Keputusan & Kesimpulan: Perempuan dan Lelaki Terlanjur Untuk Dijadikan Teman Hidup [Entry Finale]

Fuuhh, dah 2 hari kita dipanaskan dengan 2 topik tentang terlanjur kat blog ni. Lelaki terlanjur, dan perempuan terlanjur. Nak ke korang jadikan teman hidup?

1. Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?

2. Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami?

Macam2 feedback yg best2 yg aku dapat. Thanks kpd semua yg drop komen. Dan ada jugak yg terima cabaran aku buat entri pendapat tentang tajuk ni kat blog diorang. Antaranya mOoN dan Miss Ainia. Sorang cakap boleh terima sorang lagi totally TAKNAK. Errkk..

Papepon, tiba masanya aku tunjukkan keputusan vote:



Keputusan undi dah jelas. Memang lebih ramai lelaki dan perempuan tak nak terima pasangan yg terlanjur utk dijadikan teman hidup. So, siapa2 yg belum pernah melanjur tu jgn sesekali nak coba. Tolong jauhi zina yek..

Zina tu sedap sekejap je. Tapi azab kat akhirat nanti lama giler. Sanggup ke korang, tak takut? Kalau aku memang tak sanggup. Ish2..

"Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” [Al-Israa : 32]


Yang paling aku terkejut. Ada yg cakap "dara ke tak, bukannya penting sangat". Woah..!! Ingat sini Amareka ke? Orang barat memang la kalau 15 tahun masih ada dara kena perli, dianggap kolot..

Sini Malaysia beb..!! Kita orang Islam. Islam sangat mementingkan kesucian diri. Orang yg tak pandai jaga kesucian diri, adakah dia akan jadi isteri atau suami yg baik? Korang pernah baca paper, seorang suami yg tangkap sendiri isterinya khalwat?

Mesti pernah punya kan. Kalau tak tau jaga kesucian diri, camtu la apa yg akan berlaku nanti. Suami pergi outstation, si isteri yg kesunyian pergi cari org lain sbg peneman. Hasilnya, rumah tangga porak peranda..


Kalau orang yg terlanjur ni dah insaf macam mana..?

Ni lah yg sebenarnya persoalan yg aku saja main2kan dalam pemikiran korang semua. Supaya korang kompius, dan berfikir lebih jauh. Ahaks..

Sebenarnya, insaf je tak cukup. Seseorang tu perlu sebenar2 TAUBAT (taubat nasuha), berjanji takkan ulangi perbuatan dia lagi..

Kalau dia dah mengaku kesalahan dia, jangan kita hina-hina dia lagi akan kesalahan dia yg lepas. Kita sepatutnya bagi semangat dan motivasi untuk dia berubah. Bukannya terus jauhkan diri darinya..

Sedangkan Allah terima taubat hamba-Nya. Malah orang yg bertaubat kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah..


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” - Hadits riwayat Abu Dawud no. 4690 dari jalan Abu Hurairah.


Tapi masih, nak terima seseorang yg pernah terlanjur tu terletak pada individu. Fikirlah semasak-masaknya bila korang berdepan dengan situasi camni yek..


Pesanan ringkas Jejaka Terhangat:

"Jangan berubah jadi baik, semata2 nak dptkn gadis yg baik. Tapi berubahlah jadi baik kerana Allah. Nescaya gadis yg baik akan datang padamu."



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

46 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...