|
Showing posts with label tips memikat. Show all posts
Showing posts with label tips memikat. Show all posts
Jejaka Terhangat Ialah Jejaka Cinta? Errkk..!!20 comments 24 February 2011
Note: This gonna be a lttle short entry.
Haha..Aku agak tergelak baca komen yang aku dapat kat entri ni semalam: Entri pasal slot Luahan Hati kat blog Jejaka Terhangat ni. Untuk makluman (siapa yang rasakan luahan hati tu betul) sebenarnya semua luahan tu aku reka je. Just untuk suka-suka. Kuikui.. Pastu, ramai yang komen camni. "Wahh, JT sekarang dah jadi Dr. Love, pakar motivasi". Haha.. Sori mengatakan. Jejaka Terhangat memang buat slot tu dari dulu lagi.. Cuma baru-baru ni baru meng-activate-kan balik mode Pakar Motivasi (masuk bakul, tolong angkatkan). Ngehh.. Eh, tak percaya pulak. Kalau tak percaya lagi meh tengok semua entri2 JT yang lepas: 1. Luahan Hati: Awekku Curang. Uwaaa..!! 2. Luahan Hati: Kenapa Si Dia Cepat Berubah..? Okey, layankan entri2 tu. Kalau tak cukup tips pasal cinta. Sila la TERJAH sini pulak: Cukup? Kuikuikui..=p Apa Yang Perlu Dibuat Jika Hubungan Terputus...41 comments 23 December 2010
Dalam bercinta tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan kan. Lebih lagi hujung tahun ni, breakup month. Bagi sesiapa yg putus cinta tu, tahniah Jejaka Terhangat ucapkan. Teruskan baca entri ni. Ahaks..
Apa yang perlu dibuat jika hubungan terputus: 1. Cari lagu sedih (break up song) yg sesuai. 2. Terus mengunci bilik dan menangis sampai mata bengkak. 3. Maki hamun kat boiprend yg kejam tinggalkan engko sbb pompuan laen.. Tettt, tipu je tu. Tapi biasanya point kat atas tu la yg biasa lelaki dan perempuan buat kalau putus cinta. Kalau korang memang ada buat camtu, rentikan la. Ikut tips yg ni plak.. Apa yang perlu anda buat jika putus cinta: 1. Nilai kesilapan diri sendiri. Biasanya kalau putus cinta, manusia ni mesti nak terus salahkan pasangan dia. Kadang-kadang salah sendiri tak tengok plak. Nilai kesilapan, dan berusaha jadi lebih baik. Tu adalah yg terbaek.. 2. Jangan terlalu bersedih. Kalau putus cinta, anggap je takde jodoh dengan dia. Tanamkan dalam diri, anda akan dapat yg lebih baik drpd dia satu masa kelak. Jangan pulak dok layan perasaan dgn dengar lagu jiwang. Tahap despress anda pon akan jadi berganda nanti. Sebaliknya, buat sesuatu yg boleh buatkan anda hepi.. 3. Jangan putus asa. Jangan ingat dia dah takde, dunia anda pon dah berakhir. Banyak lagi bunga dan kumbang kat luar sana. Yang penting, belajar daripada kesilapan lepas. Dan perbaiki diri supaya salah yg sama tak berulang kat hubungan yg akan datang.. Kenapa Putus Cinta? Biasanya putus cinta ni disebabkan lelaki yg bosan dengan sikap pasangan dia. Aku highlight kan kat sini "LELAKI MEMANG CEPAT BOSAN". Oleh tu, perempuan jangan terlalu mengada-ngada dengan pelbagai karenah jelik yg boleh buatkan pasangan anda berasa muak.. Contoh, cepat merajuk, terlalu meminta, mengongkong. Lelaki sangat tak suka sifat perempuan yg macam ni.. Dari pandangan perempuan pulak, lelaki yg biasa dibreakup kan oleh perempuan adalah lelaki yg terlalu ego. Tak pandai menghargai perasaan mereka. So, lelaki sekalian, control egoist anda kalau nak hubungan jadi lebih kukuh.. Fenomena Lawak Ketika Putus Cinta: Masa bercinta bukan main lagi tulis kat status facebook. Dia aku punya, dia segala-galanya. Hatiku hanya untukmu sayang. Uwekk, org tengok status dia pon terasa nak muntah hijau.. Bila putus cinta, maki hamun plak lelaki tu. Jantan tak guna, tak cukup satu. Dasar bajingan. Fuhh, macam2 lagi maki hamun. Dah perangai suka mencarut camtu sah-sah la takde laki yg berkenan. Sebab tu paling penting, nilai kesilapan diri sendiri dulu sebelum terus salahkan pihak yg lagi satu. Berubah utk jadi yg lebih baik utk hubungan akan datang. Tu yg terbaik.. Gud Luck semua.. =) p/s: Jangan jadi songsang kalau putus cinta. Tanamkan niat cinta seseorang tu atas cintanya pada Allah. Nescaya akidah anda takkan terpesong.. Koleksi Tips Memikat Oleh Jejaka Terhangat: 1. Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1) 2. Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia (chapter 2) 3. Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan (chapter 3) 4. Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan (chapter 4) 5. Cara-cara Menghargai Pasangan (special chapter) [Tips Memikat] Cara-cara Menghargai Pasangan (special chapter)35 comments 17 December 2010
