Memang La Dunia Akhir Zaman. So, What..?

Sekarang ni isu masalah sosial, jenayah sana-sini. Blogger pon post isu tersebut kat blog masing2. Pastu reader datang drop komen. Rata-rata komentar akan cakap pasal dunia akhir zaman. Korang perasan tak?

Contohnya, video budak ciumulut kat Pavilion aritu. Majoriti komentar cakap, "dunia akhir zaman memang camni"..

Errr, entah kenapa. Aku rasa jelik orang drop komen camtu. Macam dah anggap "akhir zaman" ni sebagai trend pulak. Isu akhlak dianggap perkara remeh..

Yang aku bertambah pelik, kadang-kadang aku perati yang pandai komen "akhir zaman" ni perempuan yang tak bertudung, tak tutup aurat. Hmm, diorang ni faham ke sebenarnya apa maksud akhir zaman ni..


Apa pandangan korang dengan perkataan "dunia akhir zaman" ?

1 - Memang nabi dah kata pada akhir zaman semua tu akan berlaku. Kita tak boleh buat apa-apa. So, biarkan je la..

2 - Kita kena cegah semua ni. Nabi bagi kita petanda akhir zaman supaya kita insaf, berbalik kpd tali Allah. Benda macam ni tak boleh dibiarkan..


Golongan no. 1, takde kesedaran langsung dgn apa yang berlaku. Kerosakan akhlak orang lain macam dah jadi hiburan pulak bagi dia. Tapi, dalam tak sedar, sebenarnya majoriti antara kita termasuk dalam golongan no. 1 ni..

Sangat sedih..!! Tapi itulah realiti apa yang berlaku sekarang. Perkataan "akhir zaman" hanya ungkapan di bibir semata-mata. Tapi langsung takda keinsafan sebalik kata-kata kita tu..

Semoga lepas ni kita semua sedar, dan masuk dalam golongan no. 2 pulak. Amin..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

26 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...