Tergelak aku baca paper kosmo online harini. Tajuknya "Curi wang isteri bayar hutang kahwin". Berita pasal sorang lelaki sanggup curi barang kemas isteri dia. Pastu buat report polis kata kena rompak..
Taktik dia tu ok lagi kot. Tapi yang sengalnya, dia sorokkan barang kemas yang dia curi tu dalam but kereta dia sendiri. Kahkah, mangkuk tingkat betol. Mana tak kantoi..
Len kali kalo nak menipu pon cuba la bijak sikit. Sorok kat dalam semak-samun ke. Kat dalam tanah kawasan terbiar ke. Yang jauh dan susah nak dicari la..
Ahaks, kan aku dah terajar dia camne nak jadi pencuri dan penipu yg lebih bijak. Ngehh..
Curi wang isteri bayar hutang kahwin:
MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.
Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.
“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.
“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
lawak lawak . kalau nak menipu tuh biar lah pandai sikit .
ni mesti pencurik x habis sekolah ni. haha.
My latest entry : Kasut Adidas Superstars Facebook Dan Twitter
ye la kot..tgk la umur laki tu..muda sgt..kawen dgn isteri tua..psl tu desperate nak duit..=p
ehe kesiannye,,,, ermm ada juga mcm tuh. tp memalukan diri sendiri kn ???? hehe
pencuri yg sgt jujur nie...
nak kawin, jangan letak hantaran beribu2..huhu
@miss luluScya
seb baik tak paparkan nama dia skali..kalo tak mmg malu besar la satu malaysia..=p
@Mila Ahmad
haha..bukan jujur ni..tp begok.=p
@apai power
betol2..lagi2 yg kurang kemampuan..kesian kat laki tu..
hekkk pelik2 je ni, adehhh
Terkini : Burger Daging Ular
gua tak boleh betul bila dengar kes kes lawakk mcm ni .
:DD
@suffer8zine
pelik gak la. ahaks..
@cik elina
eh, SPM blom abes lg kan..pg bace buku cepat..=p
adeh wt malu org muar je,,
patutnye gadai la dlu brg kemas tu,,
sengal jugak,,
@Fariq
haha..lagi advanced taktik ko..=p