Menghargai pasangan adalah salah satu cara untuk kita mengekalkan kebahagiaan dalam perhubungan. Seperti dalam tips memikat yang lepas:
Topik ni sangat penting. Sebab menghargai ni bukan benda kecik. Tapi melibatkan soal hati dan perasaan. Lebih-lebih lagi perempuan. Mereka akan rasa sangat2 tacing bila dirinya tak dihargai.. Kebanyakan kes hubungan jadi sekerat jalan pun sebab pasangan masing2 tak reti nak hargai antara satu sama lain.. So, apa yang korang boleh buat untuk hargai pasangan? 1. Ucap terima kasih. Jangan kedekut ucap terima kasih bila pasangan menolong, atau memuji korang.. 2. Bagi pujian membina. Bila dia buat sesuatu yg sangat bermakna, pujilah dia. Contohnya dia masak, atau hebat dlm sesuatu perkara. Dia akan terasa sangat dihargai bila apa yg dia buat dapat pujian.. 3. Ada diwaktu dia perlukan. Perempuan ni kadang-kadang ada masa dia jadi moral down tanpa sebab. Dan masa ni dia perlukan semangat daripada pasangannya. Masa ni korang perlu ada untuk dia. Kalau korang biarkan, ada peluang utk pihak ke 3 menyelit masuk.. 4. Suruh dengan memujuk. Kalau nak bagi arahan, biar dgn dengan nada memujuk. Berlembut masa bercakap. Mesti dia lebih patuh kat korang. Contohnya: "Hm, kita pergi esok je la ea." bezakan dengan ayat: "Tak boleh la, kita pergi esok je la" Dapat bezakan? Yang 1st lagi sweet kan. Lepas ni korang try la apply..=) Apa akan terjadi bila pasangan rasa dirinya tak dihargai? Lagu ni akan terangkan semuanya. Layan.. Ramai manusia yang tak menghargai pasangan bila dia ada. Bila dia dah takde baru terasa kehilangan. So, hati-hatilah dalam menjaga perhubungan ye..=) Untuk post Tips Memikat akan datang, aku akan share tips "apa yang perlu dibuat jika hubungan terputus". Nantikan yek.. [Tips Memikat] Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan (chapter 4)25 comments 13 December 2010
Ada beberapa pembaca blog Jejaka Terhangat ni yg tanya. Kalau perempuan nak mengorat lelaki macam mana?
Haihs, senang je jawapan ni. Perempuan kalau manja-manja, gedik-gedik sikit cair la lelaki tu. Tak susah pun. Jangan terover gedik dah la. Lari pulak mangsa tu nanti. Ahaks.. Lelaki nak pikat perempuan lebih susah. Sebab tu tips memikat yg aku share sebelum ni lebih kepada lelaki.. Tapi tips yg akan aku share pada kali ni sesuai untuk diaplikasikan bagi lelaki dan jugak perempuan.. Sebelum tu, kita preview balik link tips-tips memikat yg lepas: 1. Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1) 2. Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia (chapter 2) 3. Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan (chapter 3) Chapter 4: Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan. Dalam bercinta, takde jaminan yg kita akan bahagia sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi kalau kita takde ilmu dalam bercinta. Lagi cepat hubungan jadi porak-peranda.. Kat sini aku bagi beberapa point penting bagi membantu korang mengekalkan kebahagiaan dalam perhubungan.. 1. Menghargai pasangan. Sebenarnya, apa yg wanita mahukan drpd seorang lelaki adalah rasa ingin dihargai. Perempuan sanggup buat apa sahaja asalkan dia mendapat perhatian drpd pasangannya. Skop menghargai pasangan ni sangat luas. Oleh tu, kat post akan datang aku akan share tips khas "cara-cara untuk menghargai pasangan." 2. Cuba untuk memahami. Sifat memahami sgt penting dlm perhubungan. Jika pasangan korang sibuk dengan sesuatu kerja, jangan desak atau paksa dia. Berikan dia ruang dan masa. Letakkan diri korang pada kedudukan si dia. Korang akan jadi seseorang yg lebih memahami dengan berbuat camtu.. 