Jom Belajar Bab Perkahwinan (Munakahat): Tebus Talak.

Munakahat adalah ilmu rumahtangga dalam islam. Untuk kali ni Jejaka Terhangat nak share dengan pembaca, terutama perempuan. Sebabnya, topik ni berkaitan dengan bagaimana isteri nak melepaskan perkahwinan daripada suami dengan cara khuluk, atau tebus talak..




Err, aku bukan nak ajar perempuan cara bercerai. Bercerai tu sendiri adalah jalan halal yang paling dibenci Allah..

Tapi, sekurang-kurangnya perempuan perlu tau hak sendiri kalau berdepan dgn rumahtangga yg bermasalah. Dan terpaksa untuk mintak dilepaskan daripada suami jika dah tak tahan lagi..


Apa yang anda perlu faham dengan khuluk:

Khuluk adalah satu cara isteri minta cerai dengan membayar ganturugi kepada suami. Jumlah yg perlu dibayar perlu disetujui oleh kedua2 belah pihak..

Pihak lelaki tidak dibenarkan sama sekali mengambil kesempatan ke atas isteri yg meminta khuluk:

‘Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan ALLAH S.W.T . Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan ALLAH maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan. Al-Baqarah : 229


Khuluk boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak. Masa iddah pon boleh. Kerana ia adalah atas kehendak si isteri.


Tapi AWAS..!!

Lepas dah tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Kalau nak rujuk jugak, mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru..


Contoh kes kat surat khabar mengenai tebus talak:

ALOR SETAR – Seorang kakitangan kerajaan di sini, Azuan Abu Bakar, 32, terkejut apabila mendapati isterinya yang baru disahkan bercerai dengannya oleh mahkamah semalam rupa-rupanya sudah berkahwin lain dan mendapat anak baru.

Dia yang berasal dari Taman Desa Ilmu dekat Pokok Sena memberitahu, perceraiannya dengan Hasli Azuwa Johari, 21, melalui cara tebus talak sebanyak RM35,000 baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar semalam.

Azuan berkata, dia bernikah dengan Hasli Azuwa pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amri Helmi yang kini berusia dua tahun enam bulan.
“Tapi pada 11 Februari 2009, isteri saya telah bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan saya,” katanya di sini semalam.

Menurut Azuan, dia sebelum ini tidak pernah melafazkan cerai kepada Hasli Azuwa malah isterinya itu keluar dari rumah pun ketika dia tiada di rumah kerana bekerja.
“Sejak itu, dia tidak pulang ke rumah dan saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya tetapi semalam saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lalu,” ujarnya - kosmo online.


Wahh, tebus talak sampai RM35 ribu. Bini dia mesti kaya ni. Errkk..!!


p/s: Nak kawen kena ada ilmu. Tak rugi belajar munakahat. Sebab kita sendiri akan lebih tau tanggungjawab dan hak kita sebagai suami dan isteri..=)


references:
http://tayibah.com/eIslam/khuluk.htm
http://www.ad-3.org/tumpang/PendidikanIslam/modul.htm#khuluk



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

17 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...