Berjumpa Dan Terlanjur + Kanak-kanak Darjah 5 Rogol Kawan Kelas..

Masalah sosial negara dah merisaukan tahap gaban. Sampai budak2 sekolah rendah yg boleh dikatakan hingusan lagi pun dah pandai buat aktiviti yg sumbang..

Masalah sosial biasanya dikaitkan dengan seks. Zaman ICT sekarang, seks bukan bermula dengan berjumpa antara lelaki dan perempuan je. Tapi bermula dengan perkenalan melalui chatting dan laman sosial lagi..

Kemajuan dunia digital pon bagi sumbangan besar kat remaja sekarang dalam melakukan gejala tak bermoral. Kalau bukan kat rumah, remaja sekarang boleh habiskan masa kat Cyber Cafe utk mengakses bahan2 lucah..

Lepas dah tengok benda lucah tu, diorang download pulak masuk ke handphone. Video seks pon tersebar dengan cepatnya di kalangan remaja. Sehinggakan budak 11 tahun pun dah pandai menggayakan seks dengan kawan kelasnya sebab perasaan ingin tahu..

Dua berita kesan masalah sosial ni aku share supaya kita sentiasa beringat2. Pantau anak-anak dan adik-adik kita dlm penggunaan internet dan teknologi. Supaya diorang tak jadi macam ni..



Berita 1 - Jumpa dan Terlanjur

MELAKA: Rangsangan menerusi kata-kata atau perbuatan menerusi laman sosial, kamera web, talian telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenal pasti mendorong segelintir remaja bercinta di alam siber itu untuk bertemu sebelum disyaki sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral.

Itu antara faktor menyebabkan segelintir remaja yang baru pertama kali bertemu dengan pasangan masing-masing terlanjur dan hamil luar nikah akibat perbuatan mereka itu.

Perkara berkenaan didedahkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menerusi soal siasat dilakukan terhadap pesalah syariah yang hamil luar nikah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani berkata, menerusi soal siasat dijalankan segelintir pasangan terbabit mengakui pada mulanya mereka tidak pernah bertemu bersama pasangan masing-masing, sebaliknya dikenali menerusi suara saja.

Katanya, sepanjang berkenalan mereka berhubung sama ada menerusi talian telefon atau kemudahan yang ada di Internet bagi berhubung sebelum dipercayai tercetus bibit kemesraan.

“Dalam tempoh singkat perkenalan itu, mereka mula bersembang mengenai seks sehingga merangsang nafsu pasangan terbabit.

“Ada bertukar gambar seksi atau lucah antara satu sama lain dan bersembang dengan menggunakan kamera web dalam keadaan mengghairahkan,” katanya.

Rahimin berkata, dalam tempoh singkat menerusi hubungan yang banyak bercerita mengenai perihal lucah atau merangsang pasangan masing-masing itu akhirnya mendorong mereka bertemu.

Katanya, akhirnya sesuatu pertemuan dirancang itu semata-mata untuk melakukan hubungan seks.

“Banyak kes yang kita jumpa pasangan itu pertama kali mereka bertemu, tetapi sudah terlanjur. Apabila disiasat semuanya berpunca daripada rangsangan yang berlaku ketika berhubung sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes hamil luar nikah juga banyak berlaku akibat faktor berkenaan dan kebanyakannya berlaku akibat pertemuan pertama kali hanya semata-mata kerana keinginan seks.

Katanya, faktor terbabit menyumbang peningkatan kes hamil luar nikah dan angkanya menunjukkan peningkatan setiap tahun.



Berita 2 - Murid Perempuan Jadi Bahan Eksperimen Rakan Lelaki.

MELAKA: Usia mereka baru 11 tahun, namun tiga murid tahun lima sebuah sekolah rendah di negeri ini bertindak luar dugaan dengan meniru ‘aksi’ orang dewasa berkaitan hubungan seks.

Sumber berkata, tiga murid itu bersama mangsa yang juga rakan sekelas dikatakan berada di dalam bilik darjah di sekolah itu walaupun sesi persekolahan berakhir.

Perbuatan mereka dikesan seorang guru agama yang kebetulan melalui kawasan kelas berkenaan apabila mendapati bilik darjah itu dalam keadaan pintu dan tingkapnya berkunci, tetapi timbul rasa curiga selepas menyedari kipas masih terpasang.

“Berikutan itu, guru terbabit segera menghampiri bilik darjah berkenaan sebelum disedari semua murid berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Guru wanita itu yang curiga melihat perbuatan murid terbabit membuat aduan kepada guru disiplin sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin terbabit kemudian memanggil ibu bapa murid perempuan itu dan menceritakan perkara yang berlaku sebelum dinasihati membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM).

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka lama pada bahagian alat sulit mangsa. Berikutan itu polis menahan dan merakam keterangan ketiga-tiga murid lelaki itu untuk siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga murid lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu (rogol) kerana perasaan ingin tahu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa berusia 30-an dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.


p/s: Aku akan bincangkan lagi tentang masalah sosial pada post akan datang...



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

4 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...