3. Belajar kawal ego dan emo. Memang sifat semulajadi lelaki lebih EGO dan perempuan pulak EMO. Dalam bercinta, kurangkan ego dan emo masing-masing. Dan pada masa yg sama, belajar macam mana nak kawal ego pasangan korang.. Contohnya, perempuan jangan sesekali cabar ego lelaki. Kalau dia marah, biar dia cool down dulu. Jangan provoke atau lawan dia. Lelaki ni kalau marah semacam sikit.. Lelaki pun sama. Kalau si dia merajuk. Bagi dia masa utk dia tenangkan diri dulu. Pastu baru boleh pujuk. Tapi hati-hati, jangan biarkan dia terlalu lama. Takut pihak ke 3 datang menyelit pulak nanti.. 4. Tolak-ansur. Dalam bertolak-ansur ni kedua-dua pihak kena mainkan peranan. Kalau sebelah pihak je yg asyik mengalah pon tak jadi. Walaubagaimanapun, kalau takut hubungan jadi teruk masa berselisih faham, korang mengalah je la. Mengalah tak bermaksud anda kalah.. Tips Jejaka Terhangat, kalau mengalah tu gunakan cara psikologi supaya dia akan rasa bersalah. Contohnya, guna ayat camni: "Yela, saya salah. Saya banyak kelemahan. Mungkin saya tak layak untuk awak". Gunakan ayat kesian. Kalau betul dia sayangkan korang, sedikit sebanyak dalam hati dia akan rasa bersalah. Cara ni jugak sebenarnya salah satu teknik memujuk. Kena main psiko skit.. Tu je setakat ni tips memikat kali ni. Jumpa lagi pada tips akan datang yek. Gudluck..=) [Tips Memikat] Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan (chapter 3)26 comments 10 December 2010
Tips memikat oleh Jejaka Terhangat dah masuk chapter ke 3. Bagi sesiapa yang terlepas chapter sebelum ni, boleh la refer kat link berikut:
1. Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1) 2. Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia (chapter 2) Lepas kehadiran korang dah diterima dalam hidup si dia (chapter 1), dan kedudukan korang di hati dia dah berada pada tempat yg special berbanding orang lain (chapter 2), kini tibalah masanya aku bagi tips bagaimana cara untuk luahkan perasaan kepada si dia. Lelaki dan perempuan pun boleh guna teknik ni.. Chapter 3: Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan. Luahkan perasaan ni satu benda yg serius. Sebab kalau dia tolak, hubungan korang pon boleh jadi hambar. Tak lagi mesra macam dulu. Sebab tu teknik yg sesuai utk luahkan perasaan, tanpa effect kat hubungan adalah teknik "tarik-tali".. Rasanya ramai yg tau maksud tarik-tali. Tapi tak tau cara nak aplikasikan cara ni sebetul-betulnya kan? Tarik tali ni lebih kepada menggoda (flirt) sambil bergurau senda.. Sambil bergurau, try selitkan sekali ayat mengorat korang tu. Contohnya cakap camni, "Ala, kalau sy suka kat awak pun, bukan awak nak kat saya kan? Hehe".. Kalau dia tak layan, maksudnya dia tak nak korang jadi lebih dari kawan. So, jangan teruskan. Biarlah terus jadi kawan. Beralihlah kepada orang lain.. Kalau dia bagi feedback positif (layan balik flirting tu), ada kemungkinan dia pon suka kat korang. Kalau kes camni, teruskan flirting sampai korang berjaya dapatkan hati dia.. True Case: Aku pernah ajar teknik ni kat seorang kawan perempuan. Dia confius, dia nak tau apa perasaan abg angkat dia terhadap dia. Tapi dia tak berani nak tanya direct. So, lepas guna teknik-tarik tali ni, dia dpt jawapan yg jelas yg abg angkat dia still setia kat gf dia walaupun dia jenis melayan. Dan hubungan diorang sbg abg dan adik angkat pon tak terjejas.. DONE, selesai. Korang pon dah dapat kekasih hati yg korang idamkan. So, tips memikat utk next chapter, "cara untuk kekalkan kebahagiaan dalam perhubungan".. Waahhh, menarik tajuk tu. Tunggu next post yek. Gud Luck..!! [Tips Memikat] Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia (chapter 2)24 comments 09 December 2010Tips Memikat Wanita oleh Jejaka Terhangat kini di Ebook kan. wakakaka.. Macam mana, dah take note kat tips memikat oleh Jejaka Terhangat kat post yg lepas? Elakkan kesilapan macam ni yg boleh membuatkan korang terus direject sama sekali: [Tips Memikat] Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1) Aku assume kehadiran korang (sbg kawan) dah pon diterima dalam hidup dia. Langkah seterusnya, aku bagi tips untuk korang tawan hati si dia, secara berperingkat-peringkat.. Chapter 2: Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia Untuk tawan hati dia, korang mestilah jadi lain daripada lelaki lain. barulah kedudukan korang di hati dia lebih special. Benda basic yang korang perlu buat adalah.. 