|
Showing posts with label lelaki terlanjur. Show all posts
Showing posts with label lelaki terlanjur. Show all posts
60 Peratus Gadis Remaja Tiada Dara. Mitos Atau Kebenaran?27 comments 28 June 201160 peratus gadis remaja tiada lagi dara menjelang 18 tahun? Woah, betul ke ni? Ini bukan aku yang kata, tapi survey YouthSay.com tahun 2010 yang kata. Kredit to Aidanatasya.com: 60 Peratus Remaja Malaysia Hilang Dara Menjelang Umur 18 Tahun! 60 peratus maksudnya 6/10. Atau lebih spesifik lagi, setiap 3 daripada 5 orang gadis remaja pernah melakukan hubungan seks sebelum 18 tahun. Pergh, biar betul ni. Ini kebenaran ataupun taktik media untuk dapatkan hits semata-mata? Rasanya macam susah nak percaya. Sebab angka ni terlalu tinggi. Adakah peratus ni akan terus meningkat dari semasa ke semasa? Errkk, harap dijauhkan la. Aku malas nak huraikan hal ni lebih banyak sebab pi mai pi mai tang tu jugak. Laki salahkan perempuan. Perempuan tuding jari kat laki. Masalah ni tak kan selesai. Apa yang perlu kita buat adalah jaga kesucian diri kita sendiri sehabis baik. Doakan supaya kita dapat pasangan yang pandai jaga kesucian dirinya. Yang seksi-meksi tolak tepi awal-awal. =p Repost quote: "Jangan berubah jadi baik, semata-mata untuk dapatkan pasangan yg baik. Tapi berubahlah jadi baik kerana Allah, nescaya pasangan yg baik akan dtg padamu" Entri berkaitan: 1. Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri? 2. Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami? 3. Keputusan & Kesimpulan: Perempuan dan Lelaki Terlanjur Untuk Dijadikan Teman Hidup. Keputusan & Kesimpulan: Perempuan dan Lelaki Terlanjur Untuk Dijadikan Teman Hidup [Entry Finale]46 comments 30 November 2010
Fuuhh, dah 2 hari kita dipanaskan dengan 2 topik tentang terlanjur kat blog ni. Lelaki terlanjur, dan perempuan terlanjur. Nak ke korang jadikan teman hidup?
1. Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri? 2. Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami? Macam2 feedback yg best2 yg aku dapat. Thanks kpd semua yg drop komen. Dan ada jugak yg terima cabaran aku buat entri pendapat tentang tajuk ni kat blog diorang. Antaranya mOoN dan Miss Ainia. Sorang cakap boleh terima sorang lagi totally TAKNAK. Errkk.. Papepon, tiba masanya aku tunjukkan keputusan vote: Keputusan undi dah jelas. Memang lebih ramai lelaki dan perempuan tak nak terima pasangan yg terlanjur utk dijadikan teman hidup. So, siapa2 yg belum pernah melanjur tu jgn sesekali nak coba. Tolong jauhi zina yek.. Zina tu sedap sekejap je. Tapi azab kat akhirat nanti lama giler. Sanggup ke korang, tak takut? Kalau aku memang tak sanggup. Ish2.. "Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” [Al-Israa : 32] Yang paling aku terkejut. Ada yg cakap "dara ke tak, bukannya penting sangat". Woah..!! Ingat sini Amareka ke? Orang barat memang la kalau 15 tahun masih ada dara kena perli, dianggap kolot.. Sini Malaysia beb..!! Kita orang Islam. Islam sangat mementingkan kesucian diri. Orang yg tak pandai jaga kesucian diri, adakah dia akan jadi isteri atau suami yg baik? Korang pernah baca paper, seorang suami yg tangkap sendiri isterinya khalwat? Mesti pernah punya kan. Kalau tak tau jaga kesucian diri, camtu la apa yg akan berlaku nanti. Suami pergi outstation, si isteri yg kesunyian pergi cari org lain sbg peneman. Hasilnya, rumah tangga porak peranda.. Kalau orang yg terlanjur ni dah insaf macam mana..? Ni lah yg sebenarnya persoalan yg aku saja main2kan dalam pemikiran korang semua. Supaya korang kompius, dan berfikir lebih jauh. Ahaks.. Sebenarnya, insaf je tak cukup. Seseorang tu perlu sebenar2 TAUBAT (taubat nasuha), berjanji takkan ulangi perbuatan dia lagi.. Kalau dia dah mengaku kesalahan dia, jangan kita hina-hina dia lagi akan kesalahan dia yg lepas. Kita sepatutnya bagi semangat dan motivasi untuk dia berubah. Bukannya terus jauhkan diri darinya.. Sedangkan Allah terima taubat hamba-Nya. Malah orang yg bertaubat kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah.. Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” - Hadits riwayat Abu Dawud no. 4690 dari jalan Abu Hurairah. Tapi masih, nak terima seseorang yg pernah terlanjur tu terletak pada individu. Fikirlah semasak-masaknya bila korang berdepan dengan situasi camni yek.. Pesanan ringkas Jejaka Terhangat: "Jangan berubah jadi baik, semata2 nak dptkn gadis yg baik. Tapi berubahlah jadi baik kerana Allah. Nescaya gadis yg baik akan datang padamu." Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami?75 comments 29 November 2010
Fuiiyoohh, topik Jejaka Terhangat sebelum ni memang sangat panas. Dan dapat sambutan hangat drpd ramai bloggers. Siap ada blogger yg buat entri membidas dan mengomen balik tentang tajuk aku semalam:
Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri? Antara bloggers yg bagi pendapat bernas kat entri diorang adalah: 1) Atok (pandangan bernas yg membela hati wanita) 2) Cik Kangkung (kesan terlanjur terhadap anak) 3) Acitspace (everybody deserve second chance) 4) Tricuspid Valve (merekomen gadis terlanjur kat lelaki yg vote "ya") Cakap pasal voting, stakat ni resultnya, majoriti lelaki pilih TAKKAN TERIMA perempuan terlanjur utk dijadikan isteri. Dan pilihan ni semakin naik dari semasa ke semasa.. Err, tak lupa jugak banyak komen tak puas hati drpd perempuan yg dok tanya, "Kalau lelaki pulak yang terlanjur macam mana, jawab2".. Ye, ye nak jawab la ni. Sabar2. Teruskan membaca yek. Hehe.. Owh, sebelum tu. Play dulu lagu ni utk datangkan mood cinta korang: Firstly korang kena tau perbezaan antara lelaki terlanjur dgn perempuan terlanjur. Perbezaan yg paling ketara adalah: * Perempuan terlanjur boleh dikesan jika dia dah tiada dara. * Lelaki tak boleh kesan dia masih teruna atau tidak. (perubatan sekarang boleh check ke tak, tak pasti) Ada yg kata, "kalau perempuan dah mengaku maksudnya dia ikhlas, betul2 insaf. Bukan senang perempuan nak bukak aib sendiri. Padahal kalau dia taknak bagitau pon boleh je kan. So, lelaki patutnya kena la terima perempuan tu seadanya".. Hmm, sebenarnya ada kesilapan kat situ. Macam aku kata tadi, perbezaan ketara lelaki dgn perempuan terlanjur adalah dara perempuan boleh detect on the spot masa malam pertama perkahwinan.. Maksudnya, lambat laun bakal suami dia tetap akan tau dia sebenarnya pernah terlanjur atau tak. Just matter of time. Dan perempuan takda pilihan lain selain MENGAKU awal-awal yg dia pernah terlanjur.. Kalau dara perempuan pon tak boleh detect, aku rasa diorang pon nak senyap sampai mati. Betol tak? Aku tak nafikan ada perempuan yg hilang selaput dara sebab aktif bersukan dan sebagainya. Tapi tu kes minoriti. Lain kira.. Kesimpulannya, dan berdasarkan vote. Memang lebih ramai lelaki takkan terima perempuan terlanjur utk dijadikan isteri. Perempuan kena terima kenyataan ni.. Nasihat aku utk perempuan, jadikan kenyataan ni sbg kekuatan korang utk terus pertahankan kesucian korang sampai bila-bila. Jangan cepat termakan pujuk rayu, janji manis, ayat-ayat cinta yg diucapkan lelaki.. "Lelaki zina utk perempuan zina, dan begitu jugak sebaliknya". Tapi bagi aku, perempuan yg sebenar2 taubat tidak lagi tergolong dlm perempuan zina, dan masih layak dapatkan lelaki yg baik (ingat, kedudukan manusia yg bertaubat lebih tinggi darjatnya di sisi Allah).. OK, berbalik kepada tajuk entri. Soalan yg sama tp utk perempuan: Adakah Anda Nak Terima Lelaki yg Terlanjur utk Dijadikan Suami? Lelaki jawab "Tak Pasti" utk tengok result. Perempuan vote "Ya" atau "Tidak" sahaja. p/s: Korang boleh bagi pendapat seperti biasa kat komen bawah ni. Atau join topik diskusi ni melalui entri korang, pastu tinggalkan link kat komen. OK? =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
|



