Pengkid, Tomboy dan Lesbian Adalah...


Menurut wikipedia, pengkid, tomboy dan lesbian tu sama je ertinya. Hmm, ye ke? Aku rasa tak brape nak sama. Daripada pemahaman aku:


Pengkid ialah:

Perempuan yang berwatakan, berpenampilan, dan bergaya persis seperti lelaki. Pengkid suka perempuan yang cantik. Sama seperti naluri lelaki terhadap perempuan..

Tomboy ialah:

Perempuan yg berwatakan agak kasar seperti lelaki. Ada yang berpenampilan seperti lelaki, ada yang tak. Naluri dan nafsu mereka masih terhadap lelaki..

Lesbian ialah:

Perempuan yang suka kaum sejenis. Pengkid termasuk dalam kategori lesbian. Tapi ada juga perempuan yang luarannya nampak normal. Tapi naluri dia lebih kepada kaum dia sendiri..


Nampak tak perbezaan ketiga-tiga tu? Aku sendiri pernah borak dengan pengkid dan lesbian kat public chatting room. Sempat jugak la aku korek rahsia diorang. Diorang kata..


Alasan utama perempuan berubah jadi pengkid dan lesbian:

1. Dikecewakan lelaki.
2. Memang dah dilahirkan nafsu ke arah kaum sejenis.
3. Perempuan lebih memahami.


Alasan dikecewakan lelaki memang top. Ada antara diorang yang tak percayakan semua lelaki lagi lepas dikecewakan. Lelaki jugak dikatakan tak pandai melayan kemahuan diorang. Tak memahami, bla bla bla..

Apa-apa pon alasan diorang, suka kaum sejenis tetap haram hukumnya. Memang aku sendiri mengaku, kadang-kadang lelaki ni memang teruk. Tapi tu tak boleh dijadikan alasan untuk amalkan seks songsang..




Ada jugak yang sound aku balik, "Kau tak dilahirkan dengan nafsu macam ni, ko mana faham perasaan aku.!!"..

Ni aku ingatkan. Nabi kita dah bagi tips camne nak control nafsu. Iaitu dengan berpuasa. Tips dah ada, salah sendiri la kalau tak praktikkan..

Kalau gagal dlm cinta, jgn terlalu kecewa. Sebab cinta manusia takkan kekal. Kalau tak dapat cinta hakiki drpd Allah, tu yg sepatutnya kita kesal..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

19 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...