Apa Beza Terlanjur Dengan Melanjur..?

Terlanjur..

Imbuhan TER (dalam kata kerja) biasanya digunakan bagi menunjukkan perbuatan yang tidak sengaja. Atau dilakukan dalam keadaan tidak sedar..

Tapi adakah perempuan dan lelaki yang melakukan seks secara suka sama suka dilakukan secara tak sengaja. Adakah mereka dalam keadaan tidak sedar semasa mereka melakukan seks?


Jawapan: Mereka sedar dan memang mereka buat secara sengaja...


Kita dah sedia ada istilah "zina" bagi orang yg melakukan hubungan badan secara haram. Adakah wujud perkataan "TERzina" dalam bahasa Melayu?


Contoh ayat: Ex-teruna dan ex-dara telah TERzina malam tadi..


Boleh pakai ke contoh ayat tu? Tidak sama sekali kan..

Jadi, sebenarnya tidak releven langsung menggunakan TERlanjur bagi pelaku seks terlarang ini. Perkataan sesuai adalah MELANJUR, ataupun BERLANJUR (merujuk kpd berzina)..


Entries bawah ni pun kena buat pembetulan perkataan agaknya dak?

1. Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?

2. Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami?

3. Keputusan & Kesimpulan: Perempuan dan Lelaki Terlanjur Untuk Dijadikan Teman Hidup [Entry Finale]


Sekian info bahasa oleh Jejaka Terhangat..


p/s: Bahasa Melayu ni memang sopan ek? TERLANJUR.. Alahai, sopan je bunyinya. Macam tak terasa langsung yg benda tu adalah kesalahan besar..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

19 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...