Pandangan Jejaka Terhangat Terhadap Isu Pengharaman Lagu Bawaku Pergi

Selamat menyambut April Fool (bagi mereka yang bodoh)..

Assalamualaikum, bagi mereka yang beragama Islam..

Aku rasa korang semua pun dah tahu kan. Pasal isu lagu ciptaan Malique (Bawaku Pergi). Nyanyian Zizan dan Kaka yang diban kerajaan. Sebab dikatakan bawa unsur negatif dalam lirik lagi dia.

Lirik lagunya yang dikatakan negatif:

“Tengah malam nanti
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan munkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Aku rasa, orang yang waras pemikirannya, pasti boleh faham maksud sebalik lirik ni dengan sekali lalu je. Tapi, macam biasa. Owner lagu ni (Malique), nafikan yang lirik dia ada unsur negatif. Katanya lagi, lagu ni dibuat daripada point of view isteri dia. Tak lebih dari itu. - Zizan dan Malique jawab isu lagu Bawaku Pergi.


Pasal isu lagu ni. Ada yang sokong dengan tindakan kerajaan haramkan lagu ni. Dan ada jugak sebaliknya.

Bagi mereka yang tak sokong, katanya, buat apa nak fikirkan sampai lari dari rumah kejadah semua tu? It's just a song. Jangan negative thinking sangat.


Pandangan Jejaka Terhangat

Camnila semua. Kita ni kalau nak bagi pendapat, kena tengok realiti dan persekitaran. Pikir positif je, tak cukup.

Korang kata, takde punya remaja nak lari dari rumah lepas dengar lagu ni. Sebab, ia sekadar lagu je. Tapi, realitinya. Lagu memang mampu mengubah mood seseorang.




Pernah tak korang tengok kawan share lagu kat facebook. Pastu kata:


"Rasa nak menangis bila dengar lagu ni. Macam jadi kat aku. Memang kena dengan perasaan aku sekarang"


Berapa ramai je yang share hadis, ataupun ayat-ayat al-Quran kat facebook? Tapi, kalau yang share lirik lagu. Ramainya tak terkira.

Sama jugak macam filem ataupun drama. Bila nak dengar ceramah agama, bukan main liat. Tapi lepas tengok filem je, biasanya filem islamik. Terus kata:


"Best sangat filem tadi. Sedih. Insaf aku"


Pernah tak korang perhatikan fenomena ni? Sebab korang tak alert, maka korang pun kata lagu, atau hiburan tak mampu bagi pengaruh kat seseorang. Tapi, hakikatnya adalah sebaliknya.

Sebab tu la hiburan perlu dikawal. Bukan main redah je. Lirik lagu tah hape-hape. Jalan cerita filem mengarut bukan-bukan. Semuanya akan bagi kesan sebenarnya.

Penggulungannya. Aku setuju dengan kerajaan mengharamkan lagu ni. Dan, kalau boleh, pantau lagu-lagu yang lain jugak. Dan jugak filem-filem kat Malaysia ni.

Jangan sebab hiburan, moral negara tah ke mana. Agama tah ke mana. Remaja tah lari ke mana.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

18 comments:

  • Apa-apa pun Agama tetap no. 1. Kalau sekadar dengar lagu remaja dengar terus boleh lari rumah memang agak pelik la. perlu perbanyakkan promosi lagu agama bbnding lagu2 hiburan ni. itu yg betul.

  • betul2... bukan setakat filem atau lagu.. buku pembacaan remaja pun kena pantau gak...

  • yup...betul2....setuju....nti la za bg komen ttg lagu ni gak :)

  • apa y ada dipersekitaran mmpengaruhi kita :)

  • This comment has been removed by the author.
  • Alamak, haritu asyek duk nyanyi tapi tak hayati lirik pun. Oke fine. Lepas ni, kalau nynyi lagu kena hayati lirik macam MatLuthfi. Kehkeh.

  • memang patut pun lagu ni kene banned ! logik ke nak pegi honeymoon tetengah malam. jgn bgtau semua org . lari dr realiti . Orang yang lari dari rumah pun melarikan diri dari realiti . so , logik sangat ! :)

  • kena control jugak hiburan..jangan main redah je..

  • pada pandangan aku govt bodo (seriusly aku straight to the point jer ni...)

    lagu bunkface yang ada lirik "REFORMASI" pun kene ban jugak...

    kalau nak ban sangat... patutnya lagu lady gaga + miss nina (yang lirik entah pape tu semua) yang patutnya kene ban...

    serius bodo serupa LEMBU...
    ** sorry terEMO skit...

  • thanks JT sebab sudi kongsi entry ne..first tyme dgr lagu ne mmg best but..bila perhati betol2 lirik lagu ne oo..baru tau rupnya lirk lagu bnyk bawa kpd keburukan s'olah2 mengiakan perbuatan dari dari rumah (lebih kpd negatif)...
    so sy jga turut setuju klu lagu ne diharamakan :)

  • alepridz kenal ke sape yg mengharamkan lagu tuh dan tau ke nape dieorang haramkan?

    alepridz pernah berbual ngn dieorang (pihak kerajaan)?

    sblm buat pertuduhan... kaji dulu... mungkin team baru ditubuhkan kerajaan bagi menganalisis lagu-lagu sekarang? sapa tahu?

    kerajaan pun manusia. mungkin sebahagian yang buat salah. tapi ada yang masih memperjuangkan agama.

    ________________________________________________

    tgk komen orang2 yg sokong lagu-lagu ni

    http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=11679&c=1&s=1

  • @alepridz
    yeke lagu Bunkface - Panik tu kena ban? aku pon dgr gak, tp haritu diorang bawak lagu tu kat konsert pertama Mania. boleh je. atau sbrnya kena ban tu hanyalah permainan media?

  • Sampai lagu Bunkface ho kena komen? haha..

    Lagu ni sejujurnya, aku xlayan, dan aku bila aku bca lirik pun, aku xtau nak nyanyi mcm mna.. hehe..

    tapi kalau dari segi lirik, memang nampak sangat isu lari dalam rumah boleh terjadi.. pastu leh la ckp kena culik.. keh keh keh..

  • @alepridz btol2.. naqiah setuju.. kalau takat harap algu 2.. tak kemana la.. padahal lagu hihop tak ingat tajuk apa lirik dia mcm ni

    "bring me your girlfriend, and let meet at hotel"

    lebih kurang mcm 2 la.. lagi truk.. masalahnya dipasang oleh radio malaysia and adik aku yang berumur 3 tahun hafal lagu ni walaupun dia tak paham apa2..

    pliiissss la.. kalau takat nak haram lagu2 malaysia mcm 2, xdak makna pon, sebab bersepah lagu luar negar pelik2 lirik dia

  • lagu buat org senang terpengaruh nak2 yg pendek akal mcm budak taman tas yg kena "culik" itu hari

  • singgah membaca...faham..berfikir..laksanakan... thank JT

  • Sebenarnya sangat jarang dgr lagu melayu, tp bila tgk lirik lagu tu mmg agak kureng.. dah la skrg ni byk kes lari dari rumah..

  • aku lagu ni melody nyer..kalau malique buat utk isteri mmg dia seorang yg romantik :)

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...