Betul ke perkahwinan perlu didirikan atas dasar cinta?
Saje aku tanya, untuk tengok pendapat masing-masing. Ni kata mereka:
Kalo tak jelas, Klik untuk baca
Ada yang kata. Cinta tu perlu dalam perkahwinan. Tapi, cinta yang dimaksudkan bukan cinta sesama manusia. Tapi, perkahwinan atas dasar cinta kepada Allah.
Perghh, respek dengan jawapan tu. Iya. Perkahwinan atas dasar cinta kepada Allah memang sangat-sangat perlu, dan ianya memang tak boleh dipertikaikan lagi.
Tapi, untuk topik ni. Aku lebih khususkan cinta sesama manusia. Adakah ianya satu keperluan, untuk wujud perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, yang bukan mahram, sebelum mereka sama-sama ambil keputusan untuk berkahwin?
Kalau tanya orang puteh. Diorang mesti kata:
"Yes. You must marry your loved ones. With love, you can overcome anything. Because, true love is the most powerful magic in the world"
Haha, bodo punya orang puteh. Kita pon terpengaruh dgn diorang. Maka, kebanyakan drpd kita dok sibuk mencari cinta. Walaupun tiada niat untuk menikah.
Sayang boleh dipupuk
Ramai yg risau tak dapat kahwin dgn orang yang dia cintai. Sebenarnya, tak perlu risau pasal hal ni. Sebab, sayang dan cinta adalah suatu perasan yg kita boleh pupuk. Jadi, sebenarnya, nak berkahwin, tanpa dasar cinta pun takpe. Sebab, kita ada banyak lagi peluang untuk hadirkan perasaan tu lepas kahwin nanti.
Tak percaya? Tengok orang dulu-dulu. Mereka tak bercinta sakan macam kita sekarang ni pun. Ada orang masuk minang. Dia berkenan, terus terima. Bahagia jugak rumah tangga. Siap beranak pinak, cucu-cicit berderet.
Sebab tu la, kalau korang ada tersuka kat seseorang, elok jangan dilayan sangat perasaan tu. Buat biasa sudah. Sebab, kalau terlalu ikutkan, perasaan tu akan lebih membuak-buak, disebabkan perasaan tu kita dok pupuk-pupuk.
Jadi, kepada sesiapa yg belum terjebak dalam gejala cinta sebelum kahwin ni, aku nasihatkan "stay the way you are". Kerana korang berada di laluan yang betul.
Mana yang dah terjebak tu, semoga kahwin cepat. Sebab ramai yg kecewa dengan cinta, akhirnya buat keputusan untuk tutup hati. Forever alone. Kesian..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
yes ! u are right,,,,stay the way i am...
Cinta yang perlu didirikan atas dasar perkahwinan :)
@Siti Nurhayati Dollah
same je la dua2 tu..
yes , syg boleh dipupuk :)
hehe.
jangan tersilap masa memupuk cinta kalau tak nanti bahana yang akan datang..kui3..
stay the way i am...kesian jew aku nengok kalau yg dah terjebak dlm cinyta ni.dorang thu mende 2 salah tp xde jalan nk kluar bila dh terjebak..kwen2 lah~ aaish :)
@Jejaka Terhangattak sama :) Yg pertama cinta dulu hadir baru kahwin, yang kedua belajar untuk mencintai selepas berkahwin :)
A'ah, syg blh dpupuk. Tringat kisah mak dgn arwah abah yg kahwin bkn ats dsr cinta, tp skrg ni alhmdllh kekal hngga akhir hyt.
jangan dipupuk perasaan suka tu. :angguk
bercinta sesama manusia-----
pabila bercinta biar dia menjadi sebelah sayap...dan kita sebelah sayapnya lagi.....agar same2 terbang kepadaNYA.......mengejar cintaNYA.........itulah bercinta kerana ALLAH........
perlu pada yg benar2 ikhlas...
indahnya cinta lepas kawennnnnnn hehehe :)
Hahaha. Oke tu je mampu komen.
Tapi cinta lepas kahwin lagi elok ekceli,lebih terjaga sebelum kahwin. Tapi kalau skrg ni pun mmg susah sgt laa nak jumpa org yang kawen kerana cintakan Allah. Ramai nya yang kahwin sbb cinta manusia (cinta dunia) semata-mata. Eh, mesti nak cakap juga kan dasar cinta tu kepada Allah. Haha. =P
terus terang cakap aku tak pernah kenal apa tu cinta. nice blog. keep blogging.
http://awieomar.blogspot.com/2012/04/abpbh-bintang-paling-popular-1990-2010.html
cinta perlu tapi jujur da setia juga penting
Mcm sy, masing2 keliru dgn perasaan cinta wlupun dh kahwen..sy pun xpasti dgn perasaan sy pd dia n sy jgek xpasti ape perassan dia pd sy..yg pastinya kmi jalani mcm biasa..hrp berkekalan wlupun kdg2 hambar...