Pelik aku dengan polis. Diorang ni terpengaruh dengan cerita "God of Gamblers" ke? Dengan gunakan alasan utk banteras jenayah, diorang siap latih pakar judi..
Adakah kalau nak tangkap maknyah diorang pon kena menyamar jadi pondan? Nak siasat pusat hiburan diorang pon kena belajar minum arak? Nak banteras penagih dadah, kena join orang hisap dadah?
Buat serbuan kat pusat judi, tangkap orang yg terlibat. Pastu interrogation je utk dapatkan maklumat tak cukup ke? Yang tak tahan tu siap ada peruntukan utk polis melatih pakar judi ni..
Matlamat halalkan cara ke? Haish, entahlah...
Latih Jadi Pakar Judi:
KUALA LUMPUR: Anggota dan pegawai polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) akan dilatih menjadi pakar judi bagi membolehkan mereka menggunakan kemahiran itu untuk membanteras kegiatan perjudian di negara ini.
Ini berikutan langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian bagi memberkas ahli sindiket perjudian. Makmal itu yang ditempatkan di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini bertujuan melahirkan pakar judi yang memahami setiap permainan yang ada kaitan dengan perjudian agar lebih efektif. Mereka juga akan menjalani amali seperti keadaan sebenar yang terdapat di kasino atau pusat perjudian di makmal itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sebanyak RM198,000 diperuntukkan bagi mewujudkan makmal itu di samping peralatan dan kelengkapan seperti sebuah mesin serta peralatan roulette, tiga meja perjudian, empat mesin perjudian elektronik (slot machines), chip latihan dan beberapa peralatan perjudian lain yang ditaja Genting Malaysia Berhad yang bernilai RM110,000. “Saya berharap langkah ini dapat memberi pendedahan mencukupi kepada pegawai dan anggota untuk melayakkan mereka bergelar pakar judi.
“Mereka yang terpilih diharap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dalam usaha membanteras kegiatan perjudian di negara ini,” katanya pada sidang media selepas pada Majlis Pelancaran Manual SOP Siasatan, Portal C.I.D Update dan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian di Maktab PDRM, di sini, semalam.
Ismail berkata, buku Manual SOP Siasatan pula diterbitkan dalam usaha memantapkan kualiti penyiasatan pegawai penyiasat dan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM bagi kes kekerasan iaitu bunuh, rogol, samun dan samun bersenjata.
“Buat permulaan sebanyak 3,000 naskhah membabitkan kos RM150,000 diterbitkan yang menjadi panduan asas kepada pegawai penyiasat untuk mempunyai ilmu penyiasatan tinggi, cekap dan profesional.
“PDRM turut membangunkan sebuah portal dikenali Portal CID Update dengan menggunakan sistem teknologi maklumat PDRM, terkini dan dibangunkan tanpa kos,” katanya.
Beliau berkata, kewujudannya memberi kemudahan dalam pengedaran laporan dan memantau perkembangan siasatan serta mempercepatkan proses hebahan berita, laporan, aktiviti dan arahan semasa. “Portal ini juga sebagai media hebahan dan pengumuman aktiviti Jabatan Siasatan Jenayah melalui modul buletin, memantau pergerakan dan penugasan pegawai serta menjadi sumber rujukan dan perpustakaan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya. - Metro Online.
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
Depa nak menyamar la..macam FBI, CID, CIA atau cerita polis - polis Hong Kong selalu buat..he he
haha..ye la tu..sbb tu la JT kata diorang terpengaruh ngn cite..byk tgk tv kot..=p
diorang bajet leh jadi cam lam filem..macam2 la polis kat mesia nie..
@aLya
negara sendiri nak tmbahkan hub hiburan..judi pon mesti la bertambah..pastu diorg guna cara camni plak nak banteras judi..tak ke lawak tu? =p
aku rasa depa blh mai blaja ngan aku, tp zynga texas hold'em poker je la, kuikuikui
@geekz36
haha..ko reti men poker ke..bnyk menang sen? =p
dulu juta2 gak, la ni 200k pn ssh
haha..ko ni dpt duit btol2 ke kat game online je geekz36? =p
erk??apakah??rosak2..memang pengaruh tv ni..ish3..
@♥CIK SHA♥
tu la pslnya..bukan cik sha sorg je tertanya2..kitorg pon sume tgh blank ni..apakah, mengapakah, dimanakah..sume soalan bermain kat fikiran ni tau..=p
Inilah dipanggil undercover
bodo korng ni..pakar judi memang perlu ada dalam jabatan mana2 polis di dunia pun..kalau la pdrm xtahu selok belok judi mcm mn nak dakwa pesalah judi di mahkamah.pesalah akan guna pelbagai cara untuk melepaskan diri.jadi pdrm kena la lebih cekap dari diorng.contohnya main judi kad,kalau masa tangkapan,kad terup tersebut tak cukup sekeping pun boleh jadi pesalah akan terlepas kerana pdrm kena tahu main judi poker berapa kad,judi blackjack berapa kad dan bagaimana cara permainannya.tu la tugas pakar judi.lgpun pakar2 judi pdrm terdiri dari nan muslim sahaja.
JT..lain kali xtau..tanya kpd yg tau..aku terangkan kt ko. Pakar judi ini perlu utk mengesahkan jenis sesuatu judi tu.. dan pakar ini yang akan buat laporan utk pendakwaan di mahkamah..dan laporan tu akan di tender sebagai eksibit bg kes2 judi ini..kalo pondan,kita perlu pengesahan dr doktor..kalo org mabuk,kita ambil darah dan hantar ke jabatan kimia utk dianalisis utk kesan alkohol.