Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Soalan 5).

Seperti yg dijanji, Soalan ke 5 kluar malam ni. Sebelum tu moh kita usha dulu jawapan dan pemenang bagi Soalan 4:

Soalan 4: (klik sini)

Antara berikut yang manakah susunan warna pelangi yang betul?

A. Ungu, hijau, biru, oren
B. Ungu, hijau, kuning, merah
C. Hijau, biru, merah, kuning
D. Indigo, oren, hijau, merah

Ingat lagi tak cikgu ajar cara nak ingat kaler pelangi?

"Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara.."

Susun dari belakang, jadila jawapannya B. Ngehh..

Pemenang kita pada kali ni pon seorang gadis. Jom ramai2 kita ucap TAHNIAH kepada cik Wani kerana telah menjawab dengan tepat dan pantas. Hangat, memang Hangat..!!


Inilah dia cik Wani kita..=p

Blog cik Wani pun dah diletakkan kat bloglist "Mereka Terer Jawab Kuiz". Korang bila lagi? Hehe.. Oh, lelaki. Di manakah anda..?

Kenapa Perlu Join Segmen Ini (Klik Sini)..

Jom kita hangatkan lagi segmen ni dengan Soalan 5 pulak..

Soalan 5:

Kenapa kapal terbang boleh terbang?

A. Tekanan atas sayap lebih tinggi daripada bawah sayap.
B. Tekanan atas sayap lebih rendah daripada bawah sayap.
C. Tekanan atas sayap lebih stabil daripada atas sayap.
D. Tekanan atas dan bawah sayap mencapai tahap keseimbangan yang sama.


Tips: Google dulu, kalo tak dapat gak hentam jek. Yang penting jawapan tu betul dan paling cepat. Ngehh..

Macam biasa, jawapan dan pemenang akan diumumkan esok kat Soalan 6. Teruskan bersama segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat..=)

p/s: Bagi jawapan kat komen bawah ni je. Tak payah buat entri.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

17 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...