Saya Keliru Dengan Aurat Saya..

Aku tertarik dengan status facebook blogger Touya Karuma. Katanya, perempuan sekarang keliru antara tutup aurat dgn pakai tudung. Dan lelaki tak tau aurat diorang..

Betul apa yg dia kata kan. Sekarang ni memang ramai perempuan yg bertudung, tapi pakai baju ketat. Diorang dah anggap pakai tudung tu dikira tutup aurat. Tapi diorang lupa yg bentuk badan tu pon sebenarnya aurat..




Lelaki pon sama. Aurat lelaki tak kira apa jua situasi tetap pusat HINGGA lutut. Bukan pusat DAN lutut. Ada jugak yg salah sangka. Haish..

Susah sangat ke nak faham aurat ni? Sampai keliru agaknya ek. Itu baru basic. Ni ha, aku mau tanya yg advanced sket..


Tahukah anda..

1. Aurat sesama adik-beradik (lelaki dan perempuan) antara pusat hingga lutut?

2. Aurat perempuan muslim dengan non-muslim sama spt lelaki bukan mahram (seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan) ?

3. Suami isteri tiada aurat?



Walaupun kita boleh bogel depan laki bini, tapi tetap batal air sembahyang kalau bersentuh kulit. Ha, yang ni pulak brape ramai je yg tau?

Soal aurat ni kita kena la jaga betul-betul. Jangan sampai jahil tapi buat2 tahu macam kebanyakan artis kat Malaysia ni..


Diingatkan. Tutup aurat tu WAJIB. Tak kira la ikhlas ke tak. Dah dapat hidayah ke belum. WAJIB tetap WAJIB dibuat. Dan kalau kawan kita tak tutup aurat. Kita kena tegur. Jangan dok puji diorang pulak..


p/s: Ilmu agama perlu dicari. Itu tuntutan. Kita tak boleh biarkan ilmu tu datang dgn sendiri je..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

17 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...