Luahan Hati: Kenapa Si Dia Cepat Berubah..?

Luahan perasaan si gadis:

Salam abg Jejaka Terhangat,

Adik ada masalah dengan si A. Adik sayang sangat kat dia. Dah 2 bulan kitorang kapel. Dulu dia baik je dgn adik. Cakap pun lembut je. Cair hati adik dengar suara dia tau. Tapi, sekarang ni dia dah lain la abg JT..

Dia suka marah-marah adik. Adik kata 2 tambah 2 jawapannya 4. Tapi dia marah adik sebab degil. Dia kata jawapannya 10. Sekarang hubungan kami dah retak. Apa yg perlu adik buat ni? Kenapa dia cepat berubah. Adik buntu ni. Tolong adik k..

(Gadis kuciwa, 15 tahun - ampang)


Jawapan Jejaka Terhangat:

Eh, adik tak boleh salam abg JT, haram. Tapi abg JT boleh bagi pendapat kat masalah adik ni. Masalah paling utama adalah adik terlalu gatal nak bercinta di usia muda. Kot ye pon abiskan la sekolah dulu..

Si dia cepat berubah ek? Meh sini abg JT terangkan. Sebenarnya manusia tak mudah untuk berubah. Memang sejak azali sifat dia macam tu, pemarah. Tapi biasala lelaki. Masa awal-awal kenal pijak bakteria pon tak mati. Bila dah lama kenal baru nak tunjuk perangai sebenar, mengalahkan iblis lakhnatullah..

Maksudnya sekarang, adalah salah adik sendiri sebab tak kenal dia betul-betul sebelum sayang kat dia. Setakat kenal 2-3 bulan dah kapel, adik bukan tau hati budi dia yg sebenar macam mana..

So, solusi utk masalah adik ni. Adik bawak kalkulator saintifik dan tekan 2+2 kat depan dia. Kalkulator takkan menipu kan. Selesai sudah masalah adik..=)


p/s: Kenali hati budi seseorang tu betul-betul sebelum terima dia sbg kekasih hati. Baik lelaki dan perempuan. Sama jek..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

25 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...