Haihs, senang je jawapan ni. Perempuan kalau manja-manja, gedik-gedik sikit cair la lelaki tu. Tak susah pun. Jangan terover gedik dah la. Lari pulak mangsa tu nanti. Ahaks..
Lelaki nak pikat perempuan lebih susah. Sebab tu tips memikat yg aku share sebelum ni lebih kepada lelaki..
Tapi tips yg akan aku share pada kali ni sesuai untuk diaplikasikan bagi lelaki dan jugak perempuan..
Sebelum tu, kita preview balik link tips-tips memikat yg lepas:
1. Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1)
2. Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia (chapter 2)
3. Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan (chapter 3)
Chapter 4: Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan.
Dalam bercinta, takde jaminan yg kita akan bahagia sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi kalau kita takde ilmu dalam bercinta. Lagi cepat hubungan jadi porak-peranda..
Kat sini aku bagi beberapa point penting bagi membantu korang mengekalkan kebahagiaan dalam perhubungan..
1. Menghargai pasangan.
Sebenarnya, apa yg wanita mahukan drpd seorang lelaki adalah rasa ingin dihargai. Perempuan sanggup buat apa sahaja asalkan dia mendapat perhatian drpd pasangannya. Skop menghargai pasangan ni sangat luas. Oleh tu, kat post akan datang aku akan share tips khas "cara-cara untuk menghargai pasangan."
2. Cuba untuk memahami.
Sifat memahami sgt penting dlm perhubungan. Jika pasangan korang sibuk dengan sesuatu kerja, jangan desak atau paksa dia. Berikan dia ruang dan masa. Letakkan diri korang pada kedudukan si dia. Korang akan jadi seseorang yg lebih memahami dengan berbuat camtu..
3. Belajar kawal ego dan emo.
Memang sifat semulajadi lelaki lebih EGO dan perempuan pulak EMO. Dalam bercinta, kurangkan ego dan emo masing-masing. Dan pada masa yg sama, belajar macam mana nak kawal ego pasangan korang..
Contohnya, perempuan jangan sesekali cabar ego lelaki. Kalau dia marah, biar dia cool down dulu. Jangan provoke atau lawan dia. Lelaki ni kalau marah semacam sikit..
Lelaki pun sama. Kalau si dia merajuk. Bagi dia masa utk dia tenangkan diri dulu. Pastu baru boleh pujuk. Tapi hati-hati, jangan biarkan dia terlalu lama. Takut pihak ke 3 datang menyelit pulak nanti..
4. Tolak-ansur.
Dalam bertolak-ansur ni kedua-dua pihak kena mainkan peranan. Kalau sebelah pihak je yg asyik mengalah pon tak jadi. Walaubagaimanapun, kalau takut hubungan jadi teruk masa berselisih faham, korang mengalah je la. Mengalah tak bermaksud anda kalah..
Tips Jejaka Terhangat, kalau mengalah tu gunakan cara psikologi supaya dia akan rasa bersalah. Contohnya, guna ayat camni:
"Yela, saya salah. Saya banyak kelemahan. Mungkin saya tak layak untuk awak".
Gunakan ayat kesian. Kalau betul dia sayangkan korang, sedikit sebanyak dalam hati dia akan rasa bersalah. Cara ni jugak sebenarnya salah satu teknik memujuk. Kena main psiko skit..
Tu je setakat ni tips memikat kali ni. Jumpa lagi pada tips akan datang yek. Gudluck..=)
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
nk try .
tp takda psangan la .
hihi .
:)
@cik elina
tunggu kawen la. haha..
No.4 tu,, if dia jawab,, 'sedar pun...ingat x sedar-sedar tadi...' rasanya boleh bagi penumbuk sebiji x? ehiks!!
@mOoN
owh..kalo kes camtu bleh je nak buat dia mcm bola sepak. ahaks..
terima kasih atas pandangan anda...hahahhaa...
hahaah.. btol 2..kene saling menghargai.. tp aku ne kdg2 kelaut gak bro.
mesTI JT ni dah bky aweks.. kar3.. kalo x camner bleh perturun ilmu ni?
Latest Entry : Memang Liverpool Perlu Player Baru
.
tips2 bro ni pasti sgt berguna utk pasangan2 bercinta di luar :)
bro JT ni women's expert aku rasa. kan bro?
@darkbatman
kalau kelau skali skala tu biasa la..yg penting kena sedar dan cepat2 back on track..takut perasaan dia kat kita hilang plak nnti..
@Seizer
sume cara ni mmg aku apply..tp tak bermaksud aku byk aweks..sorang pon susah nak jaga..camne nak jaga byk2 bro. haha..
@Fyzal
haha..mane bleh bgtau..tips bleh la aku bgtau..=p
Assalamualaikum,ha setuju sangatlah tips diatas 2 :),cara mengekalkan perhubungan sebab perhubungan kalau boleh sampai matilah :)..
apply bende ni lepas kawin kang,,
Eksiden Elak Kucing
mcm mn nk mngurat mkwe mmber??hahaha
teknik yg baek..good info..thanx
@AyieBlog
Waalaikumsalam..btol tu bro ayieblog..kalo bleh biarla kekal sampai akhir hayat..sbb tu perlu ilmu dlm perhubungan ni.=)
@Fariq
bleh2..lepas kawen nanti ko datang la jenguk blog ni carik tips2 memikat ni. ahaks..
@CERITA LEBAT
nak ngurat aweks member? macam nak korek kubur sendiri je ni. haha..
@Zul's Stuff
same2..try la apply..smga bahagia slalu..=)
kalau nak ngurat awek orang yang pakwe awek tu pon ngorat awek kite?camne lak?hahahha
betul.. semua point yg diberi tu penting utk kekalkan kebahagiaan..terutamanya suami isteri. "Setiap hati kena jatuh cinta dgn suami@ isteri"
@Nurulbadiah Lai
haha..mau perang bersegi-segi camtu cik nurul..=p
@MrsAyie
sangat tepat..kiranya kalau berpacaran skrg jgn terlalu taksub mahupun terlalu cinta..takut kalau jodoh tak kesampaian nanti merana sendiri pulak..
tips kekalkan kebahagiaan? boleh praktikkan ni :)
buat ayat kesian tu yg best.. haha~