Kalau cakap pasal gadget. Handphone, komputer, kamera, atau lain2. Lelaki tak banyak masalah. Sebab, mereka tau dan faham apa yang mereka beli tu.
Biasa aku perhatikan, perempuan ada masalah sikit pasal benda-benda macam ni. Bukan masalah apa. Cuma, masalah dalam penggunaan barang tersebut.
Contohnya, ada kawan perempuan aku yang beli laptop mahal. Brand Vaio. Cantik. Spec laptop tu pon kemain tinggi. Laptop perfect. Harga hampir 5K jugak la.
Bila ditanya, apa buat dengan laptop tu. Katanya, just surf internet. Youtube, Facebook. Pastu ada la jugak untuk assignment. Guna microsoft words, powerpoint.
Aku macam..
"WOII, TU JE?.. Kalau engko guna untuk tu je. Laptop harga 1K je pon dah cukup". - Ni monolog dalaman aku je. Ahaks..
Katanya lagi. "Aku beli laptop ni, sebab dia nampak cantik".
Warghh..!! Bengang. Sebab cantik je dia beli laptop tu. Padahal, penggunaan dia sangat minimum. Berbanding spec laptop dia yang mampu untuk gunakan lebih maksimum lagi. Baik bagi aku. Kita tukar laptop. Haha..
Sama la jugak dengan henpon. Bila tengok kawan pakai BlackBerry. Ramai yang tak nak kalah. Pakai Iphone4s. Nak nampak urban lagi. Pakai Samsung Galaxy Note. Baru ikut trend. Bangga keluarkan henpon depan kawan2.
Pastu, bila tanya buat apa dengan henpon tu. Jawapannya pasti akan menggegarkan medula oblongata korang.
"Ala, macam biasa la. SMS, call.. Kadang-kadang main Angry Birds. Kalau untuk kamera, aku ada DSLR dah"
Grrrr..!! Tensionnya dengar jawapan camtu. Rasa macam nak lempang diri sendiri pon ada gak. Haha..
Natang tu mampu buat banyak benda lagi. Kata pun henpon mahal. Kalau setakat nak SMS dan call je, baik engko pakai 'tiga tiga sekupang' (3310) je. Adehh..
Aku tau. Diorang punya duit. Lantakkan la nak beli apa pon kan.
Tapi, kalau kita beli satu benda, tapi tak gunakannya sebaik mungkin. Namanya membazir. Dan, membazir tu kawan siapa? Korang jawab la sendiri.
So, kat sini aku sarankan. Kalau korang nak beli apa-apa barang. Kenalpasti dulu keperluan dan kemampuan korang. Buat research sikit. Harga barang yang korang nak beli tu, sesuai tak dengan fungsi dia, yang akan korang gunakan nanti.
Jangan main belasah je beli. Hanya sebab ia nampak menarik, cantik dan ikut trend.
Akhir kata, Jadilah pengguna yang bijak yek. =)
p/s: Pasal gadget lelaki bijak. Pasal rokok, hilang kebijaksanaannya. =p
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
Katanya lagi. "Aku beli laptop ni, sebab dia nampak cantik". ==" ramai yang macam ni ...
sentap la sesapa yg mcm ni. lelagi, pompuan (termasuk aku) ;D
Crow masa awal 20an mmg kaki kejar gaget. mase tu top mp3 or mp4 lah. Kejar gitar/bass mahal2. kekeke. di sebabkan crow kerja lebih awal dr kwn2 yg masih belajar. Mmg crow champion la. Now dah tade dah sikap mcm tu. Why? Sbb akhirnya kita jadi letih sendiri mencari duit untuk sesuatu yg kurang penting mcm ni. Jadi betullah, jadilah pengguna yg bijak. kekeke..
yg pasti x semua perempuan. sblum ni hp guna nok 1110i, on9 gna laptop abah. duit ade dah, pk punya pk, skang da bli smartfon, wlupon kecil tp xkn nak mlas sgt nak zoomkn mende tu, kamera pon ok. sblm nie poket penuh ngan mp4 player, kamera ngan hp seme. skang bwa 1 mende j lah... hehe
tp mmg tol lah, majoriti pompuan akn ikut suka dr fungsi. sy pon pompuan gak, tp siyes pelik ngan dorg ble bli mende tak pk tol2. membazir kot...
mujur pakai hp bese..laptop pun murah je. :fuh
@The Crow btol crow ckp, naqiah perangai mcm 2 time skolah.. hehe :D
itew pakai henpon biase biase je . sebab . yg len ta berape nak penting sgt lee . kalo beli pun ta bape ety nak gune . hakhak . kan jt kan . bazir kan kan kan . lepas tu yg student ni . sebok ngadu tade wet . sebab wet ptptpuu dah hbes wat beli gdgt mahal mahal . pastu nyusahkan kawan kawan . wuuuuuu .
ada ditag... sila ke blog saya. terima kasih
http://phyzmorn.blogspot.com/2012/03/contest-blog-yang-simple.html
Ada juga yang beli gajet ikut trend
Pastu tak reti nak pakai
Huhuhu
GAJI 200K?
hehe serius terus teringat kat sorang kawan ni. beli sebab lawa je =='
naseb baek le saye ni kedekut..takde maknanye nak perabih duit nak ikut sgt trend pakai gajet mahal2..haha..
pernah jumpa kawan yg beli barang sebab nmpk cantik tapi tak guna pon..rase mcm nak je debik die..;p