Ketua Menteri Melaka betol-betol serius woah nak kahwinkan budak sekolah. Katanya ini jalan terbaik nak kurangkan gejala zina di kalangan remaja Melaka..
Pastu, siap bagi peruntukan RM500 lagi bagi sesiapa yg nak kahwin awal. Haha, nak kawen pon kerajaan bagi duit. Siapa tak nak rugi la kan?
Dah la pendidikan seks dah diajar di awal peringkat sekolah rendah lagi. Pastu bagi kawen awal lagi. Patutnya Malaysia kita ni tubuhkan je satu sekolah terus..
SEKOLAH KEBANGSAAN KAHWIN-KAHWIN SATU MALAYSIA..!!!
Dengan adanya sekolah camni, senang sket nak organize budak2 mana yg nak dikahwinkan dulu. Ye dak? =p
Suara sumbang berkata:
"Eh, ok la tu. Daripada diorang buang anak dalam tong sampah, dalam longkang".
Abis kalau kahwen awal, anak-anak tak terjaga. Last2 kena buang dalam tong sampah gak. Camne?
Ingat perkahwinan ni satu benda main-main, untuk sedapkan diri dengan pasangan setiap malam je ke? Perkahwinan satu benda yg serius, banyak aspek perlu diambil kira. Tanggungjawab suami isteri tersangatlah berat..
Yuran sekolah pon mak bapak yg bayarkan. Duit belanja sekolah RM10 seminggu. Nanti dah kawen, nak bagi anak makan coki-coki je ke hari-hari? Adeehhhhh...
Kahwin awal: Kerajaan Melaka tidak berganjak
ALOR GAJAH 9 Dis. - Melaka tetap dengan pendirian menggalakkan remaja berkahwin awal biarpun keputusan tersebut akan mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sewajarnya berdiam diri kerana langkah itu diyakini mampu membendung kegiatan maksiat di kalangan remaja.
"Pihak yang tidak bersetuju dengan langkah ini adalah mereka yang tidak faham konsep perkahwinan awal, ia semata-mata bagi mengelak perbuatan zina, kita tidak boleh larang anak-anak remaja ini yang berhasrat untuk berkahwin awal.
"Kita bimbang, jika kita larang keinginan mereka ini, mereka akan terjebak dalam perbuatan zina yang akhirnya membawa kepada kes pembuangan bayi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Pembinaan Karakter Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Permata Resort Alor Gajah yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di sini hari ini.
Mohd. Ali mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri menggalakkan remaja berkahwin awal bagi mengelak perbuatan zina yang akhirnya menyumbang kepada kes buang bayi.
Bagi melaksanakan hasrat itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat keputusan memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
Selain itu, kata Mohd. Ali, langkah pihaknya menggalakkan perkahwinan pada usia muda tiada kaitan dengan keinginan seks terhadap kanak-kanak.
''Kita galakkan remaja yang sudah cukup usia berkahwin awal, ini tiada kena mengena dengan gejala keinginan seks terhadap kanak-kanak," katanya.
Beliau meminta pihak yang membantah hasrat kerajaan negeri itu memahami pelaksanaan konsep perkahwinan awal yang semata-mata bagi mencegah perbuatan maksiat.
Mohd. Ali turut menawarkan RM500 kepada remaja yang berhasrat untuk berkahwin awal selaras dengan kempen kerajaan negeri menggalakkan perkahwinan pada usia muda demi membendung perbuatan zina. - Utusan
Pendidikan seks di sekolah tidak perlu - Dr. M
KUALA LUMPUR - Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.
Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
“Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini. - Utusan
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
wardah tak setuju dgn Melaka dan setuju dgn Dr. M.. :D
betul2! kahwin bukan utk elak maksiat je.. bukan! bukan! Erk! emosi plak.. :D
tggjwb tu lebih besar.....
kalo esok, tggjwb tak terlaksana, nk jwb ape kt akhirat nnt??
uhh.. masala ummah... masalah ummah bile mufti nk bg fatwa pon kene tggu keizinan org atasan...
ya Allah, lindungilah umat Islam dr fitnah akhir zaman...
