yang berbunyi camni:




Pastu tuan blog dan blogger lain pon counter balik komen Ju-On tu. Mereka berbalas tembakan sampai bahasa caci-maki, carutan semua Ju-On keluarkan..




Pastu isu jadi semakin hangat. Ju-On dianggap sebagai penjahat sebab "jari takde insurans". Semua blogger pon serang dan komen kat blog Kuasa Ju-On.



Baru 1 entri dapat 100 komen? Perghh..!!


- TAMMAT -


So, persoalannya kat sini. Betul ke cik Ju-On tu kurang ajar? Korang sokong ke tak Ju-On yg berjari celupar tu?


Jejaka Terhangat points of view:

Asal isu ni terjadi sebab cik Ju-On tegur blog Sembang Kosong yg dok plagiat, copy paste artikel lawak masuk blog dia..

Seperti yg korang semua tau, blog tu menghimpunkan koleksi lawak dari forum-forum, pastu copy paste masuk blog tanpa dikreditkan kepada sape2..

Alasan tuan blog, sebab tak tau sape punya artikel tu. Dia kata "Kalau korang punya, bagitau la dia. Boleh dia removekan artikel tu". SENANG je kan?

Blog tu dapat hit tinggi, dan follower pon beriban. Sebagai blogger biasa yg dok perah otak hari2 nak tulis "genuine article" mesti akan terasa tercabar..


Mungkin teguran Ju-On sangat kasar.. Tapi perjuangan dia nak perangi plagiat aku rasa tak boleh dipertikaikan. Korang galakkan ke plagiat ni?

Lagi satu, kalo kita tengok kat komen blog Ju-On tu, ramai blogger pon 2 x 5 pergi mencarut balik kat dia. Masing-masing nak tunjuk HERO..

Hello..!! Si Ju-On tu maki hamun sebab perjuangkan anti-plagiat. Korang maki hamun dia sebab dia maki hamun orang lain? Tak ke loser namenya?


Fenomena Copy Paste Forum:

Korang tau tak kenapa kalo copy paste dari forum tak tau siapa penulis asal dia? Jawapannya, sebab forumer copy artikel dari blog, pastu paste kat forum tanpa kredit kepada tuan punya blog..

Dan korang pon amik letak masuk kat entri korang. Tu la plagiat tak langsung namanya. Kalau amik dari newspaper online kita tau la jugak sumbernya dari mana. Tu lain ceritanya..

Jujur aku kata, dulu aku pernah gak terpikir nak copy artikel kat forum kalo dah blank idea sangat. Tapi sebabkan faktor moral dan etika punya pasal. Aku lupakan hasrat tu.

Setakat nak copy 100 artikel lawak dlm masa sejam. Senang je nak buat. Korang terjah je syok.org, carigold, cari forum, forum lowyat.net. Belambak kat situ..


Konklusi:

Entri ni bukan dibuat sebab aku sokong cik Ju-On yg dok mencarut2 tu. Tapi aku sokong perjuangan dia perangi plagiat kat internet ni. Aku lebih respek kat blogger yg takde follower, takde trafik tapi berusaha menulis entri dengan ideanya sendiri...


Jejaka Terhangat Tak Sokong Plagiat. Sekian..




*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

79 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...