Statistik: 60% Rakyat Malaysia Gemuk. Budak-budak Tidak Terkecuali..


Menurut kosmo online, 60 peratus drpd 20 juta penduduk Malaysia adalah obesiti (gemuk).

Aku dah lama tau pon statistik ni sebenarnya masa pergi talk kesihatan 4 tahun lepas. Dan penceramah tu cakap, punca orang kita gemuk sebab NASI. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam..

Lebih menakutkan kegemukan ni serang semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Hmm, kalo budak2 yg gemuk biasanya aku akan salahkan mak bapak dia. Sebab tak observe pemakanan anak dia betul2..

Adik-beradik aku 10 orang, tapi takde sorang pon gemuk. Sebab mak aku tak terlalu manjakan anak-anak dia masa kitorang kecik. Berbanding dgn parents sekarang yg terlalu ikutkan kemahuan anak-anak..

Apa yg anak dia nak, gula2, air gas, jajan, coki2, McD, KFC, semua diorang belikan. Budak-budak memang la nak semua benda. Diorang bukan tau apa. Kita sebagai orang dewasa la yg kena pantau diet diorang..

Konon-konon sayang anak, sebab tu la belikan je apa yg diorang mintak. Padahal yg sebenarnya kita lupa. Bila anak gemuk, penyakit senang menyerang. Boleh mati awal..

Hope entri ni dapat bagi kesedaran kat pembaca. Ketahuilah, kegemukan boleh dicegah dari peringkat awal lagi, iaitu masa anak-anak kita masih kecil. Dan sebenarnya, kita boleh mencegahnya..



Berita lanjut mengenai Obesiti:

KUALA LUMPUR - Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur.

"Sekarang ini, selain orang dewasa, kita boleh lihat kanak-kanak turut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana masalah kegemukan," katanya selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tahun 2010 di sini semalam.


p/s: cooming soon, aku akan bicangkan kesan dan akibat obesiti ni..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

5 comments:

  • LEBIH2 LG LAMBAKAN MAKANAN SEGERA YG KIAN BYK KAT NEGARA KITA NI.

  • yup, JT ade point di situ..setuju sangat..sebab SS sendiri tengok makcik SS manjekan anak2 dia bab makan..budak2 dah tau trick utk suruh mak ayah dia ikut kehendak dia ialah dengan menangis/merengek. so mak ayah bila anak dah nangis depan orang ramai, tu yg terpaksa belikan jugak tu. dah tu macam mana yer JT? mak ayah kene tegas la kan?

  • Assalam...awal2 masa dari kecik2 kite kena kawal anak2 kite...lau tidak dieorg akan jd mesin pengunyah makanan terhebat...ha3.kecian laa budak2 gemuk kan...ibubape dieorg terlalu sayang n manja2kan...hu3.kalau faktor genetik mmg x leh buat ape laa...ade jugak org camnie...metabolisme rendah...sbb tuu cepat naik badan...

    Akak aku slalu dok tgk belog nie
    http://www.taknakgemuk.com/

  • @Siti Safiyyah
    kena tegas tu btol..jgn manjakan sgt..kalo tak nnti depan orang dia buat prangai..tp kalo dia sampai melalak depan org sampai takde pilihan lain..belikan la utk dia..tp len kali tu kontrol la jugak pemakanan diorang..

  • @►AdamXis◄
    kalau metabolisme tinggi mksdnya badan aktif gunakan tenaga..so, dia kena kurangkan aktiviti..makan malam2 pon bleh gak..mcm aku, aku metabolisme tinggi..cara aku tambahkan berat badan..makan lewat malam..tp exercise kena buat jugak utk jaga kandungan kolestrol dlm badan..

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...