1. Tidak jadi terlalu skema. Ramai lelaki yg silap kat sini. Tak perlu jadi skema semata-mata nak nampak terlalu perfect di mata si dia. Sebenarnya, perempuan lebih suka lelaki yang gila-gila sikit berbanding lelaki skema. So, jgn terlalu serius masa bercakap dengan dia. Humour adalah sumting yg WAJIB perlu ada kat korang.. 2. Kurangkan memuji. Dah biasa sangat lelaki nak ambik hati dengan memuji. So, kalau boleh hanya puji pada tempat yg diperlukan je. Sangat dilarang korang puji pada kecantikan luaran dia. Tapi, pujilah dengan apa yg dia buat. Contohnya, dia pandai masak ke, pandai kemas rumah ke. Pujian yg lebih jarang adalah lebih berharga. Dapat? 3. Mengusik dia sekali sekala (tease her). Sifat semulajadi perempuan ni memang suka diusik (walaupun diorang tak mengaku), dan lelaki suka mengusik. Cara nak mengusik, sekali sekala korang perli dia. Tapi jaga-jaga jugak. Jangan terlalu melampau sudah. Sekali dia merajuk, masak la nak pujuk.. Contohnya, Masa SMS dengan dia pagi-pagi, dan dia belum mandi pagi lagi.. Korang perli camni: "Ee..busuknya awak. sampai sini boleh bau tau." Jangan pulak korang kata camni: Uwekk, busuk gilerr tak mandi pagi. Nak muntah saya. Sia-sia je awak jadi anak dara". Haha, confirm merajuk.. Tiga je dah la ek. Nak ajar lebih2 takut korang tak terapply plak. Ahaks.. Untuk chapter seterusnya, aku akan ajar korang teknik "Bagaimana Nak Luahkan Perasaan".. Macam best je kan? So, tunggu la post yang akan datang..Gud Luck..=) [Tips Memikat] Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1)22 comments 06 December 2010Jejaka Terhangat doesn't means for nothing. Kemahiran mengayat juga salah satu gift aku (perasan lebih jap). Siapa laki-laki kat luar sana yg "noob" dalam mengayat gadis piihan korang, boleh la rujuk kat aku. Aku takde kedekut ilmu punya. Kehkeh.. Nak mengorat gadis yg korang suka kena ada skill. Lagi-lagi yg cantik, yang banyak peminat. Korang kena put extra effort kalau nak dapatkan gadis "hot stuff" ni.. Chapter 1: Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis. Banyak kesilapan biasa yang aku perhatikan kebanyakan lelaki buat. Dan menyebabkan diorang gagal dalam memikat gadis kesukaan diorang.. Kat sini aku share kesilapan kebanyakan lelaki dalam mengayat gadis cantik: 1. Suka puji kecantikan gadis tersebut. Ni kesilapan yg paling banyak yg dilakukan oleh most of guys. Perempuan yg cantik, dia memang dah tau dia cantik. Semua orang pon puji dia cantik, so dia dah lali dengan pujian camtu. Kalau korang pon terus puji dia cantik di awal perkenalan, dia dah dapat agak yang korang nak kawan dengan dia disebabkan kecantikan luaran dia. So, awal2 korang akan diREJECT..!! 2. Mintak nombor telefon di awal perkenalan. Benda ni pon sama. Baru kenal beberapa hari dah mintak nombor telefon. Korang kena ingat, gadis cantik boleh dikatakan hari-hari akan dapat "unknown number".. So, bab kasi nombor telefon ni dia akan sangat berhati-hati. So, masa sesuai nak mintak nombor telefon dia adalah bila gadis tu dah betul-betul letakkan kepercayaan kat anda. Sehari dua je tak jadi beb..!! 3. Nampak sangat ayat nak mengorat. Masa awal-awal perkenalan, korang kena rileks. Borak biasa-biasa je sudah. Jangan terus2 luahkan perasaan. Sebab tergesa-gesa aka gelojoh camnila kebanyakan lelaki kena reject bulat2. Dalam memancing pon, kalau umpan dah mengena, korang tak boleh terus2 sentap joran tu. Kena tarik pelan-pelan. Baru la tali tak terputus.. Untuk permulaan, aplikasikan dulu ketiga-tiga langkah kat atas tu. Dengan cara ni, korang takkan direject pada awal-awal perkenalan. Bila korang dah diterima dalam hidup dia, barula go further to the next step. Rebut hati dia.. Nak tau macam mana? Tunggu pada chapter yang akan datang yek. Ngehh.. Gud Luck Guys..!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
|