*sory, emosi betul bile bace entri n keratan akhbar tuh.. huhu
then lepas tu ramai la cerai berai..
ramai la cik jan & cik da...ahaha
hurm...tatau nak kata apa...
tengok dan lihat ja kesannya nanti...
sama ada -ve or +ve...hope if something happen,, k'jaan xkan bagi alasan utk lari dari keputusan yang telah dibuat...
hihi .
dah boleh kawen la .
haha .
keja belum .
lepas kawen , satu family mkn rumput .
huhu
Khas utk penduduk Pulau Pinang. Akan berlaku gangguan bekalan air terbesar pada 28hb Dec 2010 bermula dari jam 7pagi. Ada kawasan yg terputus bekalan air selama 12 jam dan ada yg 24 jam. Korang pelan stok air dari sekarang.
aish macam2 la ..tak sokong langsung pn
alahai manusia, cuba bayangkan pulak kalau kawin awal, anak pun dapat awal, adakah ibu muda tu bersedia nk didik anak die sedangkan die pon x terdidik tapi berangan nk anak time usia muda, haiyaaaa, kalau dah bersedia dalaman n luaran serta ilmu yg mantap x pe la,
Terkini : 10 Kereta Termahal Di Dunia Tahun 2010
kawin awal??
kalau tu dpt mengelakkan gejala sosial zaman skrg,,
baek buat je,,
sedih la tgk budak2 skrg pon dh pandai zina2 ni,, erm,,
aku setuju dengan dr. M..
@waRDah a.k.a QiQi
takpe..sape tak emosi..btol ape doktor M kate..agama dah ajar kita semua tu..so, kita kena kuatkan lagi la pembelajaran agama..bukannya pendidikan seks..apetah lagi terus amik jalan mudah dgn kawenkan je budak2 sekolah ni..
kahwin bkn perkara main2.. acelli sesapa pun leh kawen.. tp tanggungjawab..its not that easy..kena pk plak masalh lepas kawin kan mereka..xkan nk bg 500 tuh jer..then kehidupan slps kawin mcmane? dh beranak mcmane? maybe bleh menambah kan lg 1 mslh negara, perceraian?
memang lepas ni, kes cerai berai pulak la yang berleluase... RM500 jek...? Kehidupan lepas kawen, dorang tak pk ke...? ergghhh... ape la nak jadi dengan dunia sekarang...
Salam..saya sangat2 xstuju..xlama malaysia ni kan di label dgn label negatif..sedangkan kita negara islam..aduhai..apa nak jadi dgn pemimpin2 kita..moga ALLAH bERi hidayah..
susah nk komen.. tgk pd keadaan jugaklah.. kalo da gatai sgt kawen jelah drt baut maksiat..
nty semakin byk pulak kes2 buang bayi kat Malaysia ni...
pas ni akan ada byk kes perceraian sbb budak2 tu x tau sepenuhnya tangunngjawab, cepat jemu, x puas membujang .........anak2 jadi mangsa ...
org sekarang susah tahan nafsu ke?? kakakakah
hancur la budak2 camni...hancur!
kawin awal? dlm konsep islam. bagus untuk elakkan maksiat. :)
so, untuk anat.. anat sokong je kalau menda tuh membawa kearah kebaikan.. kurangkan dosa kelebihan kehidupan :)
salam...pada pndpt sy la mmg elok kalau kahwi awal... tp kalau belum bersedia dari segi kewangan dan mentaliti xperlu la kot... nnt nak bg anak dara orang makan ape????... last2 duda janda yang ramai...ngeee...~~~
*terasa cam rakyat malaysia ni esperimen orang2 atasan la... nnt ble dah x relevan...jenayah pn berlambak.. mansuh balik... adoiii....=(
jom pindah melaka!
http://niarocking.blogspot.com/2010/12/ni-yang-buat-aku-nak-kawin-cepat-niii.html